British American Tobacco Memilih Platform Pengalaman Digital Synchronoss untuk Mempercepat Penghantaran bagi Perjalanan Pelanggan yang Amat Dioptimumkan

Projek perintis baru menjangkaui tiga negara Eropah untuk menyokong ahli pasukan jualan dalam kedai


BRIDGEWATER, N.J., Nov. 01, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ:SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan perintis berbilang negara bagi Platform Pengalaman Digital (DXP) Synchronoss untuk British American Tobacco (BAT), sebuah syarikat peneraju, barangan pengguna berbilang kategori yang menyediakan produk tembakau dan nikotin kepada jutaan pengguna dewasa di seluruh dunia.

Penyelesaian Synchronoss DXP akan memberikan BAT kit alat keupayaan yang meringkaskan penyampaian IT dengan banyak, memberikan BAT keupayaan untuk mereka bentuk, mengerah dan mengoptimumkan perjalanan pelanggan sambil memberikan pengalaman disatukan merentasi semua lokasi runcit miliknya.

“DXP Synchronoss akan memberi kami wawasan, kefleksibelan dan kelajuan yang diperlukan untuk mencipta perjalanan pelanggan dibimbing yang amat dioptimumkan yang bukan sahaja menyampaikan nilai tambahan untuk pelanggan kami tetapi juga memaksimumkan pendapatan kami,” kata Jean-Francois Parent, Ketua Own Retail & New Channels Global di British American Tobacco. “Pada masa yang sama, DXP akan membantu untuk memastikan pelanggan dewasa global kami bergantung pada pengalaman konsisten apabila mereka menerokai produk kami – termasuk apabila mereka berinteraksi dengan tablet dalam kedai dan salah seorang ahli jualan kami.”

Perintis ini akan dikerahkan untuk tiga bulan merentasi 25 lokasi runcit BAT di seluruh Eropah: 10 kedai di Poland, 9 kedai di UK dan 6 kedai di Jerman.

Chris Hill, Naib Presiden Kanan, Synchronoss, berkata, “Platform Pengalaman Digital Synchronoss kami menyediakan BAT dengan kedua-dua kepintaran dan keupayaan teknikal yang diperlukannya untuk menyediakan pengalaman runcit pelanggan terbaik dalam kelasnya yang menyampaikan nilai cemerlang kepada kedua-dua pelanggan dan keuntungan syarikat”. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Platform Pengalaman Digital Synchronoss, lawati laman web Synchronoss.

Tentang Synchronoss
Synchronoss (NASDAQ:SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan Teknologi-Media-Telekomunikasi mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com

Maklumat Hubungan:

Media:
Amerika Utara:
Diane Rose
CCgroup
T: +1 202-350-2469
E: synchronoss@ccgrouppr.com

Antarabangsa:
Anais Merlin
CCgroup
T: +44 (0)203 824 9219
E: synchronoss@ccgrouppr.com

Pelabur:
Joe Crivelli
Synchronoss
908-566-3131
investor@synchronoss.com