VistaJet Mengumumkan Kerjasama Biobahan Api Mampan Peneraju Pasaran yang Baharu, Kemas Kini tentang Kejayaan Ikrar Mampannya dan Seruan untuk Tindakan Selanjutnya daripada Industri Penerbangan Persendirian

Luqa, MALTA


•  Memperkenalkan kerjasama baharu dengan SkyNRG, pelopor dan peneraju dunia bagi bahan api penerbangan yang mampan

•  Kejayaan rancangan kemampanan semasa VistaJet telah menyaksikan 80% Ahli menyertai rancangan untuk mengurangkan jejak karbon

•  Pengoptimuman yang diterajui teknologi, mengurangkan penggunaan bahan api secara purata sebanyak 8% setiap penerbangan sejak bulan Januari 2020

LONDON, Oct. 01, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan perniagaan global, hari ini telah mengumumkan perkembangan yang dibuat tentang ikrarnya untuk Kemampanan dalam Penerbangan. yang dilancarkan pada bulan Januari 2020 untuk mengurangkan jejak karbonnya dengan cepat dan bermakna, serta untuk meneroka semua cara untuk mencapai tahap kemampanan yang lebih tinggi. Syarikat ini juga mengumumkan kerjasama peneraju pasaran dengan SkyNRG, iaitu pelopor dan peneraju untuk bahan api penerbangan mampan (SAF).

Industri SAF telah membuat kemajuan sejak penubuhannya, namun ketersediaan bahan api mampan untuk kapal terbang jet masih terhad disebabkan faktor kewangan, teknikal dan kawal selia. Dengan perjalanan udara yang bertumpukan di sekitar hab dan 20 buah lapangan terbang paling sibuk di dunia, mengendalikan hampir satu perlima semua lalu lintas penumpang di udara, maka ini sepatutnya memudahkan penggunaan sumber tenaga baharu sepenuhnya oleh para pengendali*. Walau bagaimanapun, selepas sedekad pengenalan dibuat, hanya beberapa hab di seluruh dunia yang mempunyai biobahan api jet dan ini hanya membentuk kurang daripada 0.1% jumlah penggunaan bahan api penerbangan.

Sebagai langkah penting untuk meningkatkan lagi kemampanan, VistaJet telah menandatangani kerjasama baharu dengan SkyNRG, lantas menawarkan akses bahan api penerbangan mampan kepada semua pelanggan VistaJet di seluruh dunia. Langkah ini akan menggalakkan pengurangan yang banyak dari segi pengeluaran karbon penerbangan dan meningkatkan permintaan dan ketersediaan yang stabil di seluruh dunia. Perkongsian dengan SkyNRG akan menawarkan pelanggan VistaJet penyelesaian yang paling mampan, menjimatkan kos dan boleh skala untuk menyahkarbon penerbangan mereka dan pada masa yang sama, mengembangkan penggunaan ini di seluruh industri.

Sebagai komponen teras program Kemampanan dalam Penerbangan, VistaJet menjalani audit pengeluaran gas rumah hijau (GHG) dengan South Pole, sebuah pembangun projek dan pembekal global penyelesaian tindakan iklim yang memenangi anugerah. Bertepatan dengan Climate Week NYC, VistaJet memberikan kemas kini kemajuan pertamanya tentang lapan tiang kemampanan dan dapatan utama adalah seperti berikut:

