Spark New Zealand akan Menggunakan Cloud Unified Communications Suite dengan BroadSoft

Spark Cloud Phone Menawarkan Penyelesaian Penuh Unified Communications (UC) BroadSoft kepada Pasaran SMB dengan Pertumbuhan Tinggi


GAITHERSBURG, Md. dan AUCKLAND, New Zealand, May 16, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc., kini sebahagian daripada Cisco dan peneraju global dalam perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) untuk panggilan, mesyuarat, pesanan dan pusat hubungan awan mengumumkan bahawa Spark, salah satu penyedia telekomunikasi terbesar New Zealand akan menawarkan Spark Cloud Phone yang dikuasakan oleh platform panggilan BroadCloud kepada syarikat kecil dan pertengahan di seluruh New Zealand.

Spark Cloud Phone akan menyediakan platform penyediaan perkhidmatan SaaS yang tebukti kepada syarikat yang membolehkannya menggunakan penyelesaian UC dengan model penyediaan perkhidmatan OPEX fleksibel dengan mudah.

Platform panggilan BroadCloud akan menawarkan suit penuh perkhidmatan UC kepada pelanggan Spark Cloud Phone yang berdasarkan aplikasi UC-One BroadSoft, pemesejan segera dan kehadiran (IM&P), VoIP berhos, sokongan klien mudah alih, perisian telefon berciri penuh untuk peranti pengkomputeran , perkongsian fail dan desktop, bilik mesyuarat maya serta sidang suara dan video.

“Kami sukacita untuk bekerja dengan Spark di New Zealand untuk membawakan tawaran UC awan mereka ke pasaran pada BroadCloud,” kata Jonathan Reid, Pengarah Urusan, Jualan Sedunia, Cisco Cloud Calling. “Spark mempunyai capaian yang jauh di pasaran New Zealand dan pasukan kejuruteraan bertaraf dunia di sebalik keluaran produk Spark Cloud Phone.  Kami bersedia untuk bekerjasama dengan mereka apabila mereka membawakan perkhidmatan baharu itu ke pasaran pada separuh tahun pertama tahun ini.”

Sally Gordon, Ketua Pemasaran Perniagaan untuk Spark berkata, “Kami teruja untuk membawakan Spark Cloud Phone ke pasaran dengan BroadSoft UC-One. Pelanggan perniagaan kami berkata mereka memerlukan penyelesaian panggilan berciri penuh yang membantu meningkatkan kerjasama dan boleh diskala dengan mudah kerana perniagaan mereka memerlukan perubahan. Kami percaya Cloud Phone akan menyediakannya dan memberikan kelebihan kepada perniagaan mereka.”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang BroadSoft UC-One, klik di sini.

Perihal Spark:

Sebagai syarikat perkhidmatan digital peneraju New Zealand, Spark New Zealand mempunyai matlamat yang padu: membebaskan potensi dalam semua penduduk New Zealand menerusi teknologi canggih. Spark menyediakan perkhidmatan digital kepada jutaan penduduk New Zealand dan ribuan syarikat New Zealand. Untuk maklumat lanjut, lawati www.sparknz.co.nz.

Perihal BroadSoft:

BroadSoft, kini sebahagian daripada Cisco, merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia khidmat merentas 80 negara. Kami bertujuan mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja dengan mudah untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat tambahan, lawati www.BroadSoft.com.
Twitter | LinkedIn | Blog BroadSoft

Hubungan Media BroadSoft:

APAC
Terry Alberstein
Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au