Rundo Memilih Penyelesaian eKlinikal TrialMaster® dan TrialOne® OmniComm

Peneraju CRO yang beribu pejabat di Shanghai menandatangani kontrak berbilang tahun


FORT LAUDERDALE, Fla., April 12, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Rundo International Pharmaceutical Research & Development Co., Ltd. (Rundo), organisasi kajian kontrak (CRO) utama yang beribu pejabat di Shanghai telah memilih penyelesaian eKlinikal daripada OmniComm Systems, Inc. (OTCQX: OMCM), peneraju penyedia teknologi pengurusan data klinikal global. Di bawah syarat dua perjanjian yang berasingan, Rundo akan menggunakan TrialMaster EDC dan TrialOne OmniComm untuk kajian.

Pelanggan Rundo di China termasuklah syarikat domestik dan multinasional, dengan kajian daripada Fasa I hingga ujian klinikal IV. Selepas menjalankan penilaian komprehensif, Rundo memilih penyelesaian eKlinikal OmniComm atas berbilang sebab, termasuklah ketersediaan sistem yang matang dan disahkan, berbilang bidang kepakaran terapeutik, sokongan standard industri dan harga yang berdaya saing. Tambahan lagi, penyelesaian eKlinikal OmniComm menyediakan teknologi peneraju pasaran untuk kajian fasa awalan dan kajian Fasa II-IV.

Sebagai sistem yang mematuhi standard industri global, TrialMaster membolehkan organisasi pengguna memastikan kualiti dan kesahihan data yang dikumpul dan diuruskan semasa keseluruhan set kajian. TrialMaster juga membolehkan pengguna mematuhi peraturan FDA China (NMPA) dan proses kelulusan untuk ubatan baharu, serta mematuhi peraturan daripada FDA A.S. dan EMA.

TrialOne mengurangkan garis masa dan kos menerusi pengambilan sukarelawan yang lebih pantas dan berhala tuju, aliran kerja berdasarkan jadual yang mudah dicipta, Pengumpulan Data Sisi Katil (BDC) pada masa nyata, tangkapan data langsung daripada peranti dan pemprosesan sampel makmal automatik. Faktor ini meningkatkan keyakinan Rundo untuk menyediakan klinik fasa awalan peneraju industri dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Perihal OmniComm Systems, Inc. 
OmniComm Systems, Inc. ialah peneraju penyedia penyelesaian perisian strategik untuk industri sains hayat yang menawarkan penyelesaian eKlinikal untuk kajian klinikal dengan pengalaman global yang meluas daripada lebih 6,000 ujian klinikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.omnicomm.com

Perihal Rundo
Rundo International Pharmaceutical Research & Development Co., Ltd. (Rundo), ditubuhkan pada 2004, merupakan salah satu CRO teratas di China, dengan pengkhususan dalam menyediakan khidmat luaran kajian klinikal profesional kepada pelanggan domestik dan multinasional. Rundo beribu pejabat di Shanghai dengan pejabat lain yang terletak di Beijing, Guangzhou dan beberapa bandar lain di China. Rundo telah memperluaskan perkhidmatannya dan menubuhkan beberapa subsidiari termasuk pusat perkhidmatan biometrik di Wilayah Jiangsu, syarikat Organisasi Pengurusan Tapak yang menyediakan perkhidmatan ke seluruh negara di China, klinik Fasa I di Wilayah Hunan dan subsidiari Jepun. Sila lawati http://www.rundo-cro.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat Hubungan
Kuno van der Post
OmniComm Systems, Inc. 
+1.954.473.1254
KvanderPost@omnicomm.com