Baidu Memperkenalkan Kunlun, Cip AI Prestasi Tinggi, di Baidu Create 2018

Penyedia enjin carian tersebut mengeluarkan cip AI awan ke tepi pertama China untuk latihan dan inferens

Sunnyvale, California, UNITED STATES


BEIJING, July 04, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Baidu Inc. (NASDAQ:BIDU) hari ini mengumumkan Kunlun, cip AI awan ke tepi pertama China, yang dibina untuk menampung keperluan prestasi tinggi pelbagai senario AI. Pengumuman itu termasuk cip latihan "818-300" dan cip inferens "818-100". Kunlun boleh digunakan untuk kedua-dua senario awan dan tepi, seperti pusat data, awan awam dan kenderaan autonomi.

Kunlun ialah penyelesaian berprestasi tinggi dan kos efektif untuk permintaan pemprosesan tinggi AI. Cip ini memanfaatkan ekosistem AI Baidu, yang termasuk senario AI seperti kedudukan carian dan rangka kerja pembelajaran mendalam seperti PaddlePaddle. Pengalaman bertahun Baidu dalam mengoptimumkan prestasi perkhidmatan dan rangka kerja AI ini, memberikan kepakaran syarikat itu untuk membina cip AI kelas dunia.

Pada tahun 2011, Baidu mula membangunkan pemecut AI berasaskan FPGA untuk pembelajaran mendalam dan mula menggunakan GPU di pusat data. Kunlun, yang terdiri daripada beribu-ribu teras kecil, mempunyai keupayaan pengkomputeran yang hampir 30 kali lebih cepat daripada pemecut berasaskan FPGA asal. Spesifikasi utama lain termasuk: Kejuruteraan Samsung 14nm, lebar jalur memori 512 GB/saat, serta 260TOPS semasa menggunakan 100 Watt kuasa.

Di samping menyokong algoritma pembelajaran sumber terbuka yang umum, cip Kunlun juga boleh menyokong pelbagai aplikasi AI, termasuk pengecaman suara, kedudukan carian, pemprosesan bahasa tabii, pemanduan autonomi dan cadangan berskala besar.

Dengan kemunculan aplikasi AI yang pesat, keperluan peningkatan yang dramatik telah dikenakan ke atas kuasa pengkomputeran. Cip tradisional mengehadkan berapa banyak kuasa pengkomputeran yang tersedia dan demikian sejauh itu teknologi AI dapat dipercepatkan. Baidu membangunkan cip ini, yang direka khusus untuk beban kerja AI berskala besar, sebagai jawapan kepada permintaan ini. Baidu percaya bahawa ia akan membolehkan kemajuan penting dalam ekosistem AI terbuka.

Baidu merancang untuk terus mengulangi penghasilan cip ini, mengembangkannya secara progresif untuk membolehkan pengembangan ekosistem AI terbuka. Sebagai sebahagian daripada rancangan ini, Baidu akan terus mencipta "kuasa cip" untuk memenuhi keperluan pelbagai bidang termasuk kenderaan pintar, peranti pintar, pengecaman suara dan pengecaman imej.

Mengenai Baidu
Baidu, Inc. ialah penyedia carian Internet bahasa Cina yang terkemuka. Baidu bermatlamat menjadikan dunia yang kompleks menjadi mudah untuk pengguna dan perusahaan melalui teknologi. ADS Baidu didagangkan di Pasaran Pilihan Global NASDAQ di bawah simbol "BIDU." Pada masa ini, sepuluh ADS mewakili satu saham biasa Kelas A.

Hubungi
Intlcomm@baidu.com

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/38d25b10-48df-481e-8444-5f56723e3475

kunlun