COAST Autonomous Memilih Teknologi LiDAR Keadaan Pepejal oleh LeddarTech sebagai Penyelesaian Paling Boleh Dipercayai untuk Mencapai Tahap Keselamatan Maksimum untuk Kenderaan Penghantaran “Bigfoot” Berautonominya


QUEBEC CITY dan PASADENA, Calif., July 28, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan, mengucapkan tahniah kepada COAST Autonomous atas pelancaran Leddar™ Pixell dalam kenderaan penghantaran berautonomi (ADV) di Kinney County Railport (KCRP) berdekatan Brackettville, Texas. KCRP ialah salah satu depot kereta api yang dikendalikan oleh Harbor Rail Services Company of California. COAST Autonomous memilih LiDAR Kokun Leddar Pixell oleh LeddarTech dengan perlindungan kenderaan 360 darjah sebagai pembekal untuk projek ini.

COAST Autonomous, diasaskan oleh veteran industri pandu sendiri, memilih teknologi LeddarTech kerana keupayaannya untuk menyampaikan keselamatan yang dipertingkat untuk kenderaan COAST Autonomous. Keteguhan dan keutuhan teknologi LiDAR Kilat keadaan pepejal oleh LeddarTech memenuhi syarat mobiliti hari ini yang mencabar dan menjadikan teknologi itu pilihan ke arah mencegah pelanggaran, terutamanya dalam persekitaran industri apabila pejalan kaki dan trafik kenderaan kurang dikawal berbanding dalam persekitaran bandar.

ADV elektrik oleh COAST Autonomous berfungsi tanpa pelepasan CO2 dan membolehkan Harbor Rail untuk mengendalikan dan memindahkan alatan dan bekalan 24 jam sehari dalam persekitaran industri mereka secara selamat dan berkesan. Kenderaan elektrik ini dilengkapi teknologi yang membolehkan pemanduan berautonomi dengan teknologi LiDAR Kilat keadaan pepejal yang disediakan oleh LeddarTech. COAST Autonomous telah membangunkan kenderaan pandu sendiri yang menyepadukan beberapa teknologi pengesanan termasuk LiDAR dan kamera. Leddar Pixell oleh LeddarTech memberikan perlindungan penuh tanpa zon mati dalam seluruh perimeter kenderaan tersebut yang juga dirujuk sebagai “kokun”. Ini melindungi semua pekerja di tapak industri sama ada yang berjalan kaki atau di dalam kenderaan lain yang mungkin mendekati ADV semasa situasi henti dan pergi.

“Ini ialah peluang yang hebat untuk melancarkan kenderaan di KCRP. Depot kereta api merupakan persekitaran yang baik untuk menunjukkan cara kenderaan berautonomi berfungsi, terutamanya dalam persekitaran industri, menjadikan tenaga kerja lebih selamat dan meningkatkan kecekapan dengan membenarkan mereka untuk memfokuskan tugasan lebih berkemahiran tinggi,” kata Pierre Lefevre, Ketua Pegawai Teknologi di COAST Autonomous. “Keselamatan ialah keutamaan kami, oleh itu kami menggunakan Leddar Pixell. Dengan pengalaman lebih sedekad membina penderia LiDAR, LeddarTech ialah rakan kongsi yang terbaik untuk kami dan telah membuktikan secara konsisten bahawa mereka boleh melangkaui jangkaan kami.”

“Kami berasa bangga bahawa penyelesaian LiDAR Kokun kami telah dipilih dan dipercayai COAST Autonomous untuk menjadi sebahagian daripada kenderaan penghantaran “Bigfoot” automoninya,” kata Adrian Pierce, Naib Presiden, Jualan Global & Pembangunan Perniagaan di LeddarTech. “COAST mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan dan pelancaran perkhidmatan di depot kereta api oleh mereka adalah mengujakan. Elemen pertama dalam piagam COAST ialah keselamatan, dan pengerahan Kokun LiDAR LeddarTech menyokong piagam ini dan komitmen COAST kepada pelanggannya.” En. Pierce menyimpulkan bahawa “menjadikan aplikasi mobiliti lebih selamat adalah teras dalam DNA kami. Teknologi kami menawarkan keseimbangan prestasi dan keberkesanan kos dan bersedia untuk pengerahan hari ini.”

Perihal COAST Autonomous

COAST Autonomous ialah syarikat teknologi pandu sendiri yang menyediakan penyelesaian mobiliti untuk menggerakkan orang dan barangan pada kelajuan sewajarnya di bandar, kampus dan persekitaran industri. COAST diasaskan untuk membina komuniti dengan menghubungkan orang ramai dengan penyelesaian mobiliti yang mengutamakan pejalan kaki dan memulangkan semula bandar kepada warganya. Walau bagaimanapun, teknologi COAST juga ideal untuk tapak persendirian. COAST telah membangunkan sistem Kenderaan Berautonomi (AV) 6 tahap proprietari yang merangkumi pemetaan dan penyetempatan, robotik dan kecerdasan buatan (AI), pengurusan armada dan penyeliaan. COAST boleh menyediakan pelbagai AV untuk menawarkan penyelesaian Mobiliti-sebagai-Perkhidmatan (MaaS) kepada bandar, taman tema, kampus, lapangan terbang, jalan kereta api dan tapak persendirian lain. COAST juga boleh menyediakan penyelesaian Perisian-sebagai-Perkhidmatan (SaaS) kepada pengilang kenderaan yang berminat untuk menawarkan armada berautonomi kepada pelanggan mereka. Jurutera COAST bekerjasama dengan pengilang untuk menukarkan kenderaan mereka menjadi kenderaan elektrik, memasang penderia perspektif dan perisian AV, diikuti dengan program pengujian yang rapi. Terletak di California, Florida, Perancis dan UK dan Filipina, pasukan COAST dikenali atas pengalaman dan kepakaran dalam semua aspek pelaksanaan dan pengendalian armada AV sambil mengutamakan keselamatan dan pengalaman pengguna. Untuk mengetahui cara COAST Autonomous dapat membantu anda menguasakan pengangkutan berautonomi dalam persekitaran anda, sila lawati www.coastautonomous.com.

Maklumat Hubungan:
Aimie Nghiem, Pengarah Pembangunan Program, COAST Autonomous
Tel: + 1-626-838-2469 anghiem@coastautonomous.com

Perihal LeddarTech®

LeddarTech ialah peneraju dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan penderiaan kritikal dan cabaran persepsi merentasi seluruh rantai nilai pasaran automotif dan mobiliti dengan platform lakuran penderia dan persepsi LeddarVision™.

LeddarTech menyampaikan penyelesaian pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala dan serba boleh kepada penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 yang membolehkan LiDAR keadaan pepejal gred automotif dibangunkan berdasarkan asas LeddarEngine™.

LeddarTech menawarkan 14 generasi LiDAR keadaan pepejal berdasarkan platform LeddarEngine™ yang beroperasi 24/7 di persekitaran yang teruk. Platform ini dikerahkan secara aktif di dalam kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan aplikasi teksi robot.

Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 80 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken,
Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cce3d3eb-b49c-4c38-a271-3175e4e2fdd9/ms

Video yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
https://coastautonomous.com/videos/kcrp-autonomous-delivery-vehicle


COAST Autonomous Melancarkan Kenderaan Penghantaran Berautonomi (ADV)