VISTAJET MENAWARKAN INFRASTRUKTUR GLOBAL UNTUK MENYOKONG KERAJAAN DAN ORGANISASI PERUBATAN SEMASA TEMPOH KETIDAKSTABILAN


Menyokong komuniti, menyokong individu

  • VistaJet menawarkan penerbangan kembali yang kosong secara percuma untuk Kerajaan dan pengangkutan perubatan;
  • Menggunakan infrastruktur dan kepakaran global dalam membantu untuk membawa produk perubatan kritikal;
  • Bekerjasama dengan pakar dan pemimpin untuk mengenal pasti penyelesaian penerbangan baharu untuk komuniti global.

LONDON, March 26, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan tunggal, sedang membantu untuk memastikan mereka dengan keperluan perjalanan kritikal semasa waktu yang tidak tentu ini mampu bergerak.

Memahami keperluan komuniti global semasa dunia berusaha untuk bertindak balas terhadap situasi COVID-19 yang semakin berubah-ubah, VistaJet meneruskan usaha mengenal pasti cara baharu untuk memberikan bantuan menerusi rangkaian dan infrastruktur globalnya. Syarikat juga bekerja secara langsung dengan Kerajaan dan Konsulat di seluruh dunia, membantu mereka menghantar balik rakyat dengan menyediakan penerbangan kembali yang kosong secara percuma. Untuk memastikan lagi bahawa para pegawai mampu melaksanakan rancangan tindakan secepat mungkin, Syarikat sedang membantu untuk mengurus logistik kompleks bagi permit dan kertas kerja yang sewajarnya.

Dengan penerbangan kargo yang menurun secara drastik akibat pembatalan laluan komersial global utama dan diinspirasikan oleh usaha hebat manusia seluruh dunia, VistaJet juga sedang dalam perbincangan dengan organisasi perubatan, pakar dan pengawal atur kesihatan untuk mengenal pasti penyelesaian lain untuk memberikan bantuan, termasuklah dalam pengangkutan bekalan perubatan yang penting. Di samping itu, penerbangan kembali yang kosong sedang ditawarkan secara percuma untuk penerbangan kritikal untuk membawa pakar perubatan ke lokasi sewajarnya untuk membantu dalam membasmi pandemik global ini.

Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet berkata:
“Semua orang di VistaJet menilai cara kita boleh memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan kami dan komuniti global yang lebih besar semasa waktu yang sukar ini secara berterusan. Mendengar nasihat pakar, sama ada tentang keselamatan atau perubatan, kami di sini ingin memastikan bahawa mereka disokong sepenuhnya dengan keperluan penerbangan mereka. Ini merupakan waktu yang luar biasa dan kita mestilah bekerjasama sebaik mungkin untuk melakukan segala yang termampu untuk memberikan bantuan. Kami tahu kami biasanya tidak menawarkan penerbangan penghantaran balik atau pengangkutan alatan perubatan, tetapi secara asasnya, kami merupakan syarikat logistik dan kami di sini untuk membantu komuniti global sebaik mungkin. Kita bersama-sama dalam perjuangan ini.”

Syarikat telah menubuhkan laman web khas untuk menyalurkan semua permintaan daripada Kerajaan dan organisasi perubatan untuk memastikan keutamaan dalam menyelesaikan kes paling kritikal dan mengurus pemeriksaan keselamatan yang relevan.

Di samping itu, dengan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat, ramai pelanggan telah menghubungi untuk menilai pilihan alternatif untuk memenuhi keperluan penerbangan mereka. Setelah mendengar kebimbangan mereka, VistaJet telah memperkenalkan Dynamic Jet Lease — pajakan jangka pendek selama satu, dua atau tiga bulan, menawarkan pesawat dan anak kapal khas yang ditugaskan di lapangan terbang paling berdekatan dengan anda. Ini merupakan pajakan bulanan unik yang menyediakan fleksibiliti tertinggi apabila perlu dan terutamanya semasa keputusan yang cepat harus diambil. Dynamic Jet Lease meningkatkan keselamatan, membebaskan sumber perniagaan teras pelanggan dan memastikan ketenangan minda dalam landskap global yang sentiasa berubah-ubah.

Untuk maklumat lanjut tentang usaha VistaJet yang dipertingkat untuk membantu dalam menghentikan penularan COVID-19, layari:
vistajet.com/coronavirus-updates

Nota kepada Editor:
Pautan tambahan yang disenaraikan dalam siaran ini:
vistajet.com/community-support
vistajet.com/dynamic

Maklumat
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com

Perihal VistaJet
VistaJet ialah syarikat penerbangan global yang pertama dan tunggal. Dengan lebih 70 jet perniagaan perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan klien syarikat, kerajaan dan persendirian ke 187 negara yang merangkumi 96% lokasi di dunia. Syarikat yang diasaskan pada 2004 itu merintis model perniagaan inovatif yang memberikan akses kesemua armada kepada pelanggan dengan membayar mengikut jam penerbangan tanpa risiko tanggungjawab dan pemilikan aset penerbangan. Program keahlian istimewa VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan tempah khas bagi jet untuk jarak sederhana dan jauh untuk penerbangan pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.
VistaJet ialah sebahagian daripada Vista Global Holding, kumpulan peneraju penerbangan perniagaan dunia yang menyepadukan portfolio unik syarikat dengan menawarkan penyelesaian aset sedikit untuk merangkumi kesemua aspek utama penerbangan perniagaan.
Maklumat dan berita lanjut VistaJet di vistajet.com

VistaJet Limited ialah pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat 9H yang berdaftar di bawah Pengendali Udara Malta dengan Nombor Sijil MT-17 dan diperbadankan di Malta dengan Nombor Syarikat C 55231. VistaJet dan anak syarikat bukanlah syarikat pesawat pengangkut terus Amerika Syarikat. Pesawat milik VistaJet dan didaftarkan di Amerika Syarikat dikendalikan oleh pengangkut udara A.S. yang berlesen sewajarnya, termasuk XOJET Aviation LLC.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/759a89c9-3338-445c-b006-34896a1e3bb0