Sun Genomics Mengumumkan Penutupan Pembiayaan dan Pertumbuhan Siri A Dengan Bakat Baharu dan Penasihat Saintifik

Siri A berjumlah $9.25 juta dengan pelantikan baharu Dr. Jack Gilbert sebagai Penasihat Saintifik dan Mayank Goel sebagai Naib Presiden Pertumbuhan


SAN DIEGO, Sept. 17, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sun Genomics, syarikat probiotik tersuai terus kepada pengguna dan syarikat kesihatan usus, hari ini mengumumkan penutupan sejumlah $9.25 juta dalam pembiayaan Siri A. Pusingan ini diketuai oleh Pangaea Ventures dengan pelaburan baharu daripada Orion Fund, diurus oleh K3 Ventures, dan Emerging Technologies Partners. Pelabur tambahan termasuklahDanone Manifesto Ventures,SOSV,Human Longevity, dan Nascita Ventures.

“Dalam kalangan komuniti saintifik dan umum, kesedaran serta pemahaman tentang kesan penting mikroflora usus terhadap kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan seseorang bertumbuh dengan pesat,” kata MX Kuok, rakan kongsi pengurusan K3 Ventures. “Kami berbangga dapat menyokong pendekatan rapi secara saintifik oleh Sun Genomics terhadap jujukan mikrobiome dan probiotik tersuai, yang telah meningkatkan kehidupan dengan cara yang boleh diukur."

K3 Ventures melabur pada syarikat permulaan teknologi peringkat awal dan peringkat akhir bersama syarikat seperti Palantir, Airbnb, SpaceX, Planet Labs dan TikTok dalam portfolionya.

Sun Genomics akan menggunakan pusingan dana ini untuk menyokong pertumbuhannya dalam pasaran probiotik tersuai, menskalakan penghantaran merentasi A.S., menembusi pasaran antarabangsa dan mendorong penerbitan kajiannya dalam kerjasama dengan institusi akademik yang terkemuka.

“Walaupun banyak cabaran dan halangan yang dibawa oleh pandemik terhadap perniagaan dan individu, kami berbangga dengan momentum yang telah kami bina tahun ini daripada pembiayaan baharu ini, kepada kerjasama akademik yang berprestij serta pelancaran makanan tambahan kami untuk kesihatan imuniti yang inovatif, iaitu Floré Defense,” ujar Sunny Jain, CEO dan pengasas Sun Genomics.

Selain penutupan Siri A, Sun Genomics mengumumkan Dr. Jack Gilbert, PhD, sebagai penasihat perubatan dan saintifik serta Mayank Goel sebagai naib presiden pertumbuhan.

  • Di University of California, San Diego Center of Microbiome Innovation, Dr. Gilbert menggunakan analisis molekul untuk menguji hipotesis asas dalam ekologi mikrob. Beliau telah mengarang lebih daripada 250 penerbitan yang telah melalui kajian semula setara dan bab buku tentang metagenomik serta pendekatan kepada ekologi ekosistem.
  • Sebelum menyertai Sun Genomics, Goel menerajui pemasaran pertumbuhan dan analisis di dua buah syarikat permulaan pelancongan yang berjaya diperoleh – HotelTonight (diperoleh oleh Airbnb) dan Pillow (diperoleh oleh Vrbo, Expedia Group). Beliau telah mencipta perkhidmatan diperibadikan dipacu data yang membawa kepada pengekalan pengguna dan pendapatan yang semakin meningkat. Goel membawa gabungan unik strategi pertumbuhan dan analisis data untuk membantu Sun Genomics menjadi peneraju dalam probiotik tersuai.

Sun Genomics diasaskan pada tahun 2016 dengan keluaran produk andalan iaitu Floré, ujian mikrobiome dan penyelesaian probiotik usus yang menggunakan jujukan seluruh genom untuk menilai titik data sistem penghadaman yang berbeza serta memastikan pelanggan menerima produk yang diperibadikan sepenuhnya berdasarkan profil usus mereka yang unik. Sebagai sebahagian daripada rangkaian produk kesihatan usus yang kian berkembang, Sun Genomics melancarkan Floré Defense pada bulan Julai 2020, satu formula yang semula jadi secara keseluruhan untuk meningkatkan imuniti badan dan kesihatan pernafasan.

"Saya berasa teruja untuk bekerja dengan pemimpin inovatif di Sun Genomics sementara mereka terus mempelajari dan mendidik pengguna serta syarikat tentang ekologi mikrobiome usus untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan," kata Dr Gilbert, penasihat perubatan dan saintifik. "Ujian usus akan menjadi standard jagaan kesihatan pencegahan dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Sun Genomics sementara mereka mengembangkan pengeluaran penyelesaian dan penyelidikan saintifik yang boleh dipercayai."

Perihal Sun Genomics
Sun Genomics ialah syarikat permulaan probiotik tersuai yang pertama seumpamanya dengan misi untuk meningkatkan kesihatan usus melalui sains yang diperibadikan. Produk pengguna pertama syarikat ini iaitu Floré, membolehkan pengguna menganalisis mikroflora najis mereka, dan menggunakan keputusannya untuk menghasilkan probiotik tersuai. Melalui jujukan DNA, Floré merumuskan probiotik yang betul untuk keperluan khusus setiap pelanggan dan menyampaikan keperluan itu secara terus kepada pelanggan. Sun Genomics telah mencipta gelung maklum balas pertama untuk membolehkan pelanggan melihat probiotik mereka dipaparkan pada laporan mereka, melalui pengujian semula serta membenarkan pelanggan untuk meningkatkan mikroflora mereka mengikut masa. Untuk maklumat lanjut, lawatiwww.sungenomics.comatau ikuti di Twitter: @SunGenomics.

 

Contact Data