Bitdeer Melancarkan Perkhidmatan Awan Berasaskan Asia Dibina pada NVIDIA DGX SuperPOD

Bitdeer membangunkan keupayaan awan GPU dipecutkan NVIDIA bagi memenuhi permintaan yang tidak mencukupi untuk kuasa perkomputeran AI


SINGAPURA, Nov. 11, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitdeer Technologies Group (NASDAQ: BTDR) (“Bitdeer”atau “Syarikat”), sebuah syarikat teknologi terkemuka dunia untuk blok rantai dan perkomputeran berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan yang ia telah menjadi Rujukan penyedia perkhidmatan awan (CSP) dalam NVIDIA Partner Network dan merancang untuk melancarkan Awan AI Bitdeer, antara perkhidmatan awan pertama dikuasakan oleh NVIDIA DGX SuperPOD dengan sistem DGX H100 dalam rantau Asia. Perkhidmatan tersebut akan menyediakan pelanggan Bitdeer akses kepada superperkomputeran AI NVIDIA bagi membantu mereka melajukan pembangunan generatif AI, model bahasa besar (LLMs), dan lain-lain beban kerja AI mereka.

Pembangunan pesat mesin pembelajaran, AI dan LLMs membawa kepada permintaan tinggi untuk penyelesaian perkomputeran berasaskan awan yang berkesan, boleh dipercayai dan tersedia. IDC[1] mencatat bahawa pasaran platform sebagai perkhidmatan (PaaS) awan umum memberikan lebih daripada 32% pertumbuhan tahunan dalam tahun 2022, yang menggalakkan kejayaan dicapai pelanggan dengan penyedia awan sebagai rakan kongsi strategik. Tambahan lagi, perkembangan industri permainan dalam talian, penstriman langsung, dan media sosial di Asia mendorong kepada ketidakseimbangan bekalan dan permintaan dalam kuasa perkomputeran.

Perkhidmatan awan GPU Bitdeer terbina atas dasar capaian meluas pelanggan Syarikat di Asia. Dipasangkan dengan kepakaran domain dalam perkongsian kadar hash dan perkhidmatan awan, perkhidmatan tersebut boleh melengkapkan perniagaan dan usahawan dengan perkomputeran terkini menggunakan platform NVIDIA DGX.

Matt Linghui Kong, Ketua Pegawai Eksekutif Bitdeer, mengulas, “Kami teruja untuk bekerja dengan NVIDIA bagi meletakkan persediaan asas untuk AI era seterusnya dan kemajuan model bahasa besar di Asia. Menjadi ahli Utama NVIDIA Partner Network mengesahkan kompetensi teknologi dan capaian pasaran kami. Kami menjangkakan untuk bekerjasama dengan NVIDIA bagi memperkasa perniagaan dalam Asia untuk berinovasi, berkembang, dan terus maju.”

“AI generatif memperkasa perniagaan untuk membuka kunci kepada penskalaan, kebolehpercayaan, dan inovasi buat julung kalinya,” kata Tony Paikeday, pengarah kanan platform DGX di NVIDIA, “Dengan infrastruktur NVIDIA DGX, Bitdeer boleh menyediakan superperkomputeran dan perisian AI yang diperlukan untuk membina dan mengatur kedudukan model dan perkhidmatan AI generatif.”

Bitdeer yang terkenal dengan kebolehan pengaturan pusat data global, kecekapan dalam pengoperasian mesin berprestasi tinggi, dan kepakaran perkhidmatan awan meluasnya, berada dalam proses membina perniagaan awan GPUnya secara tersusun. Pelantikan Syarikat sebagai rakan kongsi Utama NVIDIA akan menjadi pemangkin untuk Syarikat membangunkan keupayaan awan GPUnya. Peta hala tuju strategik Bitdeer merangkumi empat fasa: Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS), Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS), Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), dan Aplikasi sebagai Perkhidmatan (AaaS).

Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS): Bitdeer sedang bersiap sedia menyediakan infrastruktur awan GPU berprestasi tinggi untuk dijadikan sebagai dasar kepada inisiatif didorong AI. Infrastruktur ini akan memperkasa organisasi untuk memanfaatkan potensi penuh GPU dengan cekap, membantu pelaksanaan lancar beban kerja AI yang kompleks.

Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS): Berkembang dalam keupayaan infrastrukturnya, Bitdeer sedang membina platform menyeluruh GPU sebagai Perkhidmatan secara aktif, meringkaskan pengaturan dan pengurusan aplikasi AI. Platform ini akan menawarkan kefleksibelan dan penskalaan yang diperlukan perniagaan untuk melaksanakan dan membina penyelesaian AI dengan lancar dan memodalkan pasaran PaaS yang berkembang pesat, yang dijangkakan untuk mencapai US$352.2 bilion secara global pada tahun 2030[2].

Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS): Bitdeer berkomited sepenuhnya untuk menawarkan penyelesaian AI siap guna yang disesuaikan kepada pelbagai jenis industri. Dengan menyediakan perkhidmatan perisian AI, Bitdeer berharap untuk mendemokrasikan AI dengan menjadikannya boleh diakses oleh organisasi dalam semua saiz dan menghapuskan kerumitan pembangunan dalam organisasi. Pengguna juga akan mempunyai pilihan untuk mengatur model mereka sendiri dan menawarkan perkhidmatan luaran.

