Anugerah Stevie Mengumumkan Pemenang Anugerah Terbaik IBA 2019

Pemenang Anugerah Grand Stevie akan dianugerahkan trofi di Hotel Andaz Vienna am Belvedere pada 19 Oktober


FAIRFAX, Va., Aug. 29, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Anugerah Stevie® telah mengumumkan pemenang Anugerah Terbaik IBA pada Tahun 2019 (Tahunan ke-16) International Business Awards®, pertandingan anugerah perniagaan ulung di dunia.

Calon dalam IBA 2019 tidak dapat memohon Anugerah Terbaik IBA secara langsung. Pemenang ditentukan melalui sistem mata berdasarkan jumlah bilangan anugerah yang dimenangi dalam IBA dengan kemenangan Stevie Emas dikira tiga mata, kemenangan Stevie Perak dikira dua mata dan kemenangan Stevie Gangsa dikira 1.5 mata.

Pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa pada tahun ini dalam The International Business Awards diumumkan pada 14 Ogos. Pemenang Anugerah Terbaik IBA akan dianugerahkan trofi Anugerah Grand Stevie dalam majlis jamuan International Business Awards Tahunan ke-16 di Hotel Andaz Vienna am Belvedere di Vienna, Austria pada 19 Oktober.

Pemenang Anugerah Grand Stevie 2019 ialah:

Organisasi Yang Paling Disanjung: Syarikat mel dan logistik antarabangsaDP DHL Group dengan 86.5 mata anugerah yang diperoleh melalui kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang diserahkan oleh pejabat dan sekutu mereka di 32 buah negara. Anugerah ini ialah Anugerah Grand Stevie ke-11 yang dimenangi oleh DP DHL Group dalam salah satu pertandingan Anugerah Stevie sejak tahun 2014.

Agensi Perhubungan Awam Yang Paling Disanjung: LLYC dengan 69.5 mata anugerah yang diperoleh melalui kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang diserahkan bagi pihak klien, seperti BBVA, Coca-Cola dan Starbucks.  Firma perundingan komunikasi global dan hal ehwal awam yang beribu pejabat di Madrid memenangi Anugerah Grand Stevie 10 Terbaik pada tahun 2018.

Agensi Pemasaran Yang Paling Disanjung: Switching-Time dengan jumlah 20 mata yang diperoleh melalui kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang kebanyakan diserahkan bagi pihak jenama luar Columbia.  Agensi ini berpangkalan di Shanghai, China.

Agensi Perkhidmatan Interaktif Yang Paling Disanjung: The XD Agency dengan 20.5 mata yang diperoleh melalui kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang diserahkan bagi pihak klien, seperti Porsche dan Red Bull.  Agensi komunikasi strategi yang berpangkalan di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat memberikan fokus yang tinggi terhadap reka bentuk pengalaman.  Agensi berkenaan juga memenangi Grand Stevie untuk agensi perkhidmatan interaktif yang paling disanjung dalam The 2019 American Business Awards®.

10 Terbaik: Berikut ialah pemenang Stevie Emas, Perak dan Gangsa antara semua organisasi lain yang disanjung dalam IBA 2019. Mereka juga akan dianugerahkan trofi Anugerah Grand Stevie.

1. MSL, seluruh dunia (66.5 mata) 
2. IBM, seluruh dunia (65) 
3. ASDA’A BCW, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (59.5) 
4. The Audacious Agency, Coombabah, QLD, Australia (37) 
5. PT Petrokimia Gresik, Gresik, Indonesia (35.5)
6. (tie) Dell Technologies, seluruh dunia (30) 
    Ooredoo, seluruh dunia (30) 
8. Dan Lok Education Inc., Vancouver, BC, Kanada (29)
9. (tie) Jeunesse Global, Lake Mary, FL, USA (24.5)
    Thai Life Insurance Plc., Bangkok, Thailand (24.5)

“Antara semua organisasi dan pencapaian cemerlang yang diiktiraf dalam bilangan pencalonan IBA yang terbanyak pada tahun ini, 14 buah organisasi ini menonjol sebagai organisasi yang memperoleh pencapaian yang paling besar,” kata Michael Gallagher, presiden dan pengasas Anugerah Stevie. “Anugerah Terbaik IBA bertujuan untuk menyanjung organisasi yang menunjukkan dedikasi tinggi untuk menyanjung sumbangan pekerja mereka, komitmen terhadap klien mereka dan memacu inovasi. Kami menanti-nantikan untuk meraikan kejayaan firma tersebut dengan trofi Anugerah Grand Stevie dalam acara gala kami di Vienna pada 19 Oktober.”

The International Business Awards menawarkan pelbagai kategori untuk mengiktiraf pencapaian dalam setiap aspek kehidupan kerja, termasuk anugerah pengurusan, anugerah produk baharu, anugerah pemasaran, anugerah PR, anugerah perkhidmatan pelanggan, anugerah laman web dan banyak lagi. 
Penentuan kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa dalam IBA 2019 dibuat berdasarkan purata skor lebih daripada 250 orang profesional di seluruh dunia dalam proses pengadilan selama tiga bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang The International Business Awards, termasuk senarai lengkap pemenang Anugerah Stevie dalam pertandingan 2019, lawati http://www.StevieAwards.com/IBA.

Tentang Anugerah Stevie 
Anugerah Stevie diberikan dalam lapan program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Jualan & Perkhidmatan Pelanggan dan Anugerah Stevie Timur Tengah yang baharu. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 12,000 entri setiap tahun daripada organisasi di lebih daripada 70 buah negara. Memberikan penghormatan kepada organisasi pelbagai jenis dan saiz dan warga di belakangnya, Stevies mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di http://www.StevieAwards.com.

Orang hubungan:
Daniel Ferguson
Penyelaras Pemasaran
Daniel@StevieAwards.com
+1 (703) 547-8389

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f45b2043-b235-403b-b196-2b73816e32f7