Tinjauan Mengunjurkan Permintaan bagi Graduan Sekolah Perniagaan akan Bangkit Semula dalam Era Pascapandemik

9 daripada 10 perekrut korporat meningkatkan pengambilan MBA dan premium gaji yang digerakkan oleh pertumbuhan sektor teknologi

Reston, Virginia, UNITED STATES


RESTON, Va., July 08, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah pertubuhan global untuk sekolah perniagaan graduan terkemuka, hari ini melancarkan Tinjauan Perekrut Korporat 2021 tahunannya. Laporan tersebut mendapati perekrut korporat mengunjurkan permintaan sihat untuk graduan sekolah perniagaan, dengan sembilan dalam sepuluh daripada mereka menjangkakan peningkatan permintaan atau permintaan yang kekal stabil dalam lima tahun berikutnya. Selain itu, peratusan perekrut yang lebih tinggi pada tahun 2021 (37%) menjangkakan permintaan akan meningkat lebih tinggi daripada tahun sebelumnya (30%), dengan lebih daripada separuh perekrut Eropah (54%) berkongsi pendapat yang sama berbanding perekrut di Asia (32%) dan Amerika (34%).

“Dalam masa lebih sedekad, kadar perekrut ditinjau yang merancang untuk menggaji graduan MBA telah meningkat dengan ketara, satu trend yang banyak diperhatikan di Eropah, peratusannya meningkat hampir dua kali ganda (86%) pada tahun 2021 daripada 44 peratus pada tahun 2010, dan di Amerika Syarikat, peratusan ini meningkat daripada 56 peratus kepada 94 peratus, peningkatan sebanyak 68 peratus,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Seiring dengan pemulihan dan pembinaan semula tenaga kerja syarikat selepas pandemik, bukanlah sesuatu yang mengejutkan melihat graduan sekolah perniagaan ― dengan permintaan tinggi bagi kemahiran kepimpinan dan pengurusan mereka ― mengukuhkan nilai mereka sebagai pekerja dan berada dalam kedudukan yang unik untuk memenuhi cabaran ekonomi hari ini.”

Penemuan Utama

Gaji dan pengambilan MBA dijangka kembali kepada paras sebelum pandemik

Pada tahun 2020, unjuran gaji median MBA mencecah paras paling tinggi $115,000 sebelum COVID-19 menjejaskan ekonomi global dengan teruk dan menyebabkannya jatuh ke paras $105,000, tiga bulan selepas dilanda pandemik. Walau bagaimanapun, gaji median MBA bagi tahun 2021 diunjurkan akan pulih semula kepada paras tahun 2020 sebelum pandemik, iaitu pada $115,000. Pada kadar ini, gaji median graduan MBA ialah 77 peratus lebih tinggi berbanding graduan ijazah sarjana muda ($65,000) dan 53 peratus lebih tinggi berbanding graduan yang digaji terus daripada industri ($75,000). Premium gaji ini menunjukkan bahawa pelaburan untuk mendapatkan kelayakan MBA akan sentiasa berbaloi untuk jangka masa panjang, membantu graduan MBA menjana $3 juta lebih banyak sepanjang hayat mereka, berbanding graduan yang hanya memperoleh ijazah sarjana. mba.com yang dimiliki GMAC menawarkan alat yang berguna untuk mengira pulangan pelaburan (ROI) bagi graduan sekolah perniagaan.

Sebelum pandemik, 92 peratus perekrut menyatakan bahawa mereka merancang untuk menggaji graduan MBA pada tahun 2020. Namun, gangguan yang berpunca daripada COVID-19 telah menjejaskan perancangan ini, lalu menyebabkan pengambilan sebenar graduan MBA (80%) lebih rendah berbanding unjuran tahun 2020. Untuk masa yang akan datang, peratusan perekrut merancang untuk menggaji MBA pada tahun 2021 (91%) kembali ke paras yang sama seperti sebelum pandemik tahun 2020 (92%). Unjuran pengambilan MBA menunjukkan kelebihan dalam rantau dan industri utama. Secara khususnya, 95 peratus perekrut dalam sektor perundingan, industri yang paling banyak mahukan graduan MBA, bercadang menggaji mereka—pembalikan daripada pengambilan sebenar pada tahun 2020, sebanyak 76%.

Sektor teknologi menggaji dan menaikkan pangkat graduan MBA

Menurut responden tinjauan, permintaan graduan MBA oleh industri teknologi dijangka meningkat sebanyak 10 peratus pada tahun 2021 berbanding sebelum pandemik 2020. Malah, permintaan bagi graduan MBA mengatasi permintaan pada tiga tahun sebelumnya, dengan 96 peratus perekrut teknologi merancang untuk menggaji graduan MBA pada tahun 2021. Data juga menunjukkan dua daripada tiga (68%) perekrut dalam sektor teknologi bersetuju bahawa kebanyakan pemimpin dalam organisasi mereka mempunyai pendidikan sekolah perniagaan graduan—peningkatan 11 peratus daripada tahun 2020 (57%).