Aplikasi sebagai Perkhidmatan (AaaS): Antara tahun 2023 dan 2032, pasaran API Asia Pasifik dijangka mempunyai CAGR tertinggi secara global[3]. Dalam usaha untuk menggalakkan inovasi AI, Bitdeer telah bersedia untuk mencipta perkhidmatan API yang membolehkan perniagaan memperkenalkan AI kepada aliran kerja sedia ada mereka dengan mudah. Bitdeer akan menawarkan platform pembangunan intuitif dan cekap di samping membenarkan pengguna mengatur API tersuai dengan mudah, serta mencapai integrasi dan mengantaramuka dengan aplikasi sedia ada dengan lancar.

Dibina pada asas teknologi blok rantai sedia ada dan keupayaan perkomputeran berprestasi tinggi, Bitdeer sedang meluaskan batasan teknikal dan perniagaannya. Matlamat sebenar Syarikat adalah untuk menyediakan asas berprestasi tinggi yang membolehkannya melaksanakan beban kerja kompleks AI, lantas mempengaruhi infrastruktur awan GPU bagi mencipta platform dinamik dan boleh disesuaikan. Kefleksiblean dan penskalaan platform ini akan menjadikan penyelesaian AI boleh diakses oleh pelbagai jenis syarikat dan industri. Fasa terakhir peta hala tuju Syarikat ini akan melihatnya menawarkan platform intuitif yang boleh menggabungkan API tersuai ke aplikasi sedia ada dengan lancar. Dengan berkembang mengikut trajektori perkhidmatan yang merangkumi IaaS, PaaS, SaaS, and AaaS, platform perkhidmatan awannya yang berprestasi tinggi berasaskan SuperPOD NVIDIA DGX akan datang mempunyai potensi untuk memajukan cara organisasi mengakses dan menggunakan AI.

Bitdeer menjangkakan platform perkhidmatan awannya yang berprestasi tinggi berasaskan SuperPOD NVIDIA DGX akan datang untuk dilancarkan pada suku pertama tahun 2024.

Perihal Bitdeer Technologies Group
Bitdeer ialah syarikat teknologi terkemuka dunia untuk blok rantai dan perkomputeran berprestasi tinggi. Bitdeer berkomited dalam menyediakan penyelesaian perkomputeran aset digital menyeluruh untuk pelanggannya. Bitdeer mengendalikan proses rumit melibatkan perkomputeran seperti pemerolehan kelengkapan, logistik pengangkutan, reka bentuk dan pembinaan pusat data, pengurusan kelengkapan dan pengoperasian harian. Dengan ibu pejabatnya di Singapura, Bitdeer telah pun mengatur pusat data di Amerika Syarikat, Norway dan Bhutan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati https://www.bitdeer.com/.

Pernyataan Prospektif

Pernyataan dalam siaran akhbar ini tentang jangkaan masa depan, pelan, dan prospek serta sebarang pernyataan lain berkaitan perkara yang bukan fakta sejarah, mungkin mengandungi “kenyataan jangkaan” dalam takrifan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Perkataan “jangka”, “harap”, “percaya”, “terus”, “boleh”, “anggar”, “sangka”, “berniat”, “mungkin”, “rancang”, “berpotensi”, “ramal”, “projek”, “sepatutnya”, “sasar”, “akan”, “boleh menjadi” dan perkataan hampir sama dengannya tidak bertujuan untuk melambangkan pernyataan prospektif, walaupun bukan semua pernyataan masa depan mengandungi perkataan perlambangan ini. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada perkara yang ditanda oleh pernyataan prospektif sepertinya sebagai hasil pelbagai faktor penting termasuk faktor yang dibincangkan dalam bahagian bertajuk “Faktor Risiko” dalam laporan tahunan Bitdeer pada borang 20-F, serta perbincangan risiko berpotensi, ketidakpastian, dan lain-lain faktor penting dalam pengisian Bitdeer berikutnya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. Pernyataan prospektif yang disertakan dalam siaran akhbar ini dibuat hanya pada tarikh yang dinyatakan di sini. Bitdeer menafikan secara spesifik sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana pernyataan prospektif sama ada disebabkan maklumat baharu, peristiwa masa depan, atau sebaliknya. Pembaca tidak seharusnya bergantung pada maklumat dalam halaman ini sebagai terkini atau tepat selepas tarikh penerbitannya.

Pertanyaan Media

pr@bitdeer.com

Maklumat Hubungan

Perhubungan Pelabur
Robin Yang, Rakan Kongsi
ICR, LLC
E-mel: Bitdeer.ir@icrinc.com
Telefon: +1 (212) 537-5825

Perhubungan Awam
Brad Burgess, SVP
ICR, LLC
E-mel: Bitdeer.pr@icrinc.com
Telefon: +1 (212) 537-4056

________________________________

[1] Sumber: IDC: Perspektif Analisa Pasaran: Awan Umum Platform sebagai Perkhidmatan Sedunia/PaaS, 2023

[2] Sumber: Kajian Pasaran Disahkan: Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS) Global Saiz Pasaran Mengikut Pengaturan (Awan Umum, Awan Peribadi), Mengikut Saiz Organisasi (Perusahaan Beara, Perusahaan Kecil dan Sederhana), Mengikut Aplikasi (Aplikasi PaaS (APaaS), Integrasi PaaS (IPaaS)), Mengikut Skop Geografi dan Ramalan

[3] Sumber: Pasaran.us: Pasaran Pengurusan API untuk Mencapai Nilai USD 49.9 Bilion di 28% Cagr pada 2032

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini berada di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1b6aecfe-d911-46fc-8cac-846924a2b50b