Kajian baharu tentang Perjudian Dalam Talian Mendapati Kaitan antara Masalah Kesihatan dan Masa Skrin Berlebihan

Tinjauan komprehensif menegaskan impak masa skrin berlebihan terhadap kesejahteraan.


LONDON, June 15, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- Jenama perjudian dalam talian terkemuka Minimum Deposit Casinos (MDC), telah menjalankan kajian komprehensif selama sebulan untuk menganalisis masalah kesihatan berkaitan dengan perjudian dalam talian dan masa skrin berlebihan. Tujuan kajian dijalankan adalah selaras untuk meningkatkan kesedaran dan membantu mengukuhkan intervensi bagi mempromosi dan menggalakkan amalan perjudian dalam talian yang bertanggungjawab. Salah satu penemuan utama mendapati bahawa 41% penjudi dalam talian yang dikaji mengalami kegelisahan atau kemurungan.

Fokus kajian bulan Mei 2023 - akibat masa skrin berlebihan - berkaitan dengan masalah kesihatan seperti tekanan, kegelisahan, sakit kepala, kemurungan, sakit leher dan belakang, gangguan tidur dan insomnia. Beratus-ratus penjudi dalam talian telah dikaji merentas empat negara - Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Minimum Deposit Casinos memperoleh pemahaman tentang perubahan hidup berhubung kait antara tabiat perjudian dalam talian dan masalah-masalah kesihatan ini. Ia akan digunakan bagi mewujudkan pendekatan yang lebih mampan untuk menambah baik dan membantu pengguna dalam talian mengehadkan masa skrin demi kesejahteran mereka secara keseluruhan kelak.

Penemuan Utama

Penemuan utama kajian mendedahkan trend yang signifikan merentas keempat-empat negara. Didapati bahawa sebahagian besar penjudi yang mengalami tekanan atau kegelisahan, menggunakan peranti mudah alih sebagai platform pilihan utama bagi perjudian dalam talian. Ia juga menggariskan prevalens sakit kepala dan migrain di kalangan penjudi, ini menunjukkan hubung kait antara kekerapan perjudian dalam talian dan berlakunya masalah-masalah ini.

Kajian ini seterusnya mendedahkan bahawa penjudi dalam keempat-empat negara ini biasanya mengalami kemurungan, gangguan tidur dan insomnia. Masalah kesihatan lebih kerap berlaku di kalangan penjudi yang menghabiskan sebahagian besar masa skrin mereka untuk melakukan aktiviti perjudian.

Laporan lengkap yang menerangkan metodologi dan keputusan boleh didapati di sini: https://www.minimumdepositcasinos.org/2023/05/29/observing-the-online-gambling-habits-and-health-concerns-in-the-uk-ca-nz-us/

Tentang Minimum Deposit Casinos

Minimumdepositcasinos.org memberi anda maklumat tepat dan terkini tentang kasino dalam talian terbaik di dunia. Dicipta oleh pasukan pakar kasino dalam talian, Minimum Deposit Casinos berhasrat menyediakan pandangan bernilai dan mempromosikan amalan dalam talian yang bertanggungjawab kepada pengguna di seluruh dunia.

Infografik yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/501e25af-1d5f-4ef0-a69e-09ab07dbfce0

 

Contact Data