“Syarikat teknologi meletakkan nilai yang tinggi pada pemimpin yang bukan sekadar mahir dari segi teknikal, tetapi juga mempunyai kemahiran strategi, perseorangan, komunikasi dan pembuatan keputusan yang kukuh, serta memahami kepentingan kepelbagaian dan keterangkuman serta kemampanan dalam organisasi mereka - kemahiran ini penting untuk memacu pertumbuhan dan inovasi organisasi,” kata Peter Johnson, Pembantu Dekan Haas School of Business, UC Berkeley. “Kemahiran teras ini mewakili pengenalan sekolah perniagaan yang diterapkan kepada graduan MBA dan program sarjana perniagaan mereka.”

Persepsi program dalam talian adalah bercampur-campur dengan bergantung pada rantau, sektor

Program dalam talian semakin menarik perhatian kebelakangan ini. Mengikut data GMAC, lebih 50 program MBA dalam talian menerima skor GMAT pada tahun ujian (TY) tahun 2020 berbanding lima tahun terdahulu pada TY 2016. Selain itu, 84 peratus program MBA dalam talian melaporkan peningkatan permohonan dalam Tinjauan Trend Permohonan GMAC 2020.

Walau bagaimanapun, apabila bertanya kepada perekrut korporat tentang tahap persetujuan mereka dengan pernyataan “My organization values graduates of online and in-person programs equally,” hanya satu per tiga (34%) daripada mereka bersetuju. Dari segi industri, perekrut daripada industri kewangan dan perakaunan (41%) lebih berkemungkinan menganggap graduan program dalam talian sebagai setara dengan graduan di kampus, berbanding perekrut dalam industri perundingan (25%) atau teknologi (28%). Memandangkan program dalam talian jelas merupakan satu bahagian pendidikan pengurusan graduan yang semakin membangun, kemampanan permintaan memerlukan tahap penerimaan yang lebih tinggi daripada majikan, terutama apabila penyelidikan calon terkini GMAC menunjukkan perbezaan serupa dari segi persepsi terhadap program dalam talian berbanding program bersemuka.

“Memandangkan sekolah perniagaan sentiasa memperkembangkan modaliti dan semakin ramai calon dapat mengakses program MBA dan sarjana perniagaan melalui penyampaian dalam talian, ini memberikan peluang kepada komuniti pendidikan pengurusan graduan untuk melaraskan jangkaan dan hasil bagi graduan perekrut korporat,” kata Chowfla.

Perihal Tinjauan

GMAC telah menjalankan Tinjauan Perekrut Korporat bagi pihak komuniti pendidikan pengurusan graduan sejak tahun 2001. Tinjauan tahun ini, dilakukan dengan kerjasama Association of MBAs (AMBA), European Foundation for Management Development (EFMD), MBA Career Services & Employer Alliance (MBA CSEA), dan pejabat perkhidmatan kerjaya di sekolah perniagaan graduan yang mengambil bahagian di seluruh dunia, menerima 529 respons antara 25 Februari - 31 Mac 2021. Butiran lanjut laporan penuh dan siri penyelidikan lain yang diterbitkan oleh GMAC, tersedia di gmac.com.

Perihal GMAC

Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) ialah persatuan dipacu misi bagi sekolah perniagaan siswazah di seluruh dunia. Diasaskan pada 1953, GMAC mewujudkan penyelesaian dan pengalaman yang membolehkan sekolah perniagaan dan calon meneroka, menilai dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik. 

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, persidangan industri, alat perekrutan dan penilaian untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, serta alat, sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu untuk membimbing calon sepanjang perjalanan pendidikan peringkat yang lebih tinggi mereka. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) merupakan penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan.

GMAC juga memiliki dan mentadbir peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™) dan Penilaian Eksekutif (EA). Lebih daripada 7 juta calon yang mengikuti pengajian sarjana perniagaan atau MBA telah melawat mba.com yang dimiliki GMAC pada tahun lalu untuk meneroka pilihan sekolah perniagaan, mempersiapkan diri dan mendaftar untuk ujian serta mendapatkan nasihat tentang proses kemasukan. BusinessBecause dan The MBA Tour merupakan subsidiari GMAC, sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com

Orang Hubungan Media:

Teresa Hsu
Pengurus Kanan, Hubungan Media
202-390-4180 (mudah alih)
thsu@gmac.com