Pengarah Korporat Berkumpul di Geneva untuk Forum Siber Global yang Pertama di Dunia

NACD Bakal Menjadi Hos untuk Lembaga Pengarah Global dan Peneraju Keselamatan Siber untuk Meningkatkan Amalan Pemantauan Risiko Siber


WASHINGTON, Jan. 25, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- National Association of Corporate Directors (NACD), pihak berkuasa amalan lembaga pengarah yang mewakili lebih daripada 18,000 ahli lembaga pengarah korporat, pada hari ini mengumumkan Forum Siber Global 2018, yang akan diadakan pada 17–18 April di Geneva, Switzerland. Acara ini mengiktiraf sifat global ancaman siber dan memberikan skop antarabangsa bagi usaha NACD untuk memacu pemahaman dan peranan lembaga pengarah dengan lebih lanjut dalam pemantauan keselamatan siber.

Kumpulan elit pengarah bukan eksekutif (NED) daripada syarikat multinasional, C-suite dan eksekutif aras pengarah pengurusan, pakar keselamatan siber, pegawai dasar keselamatan siber dan penguatkuasaan undang-undang global dan peneraju lain akan menghadiri forum ini. Peserta akan meneliti amalan pemantauan risiko siber aras lembaga pengarah dan menerokai tema penting termasuk penguatkuasaan undang-undang merentasi sempadan, landskap pengawalseliaan global yang berubah, impak kemunculan teknologi dalam keselamatan siber dan amalan teratas dalam kebersihan siber. Forum ini akan melibatkan peserta dalam simulasi pelanggaran siber untuk pembelajaran interaktif.

“Ancaman baru semakin meningkat di kalangan penyepaduan dan kesinambungan global yang juga meningkat, lembaga pengarah perlu memahami sepenuhnya kelemahan syarikat mereka supaya mereka bersedia sekiranya berlaku pelanggaran siber,” Kata CEO NACD, Peter Gleason. “Matlamat utama kami ialah untuk menyediakan NED dan pemimpin syarikat dengan maklumat amalan yang boleh mereka bawa ke lembaga pengarah.”

Speaker termasuk:

  • The Right Honorable Baroness Pauline Neville-Jones, DCMG; bekas diplomat British dan Penasihat kepada Perdana Menteri David Cameron; Pengerusi Panel Keselamatan Siber Bank of England; Penasihat Senior kepada Ridge-Schmidt Cyber; dan Ahli Lembaga UK Research Council
  • Olga Botero, Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber dan Teknologi untuk EVERTEC Inc. dan Bekas Ketua Pegawai Maklumat Grupo Bancolombia
  • Greg Bell, Pengetua, Perkhidmatan Penasihat, KPMG LLP
  • Anastassia Lauterbach, Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Inovasi dan Teknologi untuk Dun & Bradstreet
  • Sara Grootwassink Lewis, Pengerusi Jawatankuasa Audit, Sun Life Financial, Weyerhaeuser Co. dan PS Business Parks, Pengarah, Lembaga Kepimpinan Pusat Dewan Perniagaan untuk Daya Saing Pasaran Kapital A.S dan Trustee, Brookings Institution
  • Richard Spearman, Pengarah Keselamatan Korporat Kumpulan, Vodafone Group PLC
  • Akhilesh Tuteja, Ketua Bersama Amalan Global, Rantau India, KPMG LLP
  • Jeff Brown, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat, Raytheon Co.
  • Maya Bundt, Ketua, Penyelesaian Siber dan Digital, Swiss Reinsurance Co. Ltd.
  • Shelley Leibowitz, Pengarah E*TRADE Financial dan Bekas Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan untuk Bank Dunia
  • Larry Clinton, Presiden dan CEO, Internet Security Alliance
  • Dani Michaux, Ketua Rantau Asia, KPMG LLP
  • Major Jeneral Koen Gijsbers (Ret.), Penasihat Senior, Network Centric Industry Operations Industry Consortium; Bekas Pengurus Besar, Agensi Komunikasi dan Maklumat NATO; dan Bekas CIO, Kementerian Pertahanan Belanda
  • John Hermans, Ketua Rantau EMA, KPMG LLP
  • William McCracken, Pengarah MDU Resources Group Inc. dan NACD, dan Bekas Pengerusi dan CEO CA Technologies

NACD berbangga menjadi rakan kongsi KPMG untuk acara ini. Rakan kongsi lain termasuk Global Network of Director Institutes (GNDI), Internet Security Alliance (ISA) dan Ridge Global.

Untuk maklumat lanjut tentang forum, lawati www.NACDonline.org/CyberForum.

Perihal NACD
National Association of Corporate Directors (NACD) memperkasa lebih daripada 18,000 orang pengarah untuk memimpin dengan yakin dalam lembaga pengarah. Sebagai autoriti yang diiktiraf dalam amalan lembaga pengarah terkemuka, NACD membantu lembaga menguatkan kepercayaan pelabur dan keyakinan umum dengan memastikan pengarah hari ini bersedia untuk menghadapi cabaran hari esok. Lembaga bertaraf dunia menyertai NACD dalam meningkatkan prestasi, berpandangan jauh dan menanam keyakinan. Memupuk kerjasama antara pengarah, pelabur dan pemegang saham tadbir urus korporat, NACD telah menetapkan piawai untuk kepimpinan lembaga pengarah yang bertanggungjawab selama 40 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NACD, lawati www.NACDonline.org.

Hubungan:
Susan Oliver
susanboliver@gmail.com
703-216-4078