AgroSavfe melantik Patrice Sellès sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu dan mengukuhkan lagi pasukan kepimpinan


  • Patrice mempunyai lebih 20 tahun pengalaman kepimpinan dalam sektor Perlindungan Makanan dan Tanaman.
  • Luc Maertens dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi
  • Mengukuhkan pasukan kepimpinan AgroSavfe dengan ketara untuk terus menyokong pertumbuhan pesat Syarikat

GHENT, Belgium, July 03, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- AgroSavfe NV, sebuah syarikat Teknologi Pertanian (AgTech) yang berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan biokawalan berdasarkan AGROBODY™ generasi seterusnya, hari ini telah mengumumkan Patrice Sellès sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu. Selain itu, Luc Maertens telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Patrice menyertai AgroSavfe dari Syngenta, sebuah syarikat pertanian terkemuka, yang Patrice menghabiskan masa lebih daripada 17 tahun dalam pelbagai jawatan kepimpinan eksekutif dan saintifik antarabangsa, sebagai Ketua Portfolio Strategik dan Prestasi R&D Global, dan juga sebagai pengurus pelaburan usaha niaga Patrice memegang jawatan beliau di kedua-dua Eropah dan Amerika Syarikat.

Mengembangkan lagi Platform AGROBODY Foundry™ proprietari, Luc Maertens akan mengetuai pembangunan lengkap rangkaian produk proprietari yang berkembang pesat sebagai Ketua Pegawai Operasi. Dalam jawatan ini, Luc akan mengetuai penyelarasan dan pelaksanaan program Syarikat daripada reka bentuk produk sehinggalah pembangunan dan pematuhan kawal selia serta pengeluaran pada skala komersial

Lieven De Smedt, Pengerusi Lembaga Pengarah, mengomen: “Kami amat gembira bahawa Patrice akan menyertai kami sebagai CEO yang baharu untuk membawa AgroSavfe ke peringkat yang seterusnya dalam pasaran antarabangsa. Beliau memahami dinamik Industri Agro secara menyeluruh kerana rekod prestasi 20 tahun yang beliau miliki dalam pelbagai peranan kepimpinan, termasuklah pembangunan dan pelaksanaan portfolio dan strategi pelaburan, serta pembangunan perniagaan. Kepakaran beliau amat berharga kerana kita memasuki fasa baharu dan mula bersedia untuk melancarkan produk pertama kita, yang dijangkakan pada tahun 2022.”

Patrice Sellès, CEO AgroSavfe, berkata: “Saya amat teruja kerana ditawarkan peluang untuk memimpin AgroSavfe pada peringat yang penting ini. Sepanjang beberapa tahun ini, pasukan kita telah mengurangkan risiko platform teknologi unik dan membangunkan rangkaian yang berpotensi, dan saya teruja untuk mengembangkan lagi kejayaan ini dengan pasukan hebat kita di Ghent. Saya tidak sabar untuk berhubung dengan pemegang berkepentingan kita dan menyokong syarikat untuk menjadi perniagaan yang kukuh dan besar untuk jangka masa panjang, menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pertanian dan pengeluaran makanan di seluruh dunia.”

Tentang AgroSavfe

Permintaan yang semakin meningkat untuk makanan yang sihat, selamat dan mampan telah mengenakan sekatan yang semakin banyak pada amalan pertanian. Oleh itu, meningkatkan kecekapan pengeluaran makanan dalam cara yang mampan, pada masa yang sama melindungi persekitaran dan sumber semula jadi, adalah penting.

AgroSavfe mempunyai cita-cita untuk menyumbang kepada pengeluaran mampan bagi makanan yang selamat dan sihat. Syarikat berfokus pada penemuan, pembangunan dan pemerdagangan biokawalan yang berkesan dan selamat untuk menangani perosak dan penyakit tumbuh-tumbuhan menggunakan Platform AGROBODY Foundry™.

Produk AgroSavfe ialah biokawal berkelas unik berdasarkan protein bioaktif AGROBODY™ yang menyasarkan molekul perosak dan patogen secara cekap dan khusus. Bioaktif AGROBODY™ menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, menjadikannya agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan pra- dan pasca-penuaian.

Berdasarkan platform AGROBODY™ yang unik, AgroSavfe telah membina rangkaian produk yang serba boleh untuk menentang perosak dan penyakit utama, dengan produk pertama dijangka akan memasuki pasaran AS pada tahun 2022.

Syarikat ini diasaskan pada tahun 2013 sebagai sampingan VIB (Institut Flemish untuk Bioteknologi) dan berdasarkan kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.agrosavfe.com.


            

Contact Data