Wunderman Mencapai Status Pakar untuk Kepakaran Adobe Campaign

Agensi ialah Rakan Pertama di Seluruh Dunia yang Memenuhi Piawaian Ketat Adobe untuk Pengkhususan Campaign


NEW YORK, Aug. 21, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) --

Wunderman, salah satu rangkaian pemasaran langsung CRM terbesar di dunia merupakan rakan Adobe pertama di seluruh dunia yang membuat pengkhususan dalam Adobe Campaign. Kumpulan KBM Wunderman di Amerika Syarikat dan pasukan EMEAnya setiap satu telah memperoleh status pakar.

Sebagai Rakan Adobe Premier, WPP, syarikat induk Wunderman, komited untuk mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk mereka bentuk, membangun, menjual dan melaksanakan penyelesaian pada tahap kepakaran tinggi menggunakan teknologi Adobe di seluruh rangkaian syarikatnya.  Wunderman, Rakan Adobe Business Plus, menerajui usaha ini dengan komitmennya terhadap Adobe Campaign.  Berbekalkan enam tahun pengalaman dalam pelaksanaan dan menggunakan penyelesaian Adobe Campaign untuk syarikat-syarikat merentasi pelbagai industri dan dengan pakar pemasaran – arkitek, pembangun, perunding penyelesaian dan pengamal – bertauliah secara individu melalui latihan rapi, Wunderman menawarkan jenama kepakaran yang boleh dipercayai, penyelesaian komprehensif dan hasil berulang bagi meningkatkan prestasi pemasaran dalam kedua-dua NA dan EMEA.  

Tambahan pula, Wunderman menyokong Adobe Campaign di dalam Platform Penglibatan Pengguna IMPACT sentrik datanya, membolehkan personalisasi yang konsisten dan berpengetahuan di seluruh saluran dan juga pengukuran dan kemas kini masa nyata hingga perisikan pengguna.  Penyepaduan data yang diperkaya dengan Adobe Campaign adalah sangat berharga untuk memacu ROI pemasaran dan mencapai pemasaran tangkas dan in-the-moment (dalam ruang waktu yang diberikan).

“Tahniah buat Wunderman atas pencapaian besar ini untuk bukan sahaja satu, tetapi dua rantau utama dunia.  Komitmen mereka untuk menyediakan pemasar kemahiran tinggi dalam Adobe Campaign ditambah pula dengan kepakaran mereka dalam pengurusan data untuk perkaitan pengguna yang luar biasa tidak dapat ditandingi dan bukti kepada kepimpinan industri mereka,” ujar Jim Sink, Naib Presiden Perkongsian Agensi Global Adobe.

Gary S. Laben, Ketua Pegawai Data Global Wunderman dan CEO Kumpulan KBM, menyatakan, “Kami sangat komited untuk menawarkan penyelesaian terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan kami dalam ekosistem yang didorong oleh data dan penglibatan kaya wawasan. Mencapai dan mengekalkan tahap kemahiran yang tinggi dengan Adobe Campaign dengan menyediakan hasil pemasaran yang dioptimumkan bagi para pelanggan kami di seluruh dunia merupakan salah satu keutamaan tertinggi kami.”

Sebagai sebahagian daripada kumpulan WPP, Wunderman merupakan salah satu koleksi agensi -- merangkumi Acceleration, Cognifide, Mirum dan VML -- yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai Penyelesaian Adobe Marketing Cloud: Adobe Campaign, Adobe Experience Manager, Adobe Analytics, Adobe Target dan Adobe Media Optimizer. Syarikat-syarikat bekerjasama dan memanfaatkan kepakaran penyelesaian individu dan kekuatan lain di seluruh rangkaian bagi menyediakan perkhidmatan teknologi pemasaran melampaui jejak syarikat WPP tunggal.

Wunderman ialah Rakan Khusus Adobe Campaign Wunderman telah disahkan oleh Adobe untuk memiliki kakitangan bertauliah dan rujukan pelanggan yang dikehendaki untuk menyampaikan pelaksanaan kelas dunia dan pulangan ke atas pelaburan yang tertinggi untuk pelanggan Adobe Marketing Cloud

Mengenai Wunderman Wunderman ialah sebuah agensi digital dan pemasaran langsung yang menggabungkan kreativiti dan data untuk mendorong hasil bagi para pelanggannya. Wunderman cemerlang dalam CRM, pengiklanan, pengurusan kesetiaan, kandungan, promosi dan media sosial. Wunderman ditubuhkan oleh Lester Wunderman pada 1958, dan hari ini kami memiliki 7,000 warga kerja yang terdiri daripada 1,300 saintis data, 2,200 warga kreatif dan 3,500 ahli perniagaan di 175 pejabat di 60 negara. Best Buy, Citibank, Coca-Cola, Ford, Microsoft, Pfizer, Telefónica, Shell dan UnitedHealth Group merupakan antara pelanggan kami. Wunderman ialah sebahagian daripada WPP (NASDAQ:WPPGY).Ketahui lebih lanjut di  www.wunderman.com dan @wunderman.

Mengenai Adobe Marketing Cloud

Adobe Marketing Cloud memperkasa syarikat-syarikat untuk menggunakan data besar untuk mencapai dan melibatkan pelanggan serta prospek dengan berkesan melalui kandungan pemasaran yang sangat khusus merentasi peranti dan titik sentuhan digital.

Lapan penyelesaian yang disepadukan dengan kukuh menawarkan pemasar set teknologi pemasaran lengkap yang menumpukan pada analisis, pengurusan pengalaman web dan aplikasi, pengujian dan penyasaran, pengiklanan, video, pengurusan hadirin, penglibatan sosial dan perancangan kempen secara terperinci. Penggunaan Adobe Creative Cloud menjadikannya mudah untuk mengaktifkan aset-aset kreatif dengan pantas di seluruh saluran pemasaran. Ribuan jenama di seluruh dunia termasuk dua pertiga syarikat Fortune 50 bergantung pada Adobe Marketing Cloud.


            

Coordonnées

GlobeNewswire