IHMA Melengkapkan Globalisasi Bagi Dua Makmalnya dengan Akreditasi Terbaru Kolej Ahli Patologi Amerika (CAP) untuk IHMA Eropah, Meningkatkan Sokongan untuk Ujian Klinikal dalam Pembangunan Ubat Anti-Infektif dan Kajian Pengawasan Global


SCHAUMBURG, Ill., March 08, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 14 Oktober 2017, IHMA Europe Sàrl, yang terletak di Monthey, Valais, Switzerland, dianugerahkan akreditasi oleh Kolej Ahli Patologi Amerika (CAP).  Dengan pembangunan penting ini, kedua-dua makmal IHMA yang terletak di AS dan Eropah kini diiktiraf oleh CAP. Akreditasi ini memajukan komitmen global IHMA pada kualiti tertinggi dalam perkhidmatan mikrobiologi klinikal makmal pusat yang penting untuk menyediakan hasil yang kena pada masanya dan tepat dalam menyokong ujian klinikal anti-infektif dan kajian pengawasan global di seluruh dunia.  

Ketua Pegawai Eksekutif IHMA Eropah, Dr Stephen Hawser berkata, “Akreditasi CAP merupakan perakuan yang sangat positif bagi perkhidmatan berkualiti tinggi yang IHMA Eropah berikan kepada industri farmaseutikal dan bioteknologi dalam menyokong pembangunan antimikrob".

Jack Johnson, Presiden and CEO IHMA berkata, “Ia merupakan kehendak kami untuk menglobalkan dua makmal tersebut untuk menyakinkan pelanggan farmaseutikal dan bioteknologi kami bahawa semua perkhidmatan yang dibekalkan oleh IHMA dan IHMA Eropah adalah sama dan menepati piawai dan kualiti tertinggi di dalam industri kami. Akreditasi CAP menyediakan platform tersebut.”

Perihal IHMA Inc. dan IHMA Europe Sàrl

IHMA berpangkalan di Schaumburg, Illinois, Amerika Syarikat dan Monthey, Switzerland dan telah menjadi pembekal utama bagi perkhidmatan pembangunan ubat antimikrob sejak 25 tahun lepas. Kemudahan makmal kami di AS dan Eropah bekerjasama dengan klien di seluruh dunia dalam industri bioteknologi, farmaseutikal dan diagnostik. IHMA merupakan makmal peneraju bebas dengan pengkhususan dalam kajian pengawasan dan ujian klinikal, langkah penting di sepanjang keselanjaran pembangunan ubat hinggalah ke peringkat pengkomersialan. IHMA menggunakan teknologi terkini, yang membawa kepada pengujian dan data kelas pertama serta rangka kerja ekonomi yang kukuh. Perkhidmatan IHMA boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan ujian klien yang unik. Ini memastikan pembangunan ubat, pengkomersialan dan laluan pascapemasaran yang berjaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati tapak web IHMA di: www.ihma.com

MAKLUMAT HUBUNGAN

Igael Hamburg                                          
Pengarah Pemasaran                                  
ihamburg@ihma.com