Pendapatan Agthia Group meningkat kepada AED 3 bilion pada tahun 2021, selepas pelancaran Wawasan Strategik Tahun 2025


ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, March 09, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Agthia Group PJSC, salah sebuah syarikat makanan dan minuman terkemuka di rantau ini, hari ini mengumumkan hasil pendapatan bersih Agthia Group yang telah mencecah AED 3.07 bilion untuk tahun 2021 iaitu bersamaan dengan 49 peratus pertumbuhan tahun ke tahun, selepas penyatuan dan penyepaduan pengambilalihan utama ke dalam perniagaannya.

Keuntungan bersih Agthia Group adalah berjumlah AED 216 juta berbanding AED 34 juta pada tahun sebelumnya, yang mana kos sekali beri bernilai AED 83 juta telah ditanggung hasil daripada semakan strategik bagi kunci kira-kira Syarikat itu.

Khalifa Sultan Al Suwaidi, Pengerusi Agthia Group berkata: "Penyata kewangan Agthia untuk tahun 2021 menunjukkan satu tahun yang kukuh untuk perniagaan itu walaupun berlaku ketidaktentuan pasaran yang berterusan dan cabaran ekonomi yang mencabar ketika dunia mula pulih daripada COVID-19 dan menghadapi inflasi. Walaupun terpaksa menghadapi cabaran ini, kami tetap meneruskan pelaksanaan strategi pertumbuhan kami yang berdisiplin dan teratur yang telah kami gariskan untuk Agthia. Hasil pendapatan kami untuk tahun 2021 merupakan bukti kepada kekukuhan strategi kami dan kualiti pelaksanaannya.”

Alan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Agthia Group berkata: “Pada tahun 2021, tumpuan utama kami ialah penyatuan Bahagian Perniagaan Pengguna (CBD) kami. Aktiviti Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) kami sepanjang tahun 2021 mempamerkan komitmen berterusan kami untuk mengembangkan perniagaan ini ke dalam kategori barangan pengguna yang berkembang pesat dengan pengambilalihan empat entiti baharu di seluruh segmen Protein dan Makanan Ringan, menyumbang kepada hasil jualan bernilai AED 1.07 bilion. Rekod prestasi kami untuk pengoptimuman kos juga dikekalkan sepanjang tahun 2021 sementara kami bergerak menuju ke sasaran kami iaitu peningkatan produktiviti sebanyak AED 200 juta menjelang tahun 2025.”

CBD menyumbang kepada 70% daripada jumlah hasil pendapatan kumpulan, satu peningkatan sumbangan sebanyak 15% berbanding tahun 2020. Hasil pendapatan bahagian perniagaan pertanian pula berjumlah AED 931 juta untuk tahun tersebut.

  • Segmen Protein & Sejuk Beku serta Makanan Ringan masing-masing menyumbang sebanyak AED 656 juta dan AED 540 juta kepada hasil jualan kasar.
  • Barangan Air dan Minuman, serta Makanan Lain mencatatkan hasil pendapatan sebanyak AED 941 juta – dengan air botol kekal sebagai peneraju pasaran untuk tahun tersebut, dengan peratusan sebanyak 26% bagi jumlah bilangan dan 23% bagi nilai saham.
  • Hasil pendapatan bagi bahagian Perniagaan Pertanian adalah tidak berubah berbanding tahun 2020, yang merangkumi pesanan sekali untuk Program Makanan Sedunia pada suku pertama 2020.

Jumlah aset Agthia Group setakat 31 Disember 2021 telah mencecah AED 6.4 bilion selepas penyatuan aset baharu ke dalam perniagaannya dilakukan. Jumlah ekuiti pemegang saham adalah berjumlah AED 2.8 bilion untuk tempoh tersebut.

Lembaga Pengarah Agthia telah mengesyorkan dividen tunai berjumlah 8.25% untuk penggal kedua 2021, bersamaan dengan AED 0.0825 untuk satu saham.

Tentang Agthia

Agthia ialah syarikat makanan dan minuman terkemuka di Abu Dhabi. Ditubuhkan pada tahun 2004, Syarikat ini disenaraikan di Bursa Saham Abu Dhabi (ADX) dan mempunyai simbol "AGTHIA". Melalui Senaat, Agthia Group PJSC merupakan sebahagian daripada ADQ iaitu salah sebuah syarikat induk terbesar di rantau ini dengan portfolio perusahaan utama yang luas merangkumi sektor utama ekonomi Abu Dhabi yang pelbagai. 

Pertanyaan Media:
Mohammed Elbatta
+971.55.5542678
elbatta@beeieg.com

Photos accompanying this announcement are available
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/af528d82-a226-4669-b2ff-365fc4236b71
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/eea2ae96-04eb-42b2-9194-7988544cd412


Chairman Agthia Group Chief Executive Officer Agthia Group