Black Hat Asia 2019 Mengembangkan Program Komuniti dan Memperluaskan Pengaturcaraan kepada Komuniti InfoSec Singapura Setempat

Acara tersebut akan menawarkan forum berkaitan topik dan trend komuniti terkini, pelbagai peluang biasiswa, acara hubungan khusus dan banyak lagi

New York, New York, UNITED STATES


SAN FRANCISCO, March 13, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Black Hat, penganjur acara keselamatan maklumat terkemuka, mendedahkan pengaturcaraan baru untuk Black Hat Asia, dibangunkan untuk meneruskan perkhidmatannya kepada industri InfoSec yang lebih meluas serta kepada komuniti setempat Singapura. Black Hat telah membuat langkah strategik dalam menerima ahli profesional daripada pelbagai bidang dan menawarkan platform untuk membincangkan isu yang memberi kesan kepada komuniti. Tambahan tahun ini kepada program Black Hat Asia akan memberikan peluang untuk menyelesaikan isu yang memberi kesan kepada industri, menjemput dan mendidik individu daripada pelbagai latar belakang dan banyak lagi.

Black Hat Asia akan berlangsung pada 26-29 Mac 2019 di Marina Bay Sands, Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta penjimatan sebanyak S$200 untuk harga pendaftaran sebelum 22 Mac, sila lawati: blackhat.com/asia-19/registration.html

Acara H.A.S.H. akan berlangsung bersama dengan Black Hat Asia: Khamis, 28 Mac
Akan berlangsung pada hari Khamis semasa Black Hat Asia, Hackers Appreciation & Social Hour (H.A.S.H.) merupakan sesi hubungan dan penghargaan yang diatur oleh Agensi Teknologi Kerajaan (GovTech) & Agensi Keselamatan Siber (CSA) untuk peserta Program Ganjaran Pepijat Kerajaan.

Forum Komuniti: Khamis, 28 Mac
Forum komuniti Black Hat telah dibangunkan untuk memberikan fokus kepada isu berkaitan yang sedang memberi kesan kepada komuniti InfoSec. Buat kali pertama, forum ini akan ditawarkan kepada peserta Black Hat Asia, memberikan maklumat untuk membantu individu yang baru kepada InfoSec, juga kepada profesional yang berpengalaman.

  • “Pastikan Semua Orang Selaras: Pendekatan Efektif Dipinjam daripada Komuniti Sumber Terbuka”: Wang Kang, Pakar Keselamatan dengan Kumpulan Alibaba, akan memberikan perbincangan mendalam berkaitan memastikan perhubungan komuniti InfoSec diselaraskan tanpa memerlukan sumber atau tenaga tambahan. Ceramah beliau bukan hanya memberikan kajian yang terbukti, tetapi juga contoh dunia nyata untuk kupasan mendalam secara menyeluruh.
     
  • “Teraju Utama dalam Insurans Siber”: Pengarah CrowdStrike dan ahli Lembaga Semakan Black Hat, Vincenzo Iozzo, akan mengetuai perbincangan tentang keadaan semasa pemodelan risiko untuk insurans siber, cara kedua-dua industri berinteraksi dan apakah teraju utama untuk mempunyai pasaran insurans yang berfungsi untuk risiko siber. 
     
  • “Adakah Kita Menukar Pengetahuan Komuniti menjadi Organisasi Selamat”: Pamela O’Shea, Pengarah Shea Information Security, akan mempengerusikan forum yang mengenal pasti fokus dalam komuniti hari ini dan apakah yang dijangka daripada kita dalam pekerjaan harian menurut standard industri. Analisis ini menetapkan manfaat kita bertembung dengan kerja kita dan cara kita boleh menggunakan pengetahuan baru yang beredar antara penyelidik untuk manfaat organisasi kita.

Gedung Alatan Setempat:
Gedung Black Hat, yang mempamerkan pembangunan terkini daripada komuniti sumber terbuka, akan menerima beberapa penyelidik tempatan untuk mempersembahkan alat mereka di Black Hat Asia. Di antara alatan tempatan ini adalah penyelidik yang menyertai dan memenangi HackSmith v2.0, acara penggodam yang dianjurkan bersama oleh Black Hat Asia dan Division Zero di Singapura yang bertujuan untuk mempromosikan pembangunan alatan InfoSec Singapura.

