MasterControl Melancarkan Manufacturing Excellence™ Secara Global untuk Memajukan Operasi Pengeluaran dengan Memacu Kecekapan dan Kualiti

Penyelesaian Menyampaikan Persekitaran Pengeluaran Tanpa Kertas yang Merapatkan Jurang antara Kecemerlangan Operasi dengan Pengeluaran Pintar


MELBOURNE, Australia, Aug. 20, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- MasterControl, pembekal penyelesaian perisian yang mendayakan sains hayat dan syarikat dikawal selia yang lain untuk menyampaikan produk yang mengubah kehidupan kepada lebih ramai orang dengan lebih cepat, telah mengumumkan pengeluaran penyelesaiannya yang terkini hari ini, iaitu Manufacturing Excellence™ MasterControl. Selain itu, Platform MasterControl kini tersedia dalam 10 bahasa berbeza.

Dengan Manufacturing Excellence, pengeluar boleh mencipta hubungan dinamik antara sistem perusahaan, sumber data, proses dengan orang ramai untuk pandangan menyeluruh tentang data pengeluaran dan kualiti. Penyepaduan ini meluaskan kelebihan digital pengeluar ke lantai kedai dan menghapuskan masalah berkaitan dengan masukan data, integriti data dan kebolehlihatan data. Dengan menghapuskan kertas dan sistem bersilo, syarikat juga boleh menggunakan data, pendigitalan dan automasi untuk menskala dengan pantas, meningkatkan kualiti produk dan memacu prestasi operasi.

“Sepanjang sedekad sebelum ini, industri pengeluaran telah menggunakan sistem perisian untuk mengurus peralatan, proses, data dan perancangan rumit dengan lebih baik. Malangnya, sistem ini selalunya tidak terhubung dan masih bergantung pada kertas dalam bentuk tertentu,” ujar EVP Pemasaran dan Perkongsian Global MasterControl, Sara Bresee. “Untuk kekal berdaya saing pada zaman kecerdasan yang dipacu data dan pengeluaran pintar, pengeluar mesti berjaya mentransformasi secara digital, menyepadukan sistem bersilo dan menghapuskan proses berasaskan kertas dan proses hibrid yang tidak cekap dan tidak selamat. Kami percaya Manufacturing Excellence ialah alat yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.”

Sejak Manufacturing Excellence dilancarkan di A.S. setahun yang lalu, 50 buah syarikat telah menggunakan perisian tersebut dan mengalami integriti data yang dipertingkat, kurang penyimpangan dan masa semakan yang lebih pantas.

“Seperti kebanyakan pengeluar, kami mengalami kesukaran mengatasi ralat dokumentasi pengeluaran yang sering berlaku dan kos pengeluaran yang meningkat,” ujar Robin Joyner, pentadbir sistem di Wellington Foods. “Walau bagaimanapun, selepas melaksanakan penyelesaian Manufacturing Excellence MasterControl, kami mengalami 90% penurunan dari segi ralat masukan data, yang membolehkan kami mempercepat pelaksanaan rekod pengeluaran dan keluaran produk untuk mengembangkan perniagaan kami dengan lebih cekap.”

Penyelesaian Manufacturing Excellence MasterControl mentransformasi rekod dan proses pengeluaran pengeluar agar kedua-duanya bebas kertas, bebas ralat dan bebas perselisihan dengan:

  • Mengeluarkan baki kertas daripada lantai kedai untuk memastikan semakan dan keluaran produk adalah digital sepenuhnya, terhubung dan dipercepat.
  • Menghapuskan ralat boleh dielakkan, kitaran semakan yang panjang dan pembaziran yang tinggi disebabkan proses masukan data manual untuk mendapatkan pengeluaran dengan betul buat kali pertama.
  • Mengurangkan perselisihan antara keutamaan operasi dan jaminan kualiti serta metrik untuk meningkatkan prestasi barisan dan mempercepat pengeluaran. 

“Dengan mencegah masalah dokumentasi pada masa nyata untuk mengurangkan pembetulan ralat (pembaziran), kami mengurangkan keperluan penyimpangan dan kerja semula, serta mengukuhkan usaha pematuhan kami,” ujar Cory Robinson, pengarah kualiti di Legacy Pharmaceutical Packaging. “Penyelesaian Manufacturing Excellence MasterControl membolehkan kami menjimatkan masa dengan memastikan integriti data buat kali pertama, yang menambah baik prestasi kualiti kami secara keseluruhan dan memberikan impak positif terhadap pengalaman pelanggan merentasi keseluruhan kitaran hayat pengeluaran kami.”

Dengan penambahan penyelesaian Manufacturing Excellence kepada produk MasterControl yang berasaskan awan, kini syarikat boleh mengurus kualiti, pengesahan dan memproses aplikasi sepanjang seluruh kitaran hayat produk pada satu platform yang boleh dikonfigurasi dengan kefleksibelan, prestasi dan nilai tanpa tandingan. Perisian MasterControl tersedia dalam 10 bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Portugis, Jepun, Korea, Cina Tradisional dan Cina Ringkas.

Penyelesaian Manufacturing Excellence™ MasterControl tersedia sekarang. Untuk maklumat lanjut termasuk demo dan harga, sila lawati: https://www.mastercontrol.com/manufacturing/

Perihal MasterControl
MasterControl Inc. merupakan pembekal utama perisian kualiti dan pematuhan berasaskan awan untuk sains hayat dan industri dikawal selia yang lain. Misi kami sama adalah dengan pelanggan kami - untuk membawa produk yang mengubah kehidupan kepada orang ramai dengan lebih pantas. Platform MasterControl membantu organisasi mendigitalkan, mengautomatikkan dan menghubungkan proses kualiti dan pematuhan merentasi kitaran hayat pembangunan produk yang dikawal selia. Lebih daripada 1,000 buah syarikat di seluruh dunia bergantung pada penyelesaian MasterControl untuk mencapai tahap baharu bagi kecemerlangan operasi merentasi pembangunan produk, percubaan klinikal, hal ehwal kawal selia, pengurusan kualiti, rantaian bekalan, pengeluaran dan pemantauan pascapasaran. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mastercontrol.com.

Orang Hubungan Media:
Jennifer Hurst
Pengarah Kanan PR dan Kandungan, MasterControl
jhurst@mastercontrol.com
+1-801-560-9608