Tascent Berprestasi Terbaik dalam Ujian DHS bagi Pengecaman Muka Kooperatif

Produk InSight Face baharu syarikat berjaya mendapat skor ketepatan, kecekapan dan kepuasan pelanggan yang tertinggi


LOS GATOS, Calif., Aug. 21, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Tascent, Inc., peneraju dalam biometrik intuitif, hari ini mengumumkan mereka telah menerima markah prestasi terbaik dalam semua kategori pada 2019 Biometric Technology Rally yang diadakan oleh Jabatan Keselamatan Tanah Air (DHS) AS. Dibandingkan dengan sejumlah 14 produk utama, penyelesaian pengecaman muka kooperatif InSight Face Tascent menyampaikan ketepatan tertinggi, kecekapan tertinggi dan kepuasan pelanggan tertinggi bagi semua pesaing, dan merupakan satu-satunya penyelesaian yang memenuhi semua matlamat DHS untuk penilaian.

Diadakan buat tahun kedua, DHS Biometric Technology Rally berusaha untuk membandingkan prestasi pelbagai peranti penangkapan, algoritma, dan modaliti dalam keadaan penggunaan realistik yang meniru situasi naik pesawat atau persekitaran pemudahan perjalanan yang mempunyai jumlah pemprosesan tinggi yang boleh dibandingkan. Untuk setiap peranti yang diuji, pengguna yang mewakili taburan demografi yang luas diarahkan untuk berjalan melalui zon tangkapan sepanjang 8 kaki, mengikut sebarang arahan yang diberikan dan memberikan maklum balas tentang pengalaman pengguna. Imej biometrik muka yang terhasil kemudiannya dibandingkan dengan galeri yang didaftarkan dan dinilai untuk prestasi pemadanan.

Keputusan rasmi ujian DHS, yang merujuk Tascent melalui nama kod pasukan “Teton.” menunjukkan bahawa InSight Face Tascent menyampaikan 0.0% Kadar Gagal untuk Mendapatkan, 99.5% Kadar Pengenalpastian Sebenar, 98.1% Rating Kepuasan, dan daya pemprosesan purata (“Kecekapan”) 2.7 saat, termasuklah transit melalui zon 8 kaki. Hasil ini tidak dapat ditandingi dalam mana-mana kategori oleh peserta ujian lain. Keputusan rasmi boleh ditemui di https://mdtf.org/Rally2019/Results2019.

“Kami teruja untuk keputusan daripada 2019 Biometric Technology Rally mengesahkan perspektif kami bahawa sistem biometrik boleh menyampaikan kemudahan, ketepatan, pengalaman pengguna dan keterangkuman tanpa berkompromi,” kata Dan Potter, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan di Tascent. “Dengan pengesahan biometrik semakin diiktiraf sebagai pendaya teknologi penting, pendekatan holistik ini terhadap prestasi biometrik akan menjadi penting untuk kedua-dua perniagaan dan organisasi kerajaan.”

InSight Face, sistem biometrik daya pemprosesan tinggi generasi kelima Tascent, akan dikeluarkan pada lewat 2019. InSight Face, menggabungkan reka bentuk industri yang memenangi anugerah InSight One Tascent dengan keupayaan penangkapan pengecaman muka "dalam perjalanan" lancar yang berfungsi dengan individu atau kumpulan kecil. Berbanding penyelesaian pengecaman muka berdasarkan pemantauan atau CCTV, InSight Face ialah sistem kooperatif yang melibatkan pengguna secara aktif untuk menyampaikan pengalaman intuitif dan mengalu-alukan.

“Biometrik sudah pun mentransformasikan perjalanan udara pada skala global, menyampaikan tahap kecekapan, pemperibadian, dan kemudahan yang baharu kepada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan pengembara,” kata Alastair Partington, Pengasas dan CEO bersama Tascent.  “Tahap prestasi dan kebolehgunaan yang kita lihat sekarang membolehkan pengesahan biometrik untuk menggegarkan bukan sahaja perjalanan udara, tetapi setiap industri yang menitik beratkan keterlibatan pelanggan positif dan melancarkan pengalaman pelanggan.  Kami berasa teruja untuk penyelesaian biometrik kooperatif generasi baharu ini memberikan individu lebih banyak pilihan dalam cara mereka memilih untuk berinteraksi dengan organisasi – dengan selamat, dengan mudah dan dengan yakin.

Tentang Tascent

Tascent menggunakan kuasa biometrik untuk mendayakan pengalaman lancar dalam dunia yang terhubung. Kami berfokus pada mencipta perkakasan, perisian dan perkhidmatan intuitif, menyediakan keupayaan menyeluruh untuk penyelesaian identiti tersuai. Melalui perkongsian, kami menyampaikan kelebihan identiti dipercayai untuk memberikan impak positif terhadap perjalanan, perkhidmatan kewangan, jualan tiket dan acara, akses tempat kerja, perkhidmatan kerajaan dan usaha kemanusiaan.

Tascent memudahkan rakan kongsi kami menyepadukan dan mengerahkan sistem identiti biometrik berbilang modal yang mudah digunakan tetapi mantap sementara banyak syarikat biometrik menawarkan produk yang kompleks dan tidak intuitif. Hari ini, peranti dan penyelesaian biometrik kami berkhidmat untuk puluhan juta orang setiap tahun dalam sesetengah persekitaran yang paling mencabar. Kami berusaha untuk menginovasi dan mencipta produk yang menangani keperluan yang belum dipenuhi untuk proses identiti rutin tetapi penting, meringkaskan dan memudahkan kehidupan.

Berpangkalan di Silicon Valley, CA, Tascent menyokong pelanggan dan rakan kongsi secara global di pejabat kami di Washington DC, Dubai, London, dan Singapura.

www.tascent.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/72d1ca66-9694-445b-8178-316a70bf9283

Foto juga tersedia melalui AP PhotoExpress



            

Contact Data