Mahkamah Rayuan Mengisytiharkan Kemenangan Penting TriMax Ke Atas Wickfire

Mahkamah Rayuan Fifth Circuit mengeluarkan keputusan muktamad bahawa TriMax tidak melakukan apa-apa pelanggaran undang-undang terhadap Wickfire, L.L.C., sambil mengiktiraf dapatan juri bahawa Wickfire dengan sengaja telah mengganggu perniagaan TriMax.


DALLAS, March 08, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Selepas litigasi selama tujuh tahun, TriMax telah memenangi Wickfire.

Pada 26 Februari 2021, Mahkamah Rayuan mengeluarkan keputusan penting bahawa Wickfire kekurangan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya terhadap TriMax. Keputusan dibuat Mahkamah Rayuan untuk Fifth Circuit Amerika Syarikat, Nombor Kes 17-3043040. Keputusan Mahkamah Rayuan membalikkan semua ganti rugi kewangan yang diberikan kepada Wickfire sebelum ini.

Tuntutan mahkamah, yang sebelum ini dibicarakan di Western District Texas, No. Kes14-CV-34, adalah berkenaan Google AdWords Auctions, sebuah platform bidaan dalam talian yang syarikat seperti TriMax dan Wickfire bersaing untuk ruang pengiklanan. Wickfire membuat tuntutan yang amat banyak terhadap TriMax, tetapi setiap satu tuntutan tersebut oleh Wickfire telah gagal:

  • Wickfire mendakwa TriMax dengan sengaja telah mengganggu kontrak Wickfire, dengan sengaja telah mengganggu prospek perniagaan Wickfire, dan melakukan konspirasi sivil. Namun, Mahkamah Rayuan tidak bersetuju kerana mendapati “Wickfire tidak menunjukkan bukti terhadap dakwaan tersebut” dan mengisytiharkan setiap dakwaan ini telah gagal “dari segi undang-undang.”
  • Wickfire juga mendakwa TriMax telah melanggar undang-undang tanda dagangan di bawah Akta Lanham. Walau bagaimanapun, juri tidak memberikan ganti rugi kepada Wickfire pada tuntutan itu.Selain itu. Mahkamah Rayuan mendapati Wickfire bukan “pihak yang menang” pada tuntutan tersebut, dan disebabkan itu, menolak percubaan tidak wajar Wickfire untuk mendapatkan yuran guaman di bawah statut tanda dagangan.
  • Akhir sekali, Wickfire mendakwa TriMax menyebabkan kerosakan pada reputasi perniagaan, memperlekehkan perniagaan, fitnah, persaingan tidak adil, dan penyalahgunaan. Walau bagaimanapun, Wickfire menarik balik setiap tuntutan tersebut sebelum perbicaraan, dan oleh itu, tuntutan-tuntutan tersebut tidak pun mencapai tahap rayuan.

TriMax memfailkan rayuan yang berjaya susulan penghakiman mahkamah rendah, yang menyaksikan mahkamah memberikan penghakiman $2.3 juta secara salah kepada Wickfire. Oleh sebab Wickfire kekurangan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya, Mahkamah Rayuan telah membalikkan penghakiman yang dibuat, membalikkan pemberian ganti rugi, dan mengarahkan mahkamah perbicaraan untuk mengeluarkan penghakiman baharu. Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan, Wickfire tidak akan diberikan apa-apa di bawah penghakiman baharu.

Dalam tuntutan mahkamah yang sama, juri yang sebelumnya mendapati Wickfire LLC dan pemilik bersamanya, Chet Hall dan Jon Brown, dengan sengaja telah mengganggu perniagaan TriMax Media. TriMax berpendapat bahawa Wickfire dengan sengaja telah mengganggu kontrak TriMax dengan (1) membayar sogokan kepada wakil pedagang sebagai pertukaran untuk perjanjian eksklusif; (2) menyamar sebagai TriMax dengan membuat iklan tidak dibenarkan yang memplagiat naskah iklan TriMax dan mengandungi maklumat pengenalpastian TriMax yang lain; (3) mengklik pada iklan TriMax secara berulang kali untuk meningkatkan kod TriMax secara tiruan (dikenali sebagai “penipuan klik”); dan (4) menggunakan program perisian automatik untuk memanipulasi sistem lelongan Google (dikenali sebagai “penyesakan bida”).

TriMax telah mengemukakan bukti kepada juri bahawa Wickfire telah digantung daripada lebih 200 akaun Google, melanggar terma pedagang dan menggunakan ejen pengguna palsu dan proksi untuk menyembunyikan identitinya. Juri juga melihat bukti bahawa Google merujuk kepada Wickfire “Penipu yang Diketahui” dan bahawa Wickfire mendaftarkan nama domain “GoogleClickFraud.com”.

TriMax juga menunjukkan bukti tentang pemusnahan bukti oleh Wickfire. TriMax mendapat tahu bahawa semasa litigasi ini, Wickfire telah membersihkan semua data daripada komputer riba milik Ketua Pegawai Teknologi Jon Brown, kemudian gagal mendedahkan maklumat tersebut kepada TriMax atau mahkamah. Setelah TriMax membongkar pemusnahan tersebut, Wickfire mendakwa tindakan itu diperlukan, kerana komputer riba tersebut telah dicuri semasa suatu kejadian pecah masuk di rumah. Walau bagaimanapun, laporan polis—yang diperoleh TriMax peroleh secara bebas selepas Wickfire gagal memberikan salinan—menyangkal cerita Wickfire kerana tiada apa-apa tentang komputer riba yang didakwa telah dicuri itu dinyatakan dalam laporan.

