Mimecast akan Laporkan Keputusan Kewangan Suku Ketiga 2016

London, UNITED KINGDOM


WATERTOWN, Mass., Jan. 20, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Mimecast Limited (NASDAQ:MIME), pembekal terkemuka perkhidmatan keselamatan dan pengurusan risiko awan generasi akan datang untuk maklumat korporat dan e-mel, hari ini mengumumkan ia akan mengeluarkan satu siaran akhbar yang melaporkan keputusan kewangan untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2015 selepas pasaran ditutup pada 8 Februari, 2016.

Mimecast akan menganjurkan satu panggilan persidangan bagi membincangkan keputusan kewangan ini untuk para pelabur dan penganalisis pada pukul 5:00 p.m. Eastern Time (UTC-05:00) bertarikh 8 Februari, 2016. Untuk menyertai panggilan persidangan ini, dail (844) 815-2878 untuk Amerika Syarikat dan Kanada dan juga (615) 800-6885 untuk pemanggil antarabangsa dan masukkan ID persidangan #29979833. Panggilan tersebut juga akan disiarkan secara langsung melalui siaran web di bahagian perhubungan pelabur laman web Syarikat di http://investors.mimecast.com. Main semula audio panggilan akan disediakan dua jam selepas panggilan secara langsung berakhir dengan mendail (855) 859-2056 untuk Amerika Syarikat dan Kanada atau (404) 537-3406 untuk panggilan antarabangsa, dan masukkan kod laluan #29979833. Sebagai tambahan, arkib siaran web akan disediakan di bahagian perhubungan pelabur laman web syarikat di http://investors.mimecast.com.

Mengenai Mimecast Limited

Mimecast Limited (NASDAQ:MIME) menjadikan e-mel dan data perniagaan lebih selamat untuk lebih daripada 15,200 pelanggan dan jutaan pekerja di seluruh dunia. Perkhidmatan keselamatan, pengarkiban dan kesinambungan berasaskan awan generasi akan datang Syarikat yang diasaskan pada tahun 2003 ini melindungi e-mel dan menyampaikan pengurusan risiko e-mel komprehensif dalam perkhidmatan langganan tunggal dan bersepadu sepenuhnya. Mimecast mengurangkan risiko dan kerumitan e-mel serta kos menguruskan tatasusunan penyelesaian titik yang digunakan secara tradisional untuk melindungi e-mel dan datanya. Untuk pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan awan seperti Microsoft® Office 365™, Mimecast mengurangkan pendedahan vendor tunggal dengan mengukuhkan perlindungan keselamatan, mengatasi masalah masa henti dan meningkatkan prestasi pengarkiban.

Keselamatan E-mel Mimecast (Mimecast Email Security) melindungi serangan perisian hasad, pemancingan data dan serangan baru muncul lain, sambil mencegah kebocoran data. Kesinambungan Peti Mel Mimecast (Mimecast Mailbox Continuity) membenarkan pekerja terus menggunakan e-mel semasa gangguan yang dirancang dan tidak dirancang. Pengarkiban Maklumat Perusahaan Mimecast (Mimecast Enterprise Information Archiving) menyatukan e-mel, fail dan data pemesejan segera bagi menyokong e-penemuan dan memberikan akses pantas kepada pekerja ke arkib peribadi mereka melalui PC, Mac dan aplikasi mudah alih. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di www.mimecast.com.


        

Coordonnées