LeddarTech Berbangga Menjadi Penaja dan Penyampai di Mobility Re-Imagined MOVE 2020 Amerika pada 1-3 September 2020


QUEBEC CITY, Aug. 25, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan, berbangga menjadi penaja Mobility Re-imagined MOVE 2020 Amerika yang akan dianjurkan secara maya buat pertama kali pada 1-3 September 2020.

“LeddarTech teruja untuk terlibat dalam acara besar ini yang menghimpunkan peneraju industri dalam inovasi mobiliti dan automotif,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global. “Peralihan daripada acara fizikal kepada maya telah membolehkan MOVE 2020 untuk mencapai khalayak lebih besar, dan tahap penyertaan dan interaksi acara ini menjanjikan ini sebuah acara yang tidak harus ketinggalan pada bulan September nanti. MOVE 2020 akan berlangsung bertepatan untuk LeddarTech dengan perolehan syarikat perisian pergabungan penderia dan persepsiVayaVision pada bulan Julai,” kata En. Aitken.

LeddarTech akan memimpin dua sesi utama di MOVE 2020

  • Pada 1 September (3:40 PM EST), LeddarTech akan menganjurkan perbincangan meja bulat secara maya untuk meneroka cara tindanan pergabungan penderia boleh mempercepat ciri ADAS dan keupayaan AD untuk mempercepat pelaksanaan teknologi Tahap 3 hingga 5. Menyertai Pierre Olivier, CTO LeddarTech untuk sesi ini ialah Pierre Lefevre, CTO COAST Autonomous dan yang lain.
     
  • Pada 1 September (4:50 PM EST), LeddarTech akan menganjurkan perbincangan panel interaktif berserta pakar utama industri yang bertajuk “Multiple sensing modalities case study: The key to Level 3 to 5 autonomy.” Sesi ini akan mengkaji cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan besar-besaran bagi teknologi automasi kenderaan dan menunjukkan cara pergabungan penderia boleh menghadapi cabaran teknikal ini dengan mengeksploitasi kekuatan setiap modus penderiaan secara sepenuhnya – kamera, radar dan LiDAR.

Industri sepakat bersetuju bahawa aplikasi pemanduan berautonomi Tahap 3 hingga 5 memerlukan berbilang penderia dan kombinasi penderia. Pergabungan penderia dan pembangunan persepsi mempercepat masa kepada pasaran bagi pelanggan secara signifikan sementara merendahkan kos dan mengurangkan risiko. Dengan menambahkan teknologi ini kepada portfolio LeddarTech yang merangkumi LeddarEngine™ untuk pembangunan LiDAR Peringkat 1 dan penderia LiDAR untuk industri mobiliti, syarikat ini berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka pada semua tahap pembangunan daripada tahap 2-5. 

Lihat MOVE 2020 untuk maklumat lanjut dan membuat pendaftaran

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan penderiaan kritikal dan cabaran persepsi merentasi seluruh rantai nilai pasaran automotif dan mobiliti dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™. LeddarTech menyampaikan penyelesaian pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala dan serba boleh kepada penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 yang membolehkan LiDAR berkeadaan pepejal gred automotif dibangunkan berdasarkan asas LeddarEngine™. LeddarTech menawarkan 14 generasi LiDAR berkeadaan pepejal berdasarkan platform LeddarEngine yang beroperasi 24/7 di persekitaran yang teruk. Platform ini dikerahkan secara aktif di dalam kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan aplikasi roboteksi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 80 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Korporat Global,
LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.