Sea Electric Holdings Pty Ltd. Melengkapkan Pembiayaan Ekuiti US$42 Juta

SEA Electric akan Mempercepat Perluasan Global bagi Teknologi Kenderaan Elektrik Komersial Proprietari - SEA-Drive(R)


LOS ANGELES, March 10, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Susulan pertumbuhan yang besar dalam pasaran baharu, syarikat teknologi automotif global SEA Electric Holdings Pty Ltd. (SEA Electric), mengumumkan bahawa syarikat telah menutup pembiayaan ekuiti tawaran persendirian dengan jumlah hasil kasar sebanyak kira-kira US$42 juta.Hasil bersih daripada pelaburan ini akan membolehkan SEA Electric memantapkan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran dalam pengelektrikan kenderaan komersial sambil membiayai lantukan yang agak banyak dan menganjurkan lebih banyak program perintis dengan pengendali.

(Sila muat turun siaran akhbar ini dan versi BERESOLUSI TINGGI bagi imej SEA Electric dan aset editorial sokongan yang lain: https://www.dropbox.com/sh/2shmc8051lw62hv/AACViAedt5BIsrAjlI6XAXgha?dl=0 )

Dengan ibu pejabat global dan kepimpinan utama di Los Angeles, SEA Electric buat masa ini mempunyai operasi di lima buah negara dan lebih daripada satu juta batu pengujian dan operasi dalam perkhidmatan Pengilang Peralatan Asli (“OEM”) bebas dalam semua pasaran.

Presiden dan Pengasas Tony Fairweather menyatakan, “Kami amat gembira kerana telah melengkapkan pembiayaan ekuiti yang dilanggan dengan banyak dan amat teruja untuk mengalu-alukan dalam pelabur institusi global sebagai rakan kongsi.Pembiayaan membolehkan SEA Electric mempercepat usaha jualan kami dan mengembangkan lantukan kami sementara kami meneroka pilihan untuk mendapatkan penyenaraian awam di Amerika Syarikat pada tahun ini.”

Buat masa ini, SEA Electric bekerjasama dengan OEM kenderaan komersial, pengedar, operator, dan pemasang kenderaan untuk menyampaikan rangkaian trak sifar pelepasan yang baharu dan berada pada landasan untuk menyampaikan lebih daripada 1,000 kenderaan komersial elektrik tahun ini.Syarikat ini meramalkan akan meletakkan lebih daripada 15,000 kenderaan di atas jalan raya menjelang penghujung tahun 2023.

“Tahun 2021 akan menyaksikan perubahan paradigma cara pasaran dibangunkan memudahkan penggunaan kenderaan elektrik komersial dan momentum yang tidak dapat dihentikan akan dibina tahun demi tahun” kata Fairweather.

Selain itu, Fairweather juga mengomen, “Kami juga amat teruja untuk mengalu-alukan Exro Technologies sebagai rakan kongsi strategik dan pemegang saham SEA Electric.Kami menanti-nantikan untuk mengembangkan perkongsian kami dengan Exro dan membantu untuk mengoptimumkan penggunaan bateri dalam aplikasi hayat kedua.”

Exro Technologies, syarikat teknologi bersih Kanada yang terkemuka dan rakan kongsi strategik dan pemegang saham SEA Electric, telah dikenali sebagai perintis dan ‘pengubah keadaan sebenar’ dalam hal berkaitan kuasa dan kecekapan motor elektrik.Menurut Fairweather, kerjasama dengan Exro akan berfokus pada penggunaan bateri trak elektrik untuk aplikasi simpanan tenaga.Exro dan SEA Electric akan membangunkan Sistem Kawalan Bateri (BCS) Exro untuk pengesahan operasi dan mengambil langkah seterusnya ke arah kepimpinan dalam elektronik kuasa untuk pengurusan mobiliti dan tenaga.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan SEA Electric untuk meningkatkan momentum penggunaan kenderaan elektrik komersial,” kata Sue Ozdemir, Ketua Pegawai Eksekutif Exro Technologies.“Kami mempunyai hubungan yang kukuh dengan Tony dan pasukan SEA Electric dan amat teruja untuk merealisasikan manfaat projek pembangunan bersama BCS.”

Bekerjasama rapat dengan pemegang saham, pelabur dan rakan kongsinya termasuk Exro, penasihat kewangan eksklusif Eight Capital, firma guaman antarabangsa Vinson and Elkinspada pusingan pembiayaan ini, Fairweather mengesahkan syarikat juga akan meneroka pilihan untuk mendapatkan penyenaraian awam di Amerika Syarikat pada tahun ini.

Latar belakang Pusingan Siri A

Menurut Pembiayaan, SEA Electric telah mengeluarkan kira-kira 1.1 juta Saham Pilihan Siri A pada harga US $40.1995 sesaham, yang boleh ditukar kepada saham SEA Electric biasa pada pilihan pelanggan dan ditukar kepada syer biasa secara automatik dalam syarat tertentu, termasuk SEA Electric melengkapkan urus niaga awam.

Garis Masa Sejarah SEA Electric

  • 2012 -- SEA Electric ditubuhkan di Australia
  • 2017 – Model SEA Electric yang pertama yang dilancarkan selepas 5 tahun pembangunan produk/ujian lapangan,
  • 2017 – Pelancaran model SEA-Drive®
  • 2018 – (Mei 2018) Isuzu Australia memulakan ujian perintis EV SEA Electric
  • 2018 – (September 2018) Kemudahan kilang di Melbourne dibuka
  • 2019 – (Mac 2019) Kemudahan di New Zealand dibuka
  • 2020 – (Januari 2020) Kemudahan di Los Angeles, California di buka (Torrance)
  • 2020 – (Februari 2020) Australia memberikan paten sistem pengurusan EV Komersial kepada SEA Electric
  • 2020 – (Mei 2020) Staples mengerahkan trak penghantaran EV SEA Hino 195 yang pertama di California
  • 2020 – (Disember 2020) Kanada memberikan paten untuk memberikan paten sistem pengurusan EV Komersial kepada SEA Electric
  • 2020 – (Disember 2020) Toyota Indonesia menandatangani perjanjian dengan SEA Electric untuk mereka bentuk dan membina prototaip EV Toyota Innova
  • 2021 – (Mei 2021) SEA Electric akan melancarkan trak EV yang dipasang secara SKD Australia SEA Hino, SEA Hino 300, di Brisbane Truck Show

Perihal SEA Electric

Syarikat teknologi automotif global SEA Electric telah ditubuhkan di Australia pada tahun 2012, mencipta teknologi sistem kuasa elektrik proprietarinya (dikenali sebagai SEA-Drive®) untuk penghantaran bandar dan flit pengagihan dunia.

Diiktiraf secara meluas sebagai peneraju pasaran dalam pengelektrikan kenderaan komersial pada asas global, SEA Electric menerajui kehadiran global, mengerahkan produk di tujuh negara termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Thailand, Indonesia dan Afrika Selatan dengan lebih daripada satu juta batu operasi antarabangsa diuji OEM secara bebas dan dalam perkhidmatan secara kolektif.

Jualan global, khidmat selepas jualan, dan kejuruteraan diwakili dalam semua subsidiari, sementara Amerika Utara mempunyai kapasiti pemasangan terbesar untuk SEA Electric pada lebih daripada 30,000 unit setahun.

Maklumat Hubungan: Deb Pollack/Strategic Communications 805.320.9248

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ae5c1a9d-0dea-4a99-bb1d-b43ad247afcd

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4988c02c-661d-4a5a-9a79-ef6cc7936cc8