Boku Bekerjasama dengan Digi untuk melancarkan perkhidmatan identiti mudah alih di Malaysia


LONDON, Oct. 15, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Boku Inc., (AIM: BOKU), pembekal utama dunia bagi penyelesaian pembayaran mudah alih dan identiti dengan pembekal ketersambungan mudah alih dan perkhidmatan Internet, Digi Telecommunications Sdn Bhd, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak kerjasama untuk melindungi pengguna mudah alih daripada godaman siber, serangan pengambilalihan akaun, serangan tukar SIM, dan bentuk penipuan digital yang lain.

Digi ialah pembekal perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia untuk bekerjasama dengan Boku untuk melancarkan produk identiti mudah alih yang melindungi pelanggannya daripada pelbagai ancaman siber secara proaktif. Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan pengesahan identiti mudah alih di Malaysia kerana lebih banyak syarikat terus menyedari keperluan penyelesaian pengesahan berbilang faktor lanjutan susulan kejadian penipuan digital yang meningkat.

Pembekal perkhidmatan digital dan pengguna mereka semakin kerap menjadi sasaran penipu yang ingin mendapatkan wang atau bentuk nilai disimpan lain daripada akaun. Boku dan Digi memastikan bahawa rakyat Malaysia dilindungi daripada bentuk penipuan ini.

Perkhidmatan Phone Number Verification (Authenticate) Boku akan mengesahkan pemilikan mudah alih secara terus pada peranti menggunakan ketersambungan terbina dalam kepada rangkaian wayarles pengendali. Perkhidmatan “Reassigned Number” (Detect) membolehkan peniaga menyemak sama ada nombor mudah alih telah ditugaskan semua atau dikitar semula oleh pembawa kepada pengguna baharu.

Stuart Neal, Ketua Pegawai Perniagaan untuk Identiti, Boku, mengomen, "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Digi untuk memperkenalkan dunia digital yang lebih selamat dan lebih lancar untuk pengguna mudah alih di Malaysia. Boku telah pun membina rangkaian sambungan pengendali mudah alih terus yang paling menyeluruh untuk identiti dan melanjutkan keupayaan kami ke Malaysia ialah kejayaan penting sementara kami terus berkembang secara global.”

Praveen Rajan, Ketua Pegawai Pemasaran Digimengomen, “Melindungi pelanggan kita sentiasa menjadi keutamaan utama untuk Digi. Kami menggunakan dasar dan prosedur yang ketat untuk memastikan pelanggan kami dilindungi semasa menggunakan sebarang aplikasi dalam talian, termasuk menggunakan set amalan perlindungan data yang luas untuk melindungi identiti mereka dan menghalang penipuan digital seperti pengambilalihan akaun. Kerjasama dengan Boku ini merupakan satu lagi lapisan keselamatan yang membolehkan pelanggan kami menikmati pengalaman dalam talian yang lancar dan bebas kebimbangan.”

Pertanyaan:

Boku, Inc.
Jon Prideaux, Ketua Pegawai Eksekutif dan Keith Butcher, Ketua Pegawai Kewangan
+44 (0)20 3934 6630

IFC Advisory Limited (Financial PR & IR)
Tim Metcalfe / Graham Herring / Florence Chandler
+44 (0)20 3934 6630

Perihal Boku

Boku Inc. (AIM: BOKU) ialah pembekal utama dunia bagi penyelesaian pembayaran mudah alih dan identiti. Platform teknologi Boku yang dipautkan kepada lebih daripada 200 dompet mudah alih dan pengendali rangkaian di seluruh dunia, mengesahkan identiti pengguna, melaksanakan pembayaran, dan memperuntukkan perkhidmatan baharu, meringkaskan interaksi mudah alih harian antara pengguna dengan organisasi digital.

Platform teknologi Boku digunakan di lebih daripada 59 negara dengan lebih 815 juta urus niaga yang disahkan pada tahun 2019 dan menyumbang $5 bilion kepada ekonomi digital. Perniagaan yang sedang menggunakan platform Boku untuk memudahkan pendaftaran, memperoleh pengguna baharu yang membuat pembayaran dan mencegah penipuan termasuk pemimpin global seperti Apple, Discover, Experian, Facebook, FIS, Fiserv, Google, Microsoft, Netflix, PayPal, Sony, Spotify dan Western Union.

Boku Inc. diperbadankan pada tahun 2008 dan beribu pejabat di London, UK, dengan pejabat di pelbagai lokasi secara global termasuk di AS, Mumbai, Munich, Beijing, Paris, Sao Paulo, Singapura, Taipei, dan Tokyo.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Boku Inc., sila lawati: https://www.boku.com

Perihal Digi

Digi ialah pembekal ketersambungan mudah alih dan perkhidmatan Internet yang mendayakan 10.6 juta rakyat Malaysia pada rangkaian 4G+ kami yang canggih. Kami mempunyai cita-cita untuk menyediakan produk dan perkhidmatan digital yang relevan, diperibadikan dan menarik yang akan mendayakan gaya hidup digital pelanggan kami sepenuhnya. Tersenarai pada Bursa Malaysia, Digi ialah sebahagian daripada pembekal telekomunikasi global, Telenor Group, dan merupakan peneraju yang memacu amalan perniagaan yang bertanggungjawab. Untuk maklumat lanjut, lawati www.digi.com.my.