  1. Program Pengimbangan Karbon VistaJet — Sejak VistaJet memperkenalkan ikrar Kemampanan dalam Penerbangan80% daripada Ahli VistaJet telah turut serta untuk mengimbangi pengeluaran berkaitan penggunaan bahan api mereka dengan melabur dalam kredit karbon yang diperakui di seluruh dunia. Langkah bermakna ini telah membolehkan VistaJet, dengan bantuan South Pole untuk mengimbangi hampir 100,000 tan CO2 (tCO2)** bagi pihak pelanggannya, iaitu lebih daripada 21,600 buah kenderaan penumpang yang dipandu selama 1 tahun atau lebih daripada 12.7 bilion telefon pintar yang dicas***. Selain itu, pengeluaran semua penerbangan antara negara Eropah akan diimbangi sebelum bulan April 2021 melalui EU ETS, iaitu antara bulan Januari hingga Ogos 2020, berjumlah 21,500 tCO2.
  2. Bahan Api Penerbangan Mampan — Sumber pengeluaran utama jenama VistaJet ialah bahan api penerbangan, yang mewakili 89% daripada jumlah pengeluaran GHG serta membentuk pengeluaran daripada pengilangan, pemprosesan, penghantaran dan pembakaran bahan api penerbangan. Walaupun pengimbangan mengurangkan jejak karbon secara tidak langsung, penggunaan bahan api dengan keamatan karbon yang lebih rendah akan mengurangkan pengeluaran industri secara signifikan dan secara langsung — dalam bentuk mudahnya, penggunaan SAF, boleh mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 85% berbanding bahan api jet yang konvensional. Rancangan baharu inovatif VistaJet akan memastikan ketersediaan SAF untuk pelanggannya di seluruh dunia. SAF disumber dan dihantar oleh SkyNRG daripada kilang penapisan Tenaga Dunia, lantas menyokong penggunaan pantas penyelesaian tenaga yang sangat penting ini.
  3. Pesawat dengan Teknologi Paling Canggih — Model armada kongsi VistaJet bermakna kurang pesawat yang dihasilkan dan membolehkan penggunaan lebih tinggi bagi setiap jet yang sedia ada. Infrastruktur global VistaJet juga membolehkan pengurangan terhadap penerbangan yang diubah kedudukan. Selain itu, armada yang masih baharu syarikat mendapat manfaat teknologi terkini untuk penerbangan yang paling cekap dan menjamin pembakaran bahan api yang lebih baik berbanding pesawat lama. Armada baharu Global 7500 VistaJet merupakan pesawat dengan teknologi paling canggih yang tersedia kini. Pesawat ini dihasilkan dengan menumpukan pada reka bentuk untuk persekitaran, termasuklah enjin GE Passport baharunya yang kurang berbunyi hingar dan penggunaan bahan api rendah sebanyak kira-kira 2.5 liter setiap unit fungsian - dan lebih rendah lagi untuk beberapa misi jarak lebih jauh. Sayap transonik berkelajuan tingginya mengurangkan seretan lantas menurunkan lagi pembakaran bahan api dan pengeluaran.
  4. Teknologi Pengurangan Penggunaan Bahan Api — VistaJet Ltd melancarkan program komprehensif untuk mengautomasikan pengoptimuman penerbangan dan pengurusan armada global. Melalui pelaburan dalam teknologi AI dan pembelajaran mesin, syarikat ini mengusahakan algoritma laluan jangkaan untuk mengurangkan penerbangan feri dan mengurangkan penggunaan bahan api. Sehingga kini, syarikat ini dapat mengoptimumkan laluan, tahap dan kelajuan untuk mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 8% bagi setiap penerbangan menggunakan sistem pengurusan penerbangan FLIGHTKEYS 5D. Pengautomatan sistem yang dipertingkatkan membolehkan penghantar VistaJet meningkatkan keberkesanan dalam perancangan semula penerbangan, sementara pengoptimuman 3D dalam ruang udara yang sesak pula mengurangkan kemungkinan masalah slot dan kelewatan.
  5. Sistem Tempahan Jimat Bahan Api — Tempahan dengan sekurang-kurangnya notis seminggu lebih awal membantu meningkatkan lagi pengurusan armada dan mengurangkan pembakaran bahan api yang tidak perlu. Bagi Ahli VistaJet, program tempahan awal boleh bermakna diskaun pada kadar mereka dan tersedia sebagai pilihan untuk kontrak baharu. Pelanggan yang lebih fleksibel dengan pemilihan lapangan terbang bandar pelepasan sudah pun membantu pengurangan pergerakan di sekitar lapangan terbang London sebanyak 20% pada tahun 2019, lantas mengurangkan pembebasan beberapa tan CO2.
  6. Perkongsian dengan Peneraju dalam Kemampanan — VistaJet bekerjasama dengan syarikat neutral karbon seboleh yang mungkin dan telah melaksanakan syarat baharu untuk semua rakan kongsi pembelian, termasuk pentauliahan kemampanan untuk pihak ketiga di seluruh jabatan dalam perniagaan. Selain itu, lebih daripada 100 vendor stok yang turut serta telah dihubungi untuk memperkenalkan lebih banyak produk mampan.
  7. Produk dalam Penerbangan yang Mampan — VistaJet telah mengeluarkan lebih daripada 90% barang sekali guna di seluruh armadanya dan menggantikan barang di dalam kapal terbang dengan alternatif mampan. Contoh ini termasuklah membungkus produk menggunakan kanji yang terbiodegradasikan sepenuhnya dalam setahun, menggantikan berus gigi plastik yang diperbuat dengan buluh, menyumber bahan cuci impak rendah dan produk pembersihan serta menukar kepada produk kecantikan yang dibungkus dalam gelas. Selain itu, penghidangan makanan dilakukan dengan barang porselain dan kristal, tersedia dalam penerbangan untuk tempoh yang lama.
  8. Beralih ke Tenaga Elektrik yang Boleh Diperbaharu Semasa di Darat — Audit syarikat yang menyeluruh membolehkan VistaJet mengenal pasti jejak karbon operasi dan pejabatnya di seluruh dunia untuk menentukan lagi peluang pengurangan GHG dan keutamaan VistaJet. Penggunaan tenaga elektrik membentuk 24% jumlah pengeluaran untuk pejabat VistaJet secara khusus. Untuk mengurangkan tahap ini, VistaJet telah mengguna pakai tenaga elektrik daripada sumber boleh diperbaharu bagi dua pejabat terbesarnya dan sedang menilai penyelesaian untuk pejabat yang lain. Skim selanjutnya seperti berbasikal ke tempat kerja dan lokasi tempat kerja yang fleksibel dilaksanakan untuk mengurangkan pengeluaran oleh pekerja.

