SAN FRANCISCO, Jan. 30, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Black Hat Asia, penyedia acara keselamatan maklumat peneraju dunia mengumumkan Ucapan Dasar dan Taklimat untuk acaranya yang akan datang di Singapura. Acara ini menawarkan seminggu Taklimat yang mendalam, Latihan amali, Dewan Perniagaan yang mempamerkan penyelesaian terbaru industri dan koleksi program istimewa yang merangkumi topik penting bagi golongan yang bekerja daripada tahap pengamal hingga eksekutif, komuniti InfoSec yang lebih besar, dan banyak lagi.
Black Hat Asia akan berlangsung pada 26-29 Mac 2019 di Marina Bay Sands, Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan penjimatan sebanyak S$200 untuk bayaran pendaftaran sebelum 22 Mac, sila lawati: blackhat.com/asia-19/registration.html
Tumpuan utama daripada pusingan pertama Taklimat Black Hat Asia 2019 termasuklah:
- Ceramah yang mendedahkan varian baharu Meltdown dan Spectre, serangan yang telah menggegarkan dunia apabila kedua-duanya mendedahkan data penting dalam semua peranti daripada mudah alih, komputer peribadi hingga awan.
- Ceramah kriptografi yang akan memperlihatkan kerentanan dalam pelaksanaan HTTPS major yang sebelum ini telah dibaiki, serta cara Cisco ASA CVE mampu mendedahkan data sensitif seperti kuki sesi kepada penyerang berdasarkan rangkaian.
- Kajian yang mendedahkan kelemahan dalam sistem pengendalian Windows menerusi perampasan aliran kawalan di hadapan Teknologi Penguatkuasaan Aliran Kawalan Intel; dan Taklimat yang mendedahkan sistem pengendalian Apple penerusi pengebutan imej perisian tegar tersuai pada peranti iOS.
- Kerentanan yang terdapat merentasi ciri Microsoft Office – termasuk demonstrasi cara menyalahgunakan dokumen Word bagi mengakses maklumat sensitif, mencipta dokumen memancing data untuk mengumpul kelayakan, dan memintas ciri keselamatan terbaru Microsoft.
- Menyelami serangan alat kawalan jauh frekuensi radio (RF) – digunakan dalam pengilangan, pembinaan, pengangkutan dan aplikasi industri lain - untuk menyebabkan sabotaj, kecederaan, kecurian dan pemerasan.
Ucapan Dasar:
Mikko Hypponen – Pakar Keselamatan & Privasi
Hypponen telah menumpukan kerjayanya untuk melawan ancaman keselamatan, menjejak jenayah dalam talian selama hampir tiga dekad dan berkongsi hasilnya dengan dunia - termasuk penciptaan hukum Hypponen, yang menyatakan, “setiap kali suatu alat digambarkan sebagai ‘pintar,’ ia mudah diserang.” Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Penyelidik untuk F-Secure, beliau merupakan pakar keselamatan yang dipandang tinggi oleh ramai orang, hasil kajiannya telah disiarkan dalam The New York Times, Wired dan Scientific American, dan banyak lagi. Beliau adalah penceramah yang digemari, pernah memberi ceramah di universiti Oxford, Stanford, dan Cambridge - ceramah TED Talk Hypponen telah ditonton oleh 1.5 juta orang dan diterjemahkan ke 40 bahasa. Selain penyelidikannya yang berterusan, Hypponen juga berkhidmat sebagai kurator Muzium Perisian Hasad di Internet Archive.
Untuk melihat barisan semasa program 2019 dan abstrak pembentangan, lawati: blackhat.com/asia-19/briefings/schedule/index.html
BAHARU! Persidangan Kemuncak Eksekutif Black Hat Asia 2019
Pada Rabu 27 Mac, eksekutif keselamatan terbaik Asia akan menghadiri acara baharu ini yang ditujukan kepada pemimpin keselamatan dan ahli fikir berpandangan jauh. Peserta bakal mendengar taklimat daripada pelbagai pakar industri yang membantu membentuk strategi InfoSec generasi seterusnya. Persidangan Kemuncak Eksekutif ini mematuhi Peraturan Rumah Chatham dalam usaha untuk memupuk persekitaran yang terbuka dan kolaboratif. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila lawati: blackhat.com/asia-19/executive-summit.html
Kursus Gaya Kelas - Latihan Black Hat
Sebelum Taklimat diadakan, Black Hat Asia akan menawarkan kursus Latihan teknikal amali yang mendalam selama empat hari dengan bimbingan oleh individu terbaik dalam industri. Latihan tahun ini akan melibatkan topik seperti penggodaman infrastruktur, ujian penembusan, analisis perisian hasad, SDR dan banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang para jemputan dan penjimatan sebanyak S$300 untuk kursus pilihan anda sebelum 22 Mac, sila lawati: blackhat.com/asia-19/training/schedule/index.html
Demonstrasi Langsung - Black Hat Arsenal: Alat Diumumkan!
Black Hat Arsenal akan kembali ke Singapura dengan alat dan kawasan demonstrasinya yang popular, menampilkan perkembangan terhangat daripada komuniti sumber terbuka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Arsenal dan melihat alat yang telah dipilih tahun ini, lawati: blackhat.com/asia-19/arsenal/schedule/index.html
Penaja Black Hat Asia
Penaja utama Black Hat Asia 2019 termasuklah Penaja Berlian: Infoblox, Tenable; Penaja Platinum : PolySwarm, Qualys; dan Emas: Anomali. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peluang penajaan dan senarai penuh syarikat yang menyertai, lawati: blackhat.com/asia-19/event-sponsors.html
Berhubung dengan Black Hat (#BlackHat)
Tarikh dan Acara Black Hat Akan Datang
- Black Hat AS 2019, Las Vegas, Nevada, 3-8 Ogos 2019
- Black Hat Eropah 2019, London, England, 3-6 Disember 2019
Perihal Black Hat
Selama lebih daripada 20 tahun, Black Hat telah membawakan maklumat terkini dalam penyelidikan, perkembangan dan trend keselamatan maklumat kepada pengunjung. Acara dan latihan global berprofil tinggi ini didorong oleh keperluan komuniti keselamatan yang berusaha untuk menyatukan minda terbaik dalam industri. Black Hat memberikan inspirasi kepada para profesional di semua peringkat kerjaya, menggalakkan perkembangan dan kerjasama dalam kalangan ahli akademik, penyelidik bertaraf dunia serta pemimpin dalam sektor awam dan swasta. Taklimat dan Latihan Black Hat diadakan setiap tahun di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di: blackhat.com. Black Hat dianjurkan oleh UBM, yang telah bergabung dengan Informa PLC pada Jun 2018 menjadi peneraju kumpulan perkhidmatan maklumat B2B dan penganjur Acara B2B terbesar di dunia.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan berita dan maklumat terkini, lawati www.ubm.com dan www.informa.com.
Hubungan Media:
Kimberly Samra
Black Hat PR
415-947-6362
BlackHatPR@ubm.com