CrownBio dan NEXT Oncology Mengumumkan Kerjasama Model PDX Strategik

~ Perjanjian menambahkan 350 model PDX tumor premium kepada koleksi PDX terbesar di dunia ~


SAN DIEGO, Oct. 30, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan NEXT Oncology untuk menyediakan model PDX yang berkaitan secara klinikal untuk pembangunan ubah praklinikal. Perjanjian ini mengukuhkan CrownBio sebagai rakan kongsi pemerdagangan global eksklusif untuk semua model PDX tumor utama yang dijana oleh NEXT Oncology untuk lima tahun akan datang.  

Model ini akan dibangunkan daripada pesakit yang mempertimbangkan untuk menyertai percubaan klinikal awal, dan menggabungkan terapi bersasar dam imunoterapi terkini, dengan fokus khusus pada mekanisme ketahanan. Kerjasama ini pada permulaan akan menyediakan 350 model PDX untuk dikukuhkan sepanjang lima tahun seterusnya, setiap model akan berpasangan dengan data pencirian penting dan sejarah klinikal pesakit yang berkaitan.

“Perjanjian eksklusif ini bukan sahaja akan membolehkan CrownBio mengekalkan kedudukan kita tetapi juga memajukan lagi kedudukan kita sebagai pembekal utama industri bagi model PDX yang diperkuat oleh pandangan klinikal bernilai melalui ahli onkologi utama dunia NEXT Oncology,” kata Dr. Jean-Pierre Wery ketua pegawai eksekutif CrownBio. “Dengan bekerja bersama NEXT Oncology, pangkalan pelanggan global kami akan dapat mengakses model canggih terkini tidak lama lagi sementara kami terus menempa sempadan baharu dalam penemuan ubat onkologi.”

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, NEXT Oncology akan memanfaatkan kepakaran CrownBio yang tiada tandingan dalam pembangunan model PDX daripada tisu pesakit, platform biologi sistem (AI), dan biopenanda berkaitan dan keupayaan penemuan diagnostik peneman.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Crown Bioscience. Ini merupakan prospek menarik bahawa model yang dibangunkan oleh NEXT Oncology melalui akses pesakit unik kami kini akan dijadikan tersedia kepada penyelidik di seluruh dunia melalui capaian global dan kepakaran perkhidmatan praklinikal CrownBio,” kata Dr. Anthony W. Tolcher, M.D., FRCPC. “Perikatan ini melengkapkan komuniti pembangunan ubat dengan alat translasi baharu yang berkuasa untuk membimbing penciptaan rawatan baharu dan ditingkatkan untuk kanser bagi akhirnya mengubah hidup pesakit.”

Model permulaan daripada perjanjian ini dijangkakan untuk sedia bagi kajian klien menjelang pertengahan tahun 2020.

Tentang Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience, sebuah syarikat JSR Life Sciences, merupakan sebuah syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian onkologi, keradangan, penyakit metabolisme. Dengan portfolio menyeluruh bagi model berkaitan dan alat ramalan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan menyampaikan calon klinikal yang superior. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati:

Tentang NEXT Oncology
NEXT Oncology, diasaskan oleh Anthony W. Tolcher, M.D., FRCPC, merupakan pusat Fasa I yang terletak di San Antonio, TX, yang dikhususkan untuk menyediakan pilihan bagi pesakit kanser lanjutan dan melanjutkan kajian kanser. Misi NEXT Oncology adalah untuk mentransformasikan industri melalui pembangunan penemuan seterusnya dalam kajian kanser melalui percubaan farmakologi klinikal Fasa 1 berkualiti tinggi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang NEXT Oncology https://www.nextoncology.com 

Pertanyaan Media:

Crown Bioscience
Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc.
marketing@crownbio.com

NEXT Oncology:
Kelly Morris Public Relations
kellymorrispr@gmail.com