JW Player Mengumpulkan $100J dalam Siri E untuk Membantu Penjanaan Pertumbuhan dalam Ekonomi Video Digital yang Berkembang Pesat

Modal akan membantu untuk mempercepat pertumbuhan JW Player dan mengembangkan platform yang sudah sedia teguh, memperkasa pelanggan dengan kebebasan dan kawalan dalam Ekonomi Video Digital


NEW YORK, June 25, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- JW Player, platform perisian video dan cerapan data yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengumpulkan pendanaan sebanyak $100J dalam Siri E daripada LLR Partners.. Pelaburan terkini disusuli selepas pertumbuhan penstriman video yang mencatatkan rekod dan kebolehuntungan yang kukuh sepanjang 12 bulan sebelumnya. Dengan pembiayaan ini, JW Player akan memacu inovasi produk untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berubah-ubah dengan pantas dalam persekitaran video digital hari ini, mengembangkan jejak pasaran secara global merentasi jualan, pemasaran dan kerjasama saluran serta terus mengembangkan dan melabur dalam membina pasukan bertaraf dunia.

Pusingan pendanaan disusuli selepas pemerolehan VUALTO oleh JW Player baru-baru ini, pembekal utama penstriman video langsung dan atas permintaan serta penyelesaian Pengurusan Hak Digital (DRM) yang memperbanyak tawaran syarikat kepada penyiar global. Susulan pemerolehan tersebut, JW Player telah melihat peningkatan material dan peningkatan jualan dan rangkaian, terutamanya di kawasan LATAM dan APAC.

Bermula sebagai pemain video sumber terbuka yang sangat popular, platform video dipacu API JW Player kini menguasakan ratusan ribu pelanggan untuk mengawal dan mengendalikan aplikasi mudah alih, OTT dan video Web mereka pada skala global. Paling penting sekali, JW Player menyertakan perkhidmatan dan pengetahuan dipacu data yang unik agar pelanggan dapat berkembang dengan lebih berkesan dan melibatkan khalayak mereka serta menjana lebih banyak peningkatan hasil daripada pelaburan video mereka. Pada tahun lalu sahaja, penstriman video syarikat ini meningkat sebanyak hampir 200%, manakala penghantaran penstriman langsung meningkat sebanyak lebih 400%.

Pendanaan ini tiba tatkala penggunaan video digital terus bertapak ke dalam aliran perdana. Kini video terdiri daripada lebih 80% daripada semua trafik di Internet dan mengikut data JW Player, orang ramai menonton lebih daripada dua jam video digital setiap hari, peningkatan sebanyak 40% sejak permulaan tahun 2020. Hasilnya, strategi video digital telah menjadi ‘keperluan’ bukan hanya untuk penyiar dan syarikat media, tetapi juga untuk semua jenis organisasi, termasuklah antara lainnya perniagaan kecergasan, e-dagang, sukan, e-pembelajaran. Organisasi ini mempunyai pelbagai jenis keperluan, memerlukan platform video fleksibel yang membolehkan mereka melibatkan diri dengan khalayak mereka pada skrin pilihan mereka dan menuntut ROI yang boleh dihitung daripada pelaburan video mereka. Dengan dinamik ini, pasaran tersedia akan berkembang daripada $14B hari ini kepada $50B menjelang tahun 2027, iaitu CAGR sebanyak 20%.

“Video telah memasuki zaman keemasan dan kini kita hidup dalam Ekonomi Video Digital. Dengan menggabungkan teknologi platform video yang mudah digunakan dengan penggunaan unik dan cerapan data kontekstual kami, JW Player mempunyai kelebihan yang jelas dalam membantu pelanggan mengembangkan khalayak mereka, mencipta pengalaman video bertaraf dunia pada mana-mana skrin dan yang paling penting, menjana lebih banyak hasil,” kata Dave Otten, CEO dan pengasas bersama JW Player. “Sementara kami memasuki fasa seterusnya, kami teruja untuk bekerjasama dengan LLR. Pasukan LLR membawa sokongan dan kepakaran selama berdekad yang tiada tandingan dalam mengembangkan syarikat perisian yang akan mengubah industri dan sudah pastinya akan membantu kami mempercepat kejayaan kami sementara kami mengejar peluang pasaran yang besar ini bersama-sama.”

“JW Player telah berada pada barisan hadapan inovasi video digital sejak pengasas Jeroen Wijering mencipta pemain video asal YouTube pada tahun 2008. Hari ini, syarikat ini menawarkan platform teknologi, pengiklanan dan analisis data yang paling komprehensif dalam ekosistem video digital,” kata David Reuter, Rakan Kongsi di LLR Partners. “Kami amat menantikan untuk bekerjasama dengan pasukan JW Player sementara mereka mengembangkan platform mereka dan terus meningkatkan cara jenama boleh mengehos, menstrim dan mengewangkan video.”

Perihal JW Player
JW Player ialah platform perisian video utama dan cerapan data yang memberikan kebebasan dan kawalan kepada pelanggan dalam Ekonomi Video Digital hari ini. Bermula pada tahun 2008 sebagai pemain video sumber terbuka yang sangat popular, platform teknologi JW Player kini menguasakan video digital untuk ratusan ribu perniagaan, termasuk separuh daripada tapak 50 teratas comScore di AS, penyiar peneraju merentasi EMEA, APAC dan Amerika Latin. Setiap bulan 1 bilion penonton atau satu pertiga daripada semua orang di Internet, menggunakan video pada teknologi JW Player merentasi 2.7 bilion peranti, mencipta penggunaan yang tiada tandingan dan berkuasa serta graf data kontekstual yang membantu pelanggan mengembangkan khalayak dan menjana video tambahan daripada video digital. Syarikat ini beribu pejabat di New York, dengan pejabat di London dan Eindhoven, lawati http://www.jwplayer.com.

Perihal LLR Partners
LLR Partners ialah firma ekuiti persendirian pasaran pertengahan yang melabur dalam perniagaan teknologi dan jagaan kesihatan. Kami bekerjasama dengan syarikat portfolio kami untuk mengenal pasti dan melaksanakan inisiatif pertumbuhan utama dan membantu untuk mewujudkan nilai jangka panjang. Diasaskan pada tahun 1999 dan dengan lebih daripada $5 bilion dikumpulkan merentasi enam dana, LLR ialah penyedia modal ekuiti yang fleksibel untuk pertumbuhan, permodalan semula dan beli habis. Ketahui lebih lanjut di https://www.llrpartners.com/.

Orang Hubungan Media:
Fatimah Nouilati
Scratch Marketing + Media untuk JW Player
fatimah@scratchmm.com

Kristy DelMuto
LLR Partners
kdelmuto@llrpartners.com