Biasiswa
Untuk tahun keempat, program Biasiswa Black Hat akan memperkenalkan generasi seterusnya profesional keselamatan dengan menganugerahkan 75 Pas Taklimat Akademik percuma kepada pemohon pelajar dalam bilangan terhad. Black Hat juga suka untuk mengumumkan kerjasama baru dengan IN Security Movement yang telah menganugerahkan 20 pas Taklimat percuma kepada wanita dengan minat mendalam terhadap keselamatan maklumat yang mencari peluang untuk memulakan karier mereka. Tahun ini juga akan memperlihatkan kembalinya program Biasiswa Pengajar, yang mana menerusi 10 pengajar setempat akan diberikan pas Taklimat sebagai usaha untuk memenuhi permintaan yang kian meningkatkan diletakkan kepada pengajar setempat dan untuk menjadikan latihan dan pembelajaran boleh diakses untuk semua.

Pertemuan Wanita dalam Keselamatan: Jumaat, 29 Mac
Ahli Lembaga Semakan, persatuan setempat dan tetamu Black Hat Asia akan dijemput untuk berhubung dan berkenalan di Pertemuan Wanita dalam Keselamatan.  Ahli Lembaga Semakan Black Hat Asia Ashley Chen, penyelidik keselamatan di FireEye dan Asuka Nakajima, penyelidik di NTT Secure Platform Laboratories, akan berkongsi pengalaman mereka melancarkan dan menyertai acara Wanita dalam InfoSec dan berbincang cara peserta boleh melakukan yang serupa dalam komuniti setempat mereka.

Rakan Persatuan 
AISP, Division Zero (Div0), ICE71, Persatuan Pembangunan Keselamatan Maklumat (ISDA), ISACA Bahagian Singapura, Persatuan Keselamatan Rangkaian Jepun (JNSA), OWASP, Konsortium Keselamatan Siber Singapura, Perikatan Keselamatan Siber Taiwan, TechTalkThai dan Persatuan Audit Komputer.

Penaja Black Hat Asia 
Penaja utama Black Hat Asia 2019 termasuk Penaja Berlian: Infoblox, Tenable; Penaja Platinum : PolySwarm, Qualys, Tripwire; dan Gold: Anomali, Darktrace. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peluang penajaan dan untuk melihat senarai penuh syarikat yang menyertai, lawati: blackhat.com/asia-19/event-sponsors.html

Berhubung dengan Black Hat (#BlackHat)

Tarikh dan Acara Black Hat Akan Datang

  • Black Hat AS 2019, Las Vegas, Nevada, 3-8 Ogos 2019
  • Black Hat Eropah 2019, London, England, 3-6 Disember 2019

Perihal Black Hat
Untuk lebih dari 20 tahun, Black Hat telah membekalkan peserta dengan maklumat terkini tentang kajian, pembangunan dan trend keselamatan maklumat. Acara dan latihan global berprofil tinggi ini didorong oleh keperluan komuniti keselamatan yang berusaha untuk menyatukan minda terbaik dalam industri. Black Hat memberikan inspirasi kepada para profesional di semua peringkat kerjaya, menggalakkan perkembangan dan kerjasama dalam kalangan ahli akademik, penyelidik bertaraf dunia serta pemimpin dalam sektor awam dan swasta. Taklimat dan Latihan Black Hat diadakan setiap tahun di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Lebih banyak maklumat tersedia di: blackhat.com. Black Hat dianjurkan oleh UBM, yang telah bergabung dengan Informa PLC pada Jun 2018 menjadi peneraju kumpulan perkhidmatan maklumat B2B dan penganjur Acara B2B terbesar di dunia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan berita dan maklumat terkini, lawati www.ubm.com dan www.informa.com.

Hubungan Media:
Kimberly Samra
Black Hat PR
415-947-6362
BlackHatPR@ubm.com