Langkah Seterusnya untuk Industri: Seruan untuk Bertindak oleh VistaJet

Walaupun penerbangan persendirian memainkan peranan yang agak terhad dalam landskap global pengeluaran karbon, iaitu mengeluarkan kira-kira 0.04%**** daripada semua pengeluaran CO2 yang disebabkan manusia, namun permintaan untuk mobiliti semakin meningkat walaupun terdapat penurunan dalam permintaan penumpang pada tahun ini disebabkan pandemik COVID-19.

Apabila industri penerbangan telah berbincang tentang pelbagai aspek dengan pengawal selia, peneraju dalam penerbangan tidak boleh menunggu dan perlu menjadi peneraju dengan melabur pada semua penyelesaian kukuh yang tersedia bagi memacu peralihan kepada karbon sifar. VistaJet telah memberikan dedikasi dalam mengurangkan jejak persekitaran dan mempengaruhi perubahan positif melalui inovasi. Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet, berkata “VistaJet komited untuk menjadikan penerbangan lebih baik. Kini, ini bermakna mengubah cara kami beroperasi, bukan sahaja untuk manfaat pelanggan kami, tetapi untuk komuniti di seluruh dunia secara keseluruhan. Dengan semangat ini, saya berharap agar rakan kongsi dan rakan penerbangan persendirian kami akan bertindak sama, bekerjasama untuk membawa perubahan ini dengan lebih pantas, kerana inilah satu-satunya cara untuk industri yang berpecah-pecah ini untuk bertanggungjawab bagi kesihatan planet ini dalam jangka masa panjang. Selain mematuhi langkah berdasarkan pasaran dan meningkatkan infrastruktur sedia ada, meningkatkan prosedur operasi serta membangunkan inovasi teknologi baharu adalah penting. Kami berasa positif tentang masa depan dan kami percaya bersama-sama, kita boleh mengubah penerbangan perniagaan untuk kebaikan jangka masa panjang.”

Maklumat
Jennifer Farquhar | VistaJet | press@vistajet.com 

Nota buat Editor
Bagi maklumat lanjut tentang janji kemampanan VistaJet, keutamaannya untuk mengurangkan jejak karbon dengan bermakna serta pantas dan untuk memuat turun kertas putih Kemampanan dalam Penerbangan, sila layari vistajet.com/sustainability.

https://www.weforum.org/agenda/2019/08/carbon-neutral-flying/
** Antara 1 Januari 2020 dan 30 Jun 2020
*** https://www.epa.gov/energy/greenhouse-gas-equivalencies-calculator
**** Industri penerbangan global mengeluarkan kira-kira 2% daripada jumlah pengeluaran CO2 dunia oleh manusia. Perkongsian semasa penerbangan persendirian bagi jejak karbon global industri penerbangan adalah pada 2%, iaitu sejumlah 0.04% pengeluaran.

Perihal VistaJet
VistaJet ialah syarikat penerbangan perniagaan global yang pertama dan tunggal. Dengan lebih 70 jet perniagaan perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan klien syarikat, kerajaan dan persendirian ke 187 negara yang merangkumi 96% lokasi di dunia. Syarikat yang diasaskan pada 2004 itu merintis model perniagaan inovatif yang memberikan akses kesemua armada kepada pelanggan dengan membayar mengikut jam penerbangan tanpa risiko tanggungjawab dan pemilikan aset penerbangan. Program keahlian istimewa VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan tempah khas bagi jet untuk jarak sederhana dan jauh untuk penerbangan pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.

VistaJet ialah sebahagian daripada Vista Global Holding — ekosistem penerbangan persendirian pertama dunia yang menyepadukan portfolio unik syarikat dengan menawarkan penyelesaian ringan aset merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan. Maklumat dan berita lanjut VistaJet di vistajet.com

VistaJet Limited ialah pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat 9H yang berdaftar di bawah Pengendali Udara Malta dengan Nombor Sijil MT-17 dan diperbadankan di Malta dengan Nombor Syarikat C 55231. VistaJet dan anak syarikat bukanlah syarikat pesawat pengangkut terus Amerika Syarikat. Pesawat milik VistaJet dan didaftarkan di Amerika Syarikat dikendalikan oleh pengangkut udara A.S. yang berlesen sewajarnya, termasuk XOJET Aviation LLC.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/54939574-b614-46db-89c2-c7e033d7c6a5