Walaupun juri mendengar bukti yang ekstensif tentang tindakan Wickfire yang terdiri daripada gangguan secara sengaja oleh Wickfire terhadap TriMax (yang juri dapati telah berlaku), beberapa bukti yang paling dahsyat telah dikecualikan. Contohnya, juri tidak dibenarkan untuk melihat:

  • Laporan polis daripada kejadian pecah masuk;
  • Dokumen pendaftaran menunjukkan Wickfire sebagai pemilik “BitchesOfFacebook.com” dan “PokeBitches.com”;
  • E-mel daripada wakil pedagang yang, selepas menolak untuk menerima sogokan yang didakwa telah diberikan, merujuk Wickfire sebagai “penjenayah”;
  • Petikan skrin iklan Wickfire menyamar sebagai TriMax;
  • E-mel daripada pedagang yang menamatkan khidmat TriMax selepas menyalah anggap TriMax merupakan sumber iklan penyamaran tersebut;
  • E-mel daripada pedagang yang mengadu bahawa Wickfire telah melanggar terma tanda dagangan dan memplagiat iklan TriMax;
  • Laporan teknikal yang panjang, menurut pakar komputer terkenal di dunia, membuktikan secara mutlak bahawa Wickfire melakukan penipuan klik yang meluas terhadap TriMax;
  • Video masa nyata yang menunjukkan penyesakan bida yang dialami oleh TriMax;
  • Ringkasan ratusan kontrak pedagang TriMax yang terganggu dengan penyesakan bida; dan
  • E-mel daripada pesaing Wickfire lain yang mengadu tentang taktik bidaan Wickfire.

Walaupun juri mendapati bahawa Wickfire, Chet Hall dan Jon Brown secara sengaja membuat gangguan terhadap perniagaan TriMax, tiada ganti rugi terhadap Wickfire telah diberikan. Walau bagaimanapun, keputusan Mahkamah Rayuan, tidak mengganggu dapatan juri bahawa Wickfire, Hall, dan Brown telah secara sengaja membuat gangguan tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan terdiri daripada pendapat sebanyak 21 halaman, diputuskan secara sebulat suara oleh tiga Hakim Circuit dan dikarang oleh Ketua Hakim Priscilla Owen dari Mahkamah Rayuan untuk Fifth Circuit Amerika Syarikat. Mewakili TriMax ialah peguam Sidney K. Powell dari firma guaman Sidney Powell PC dan Barry M. Golden dari firma guaman Egan Nelson LLP.

  • Ms. Powell merupakan bekas Pembantu Peguam Amerika Syarikat dan pengarang buku yang luar biasa Licensed to Lie, sebuah pembongkaran tentang tatalaku peguam yang tidak beretika dan penyembunyian bukti yang tidak wajar. Ms. Powell dikenali baru-baru ini kerana mewakili Jeneral Michael Flynn untuk memfailkan tuntutan mahkamah pilihan raya pihak ketiga, dan melancarkan Super PAC yang didedikasikan untuk berbagai tujuan, termasuk kebebasan bersuara, hak Perlembagaan, dan hak untuk pilihan raya yang bebas dan adil.
  • Mr. Golden ialah peguam dan Pengerusi Bersama Kumpulan Ligitasi Komersial di Egan Nelson. Sepanjang kerjaya 23 tahun beliau yang menjangkaui empat dekad, En. Golden kerap mengendalikan litigasi berkepentingan tinggi, dan termasuk hal yang melibatkan masa depan syarikat.

CEO TriMax, Laura Woodruff, mengomen, “Selepas litigasi selama bertahun-tahun, TriMax telah menerima pembebasan sepenuhnya. Kami teruja tetapi pastinya tidak terkejut dengan keputusan yang diterima. Kami hanya berharap keputusan ini akan mencegah Wickfire membuat lebih banyak tuntutan terhadap pesaing sah. Walau bagaimanapun, kami kekal kecewa bahawa Google dan Rangkaiannya membenarkan Wickfire dengan sengaja mengganggu perniagaan kami. Namun, berdasarkan penemuan juri bahawa Wickfire telah mengganggu perniagaan TriMax—penemuan yang tidak dibalikkan—kini kami berharap taktik seperti sogokan, menyamar sebagai pesaing, penipuan klik dan penyesakan bida tidak lagi akan diterima dalam industri pengiklanan dalam talian.”

Perihal TriMax Media:

Diasaskan pada tahun 2003, TriMax Media ialah agensi pemasaran digital dengan mengkhusus dalam pemasaran enjin carian berdasarkan prestasi. TriMax berkhidmat dalam Google Advertiser Research Council yang pertama dan merupakan salah satu syarikat pertama untuk menjana lebih daripada satu juta prospek untuk menggunakan Google AdWords. Agensi memfokuskan pada mencipta kempen pemasaran carian yang amat berkesan dan membangunkan perhubungan jangka panjang yang berjaya dengan kliennya.

Maklumat Hubungan Syarikat:
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Barry M. Golden
Egan Nelson LLP
214.893.9034
barry.golden@egannelson.com