Gabungan Antarabangsa Penasihat Keselamatan Negara (ICNSA) melancarkan siri bengkel sedunia dan menubuhkan Yayasan Pembelaan Undang-undang untuk membasmi fitnah


DEN HAAG, Belanda, March 03, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Persidangan sulung 3 hari yang diadakan oleh Gabungan Antarabangsa Penasihat Keselamatan Negara (ICNSA) telah bermula pada 20 Februari 2020 di Wandelganger Nieuwspoort, bilik berita untuk Parlimen dan tempat Perdana Menteri Belanda memberikan ucapan mingguan. Sesi tersebut membincangkan Keselamatan, Kedaulatan dan Pemeliharaan Warisan Negara bersama-sama penceramah Prof. Dr. David Pinto, Jean Labrique, Harm Groenendojk, Toine Manders dan Saman Seneviratne selaku Penceramah Utama. Peter van der Velden daripada Parti Popular Belanda telah mengacarai persidangan tersebut. Daniël Gerritsen, Pengerusi Jawatankuasa Aktivisme ICNSA, yang juga merupakan ahli politik yang terkenal telah menjadi moderator acara itu. Lihat program acara.

Sesi kedua yang diadakan di Hoofdorp memfokuskan keselamatan maritim dan disertai oleh Oliver Vehmeier, Presiden Royal Marina Yacht Group (RMYG). RMYG memberikan pengalaman penuh dari segi kapal, hiburan dan keselamatan peribadi, kata Vehmeier yang juga merupakan penyumbang undangan bagi sesi berkenaan Pematuhan Undang-undang Maritim Antarabangsa, Pengawal Pinggir Laut, memandu arah di perairan antarabangsa, privasi, lanun dan ancaman maritim serta keselamatan negara.

Sesi ketiga di Rotterdam yang diketuai oleh Endowmen untuk Pemeliharaan Nilai Yahudi Kristian (EPJCV) dan diwakili oleh Seneviratne, mempromosikan pemeliharaan menerusi perubahan dasar dan perubahan undang-undang yang melindungi bayi belum lahir sehinggalah rawatan pengakhiran nyawa. EPJCV mempromosikan acara Yahudi Kristian; "Dari Holocaust sehinggalah Kebangkitan Israel," diketuai oleh Chabad Flevland dan Emanuël Kerk dalam kerjasama dengan gereja Kristian, kata Gerritsen.

Berikutan sesi tersebut di Belanda, satu sesi khas telah diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat dengan Pakar Keselamatan Siber Kenneth Davis sebagai pakar subjek yang terlibat pada peringkat orang awam, tentera dan kerajaan, merupakan penganalisis utama. Davis menggunakan kes pembuangan anak lelaki Gerritsen yang dilakukan oleh Pusat Perlindungan Belia Rotterdam, sebagai kajian kes pertama. Davis, yang juga merupakan bekas Penolong Syerif mempunyai pengetahuan kerja selama beberapa tahun di tempat yang terlibat dengan litigasi semasa: “Maruah Saman Seneviratne telah diserang menerusi siaran dan fitnah yang disebarkan pada Internet secara tanpa nama untuk menghancurkan perniagaan dan reputasi peribadinya,” kata Davis sambil memetik litigasi tersebut.

Melvin Avanzado, Peguam dan Pembela Keadilan Sosial. Peguam Avanzado telah dipilih untuk menjadi proktor Yayasan Pembelaan Undang-undang untuk ICNSA.

ICNSA merupakan gabungan kerjasama Penasihat Keselamatan Negara, ahli politik, penyelidik dan penasihat dasar, yang menyelidik, mendidik, menganalisis dan menyebarkan maklumat penting yang memberikan kesan terhadap kedaulatan negara, perlembagaan dan warisan negara. Acara ICNSA yang seterusnya dijadualkan pada bulan April 2020. Sila hubungi InvitationRequest@ICNSA.org.

Hubungan Media
Social Phenomenon Thinktank
www.sptfellows.com
4243175595

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/23bee822-5d35-4be3-9993-d6c2a8a74ed1
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/726fbd4d-600f-4d3d-a488-3b69737c3ddb
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3ea97b9e-e442-4402-b893-0d6680f31682