Penubuhan IHMA di India Meluaskan Sokongan Global untuk Pembangunan Ubat Anti Jangkitan untuk Industri Biofarmaseutikal

Schaumburg, Illinois, UNITED STATES


SCHAUMBURG, Ill., Nov. 02, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- International Health Management Associates, Inc./IHMA Europe Sàrl (IHMA), syarikat global yang menyediakan perkhidmatan makmal dan rundingan untuk industri biofarmaseutikal yang terlibat dalam pembangunan produk untuk pencegahan, kawalan dan rawatan penyakit berjangkit telah mengumumkan penubuhan syarikat gabungan di India (IHMA India, LLP).  Hal ini akan memudahkan IHMA memberikan perkhidmatan secara global dalam industri anti jangkitan.

Terdapat keperluan yang mendesak untuk rawatan anti jangkitan baharu yang berkesan. India adalah pasaran yang penting dan juga fokus utama syarikat farmaseutikal dengan rawatan anti jangkitan dalam pembangunan fasa akhir. Walaupun IHMA telah bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal dan makmal akademik di India untuk masa yang lama, IHMA India LLP akan membolehkan IHMA mengukuhkan lagi posisinya di India untuk mengurus dan menyelaras projek penyelidikan dengan lebih baik justeru memberi manfaat kepada komuniti perubatan.

"Saya berbangga dapat membantu menubuhkan syarikat IHMA baharu ini dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan mikrobiologi klinikal molekul dan konvensional di India," kata Dr. Tarun Mathur, CEO IHMA India LLP.

"IHMA teruja dengan perkembangan di India. Syarikat baharu ini membolehkan kami menampung keperluan ujian klinikal dan pemantauan industri biofarmaseutikal di rantau ini," kata Dr. Ian Morrissey, Ketua Pegawai Saintifik & Pembangunan di IHMA Europe Sàrl.

“Kami telah bertungkus-lumus selama 26 tahun yang lepas untuk memaksimumkan sokongan in vitro bagi pelanggan yang mahu menghasilkan ubat-ubatan antimikrob di pasaran global.  Kemudahan kami di India akan meningkatkan usaha tersebut dan memudahkan pelanggan yang ingin menjalankan kajian dalam pasaran yang penting ini,” kata Jack L. Johnson, Presiden/CEO IHMA.

PERIHAL IHMA

IHMA memiliki makmal mikrobiologi di Schaumburg, IL USA dan Monthey, Switzerland serta pejabat perniagaan di Gurugram, India. IHMA telah menjadi penyedia utama perkhidmatan pembangunan ubat antimikrob selama lebih daripada 25 tahun. Kemudahan makmal kami di AS dan Eropah bekerja dengan klien di seluruh dunia dalam industri bioteknologi, farmaseutikal dan diagnostik. IHMA merupakan makmal peneraju dan bebas dengan pengkhususan dalam kajian pengawasan dan percubaan klinikal, langkah penting dalam garis masa pembangunan ubat hinggalah ke peringkat pengkomersialan. IHMA menggunakan teknologi terkini, yang membawa kepada pengujian dan data kelas pertama serta rangka kerja ekonomi yang kukuh. Perkhidmatan IHMA boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengujian klien yang unik. Ini memastikan pembangunan ubat, pengkomersialan, dan laluan pascapemasaran yang berjaya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati tapak wen IHMA di: www.ihma.com

MAKLUMAT HUBUNGAN

Hubungan
Igael Hamburg 847-303-5003
ihamburg@ihma.com