Pemenang Pertandingan Reka Bentuk Pelajar Global Lapangan Terbang Masa Depan 2020 Diumumkan

Projek yang menang membayangkan semula mobiliti lapangan terbang pada tahun 2100 bagi salah satu daripada 20 lapangan terbang paling sibuk di dunia.


DENVER, Nov. 12, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- The Green Gateway—hab multimod pengeluaran sifar dan mampan—telah dinamakan sebagai pemenang bagi Fentress Global Challenge (FGC) 2020, pertandingan reka bentuk pelajar global tahunan yang dilancarkan pada tahun 2011 oleh Fentress Architects yang mewakili komitmen firma untuk memajukan reka bentuk inovatif dalam seni bina awam dan menarik pelajar dari seluruh dunia.

Membayangkan Lapangan Terbang Masa Depan
Dengan lebih 100 penyerahan daripada pelajar di lebih 15 negara, pertandingan tahun ini mencabar peserta untuk membayangkan mobiliti lapangan terbang pada tahun 2100. Peserta mencadangkan spektrum konsep reka bentuk yang pelbagai untuk meningkatkan bangunan terminal penumpang lapangan terbang, menangani faktor utama seperti teknologi pengangkutan futuristik, urbanisasi, globalisasi, teknologi, fleksibiliti, keselamatan, kebolehlaksanaan projek dan pengalaman penumpang.

Cadangan yang menang bagi tahun 2020 mencerminkan inovasi radikal, kualiti dan sifat ingin tahu yang diperlukan untuk memajukan reka bentuk terminal lapangan terbang. Hadiah tempat pertama bernilai USD$15,000, tempat kedua bernilai USD$3,000, tempat ketiga bernilai USD$2,000 dan dua Anugerah Pilihan Orang Ramai akan menerima USD$1,000.

“Minat yang mendalam terhadap reka bentuk dan set minda yang kreatif merupakan asas untuk sebarang penyerahan pertandingan reka bentuk yang berjaya,” kata Curtis Fentress, FAIA, RIBA, Ketua Reka Bentuk di Fentress Architects. “Setiap tahun, penyerahan yang kami terima lebih berinovatif, bersemangat dan dinamik daripada tahun sebelumnya, yang menunjukkan pandangan menarik untuk masa depan reka bentuk terminal. Kami sangat kagum dengan pemenang tahun ini dan setiap penyerahan yang kami terima.”

Get Laluan Hijau
Konsep yang mendapat tempat pertama, direka bentuk oleh Nikhil Bang dan Kaushal Tatiya dari Southern California Institute of Architecture (SCI-Arc), yang mentransformasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi kepada hab multimod mengambil kira masa hadapan dan mampan yang mengurangkan kesan persekitaran perjalanan udara sambil meningkatkan mobiliti merentasi New Delhi, India—salah satu bandar yang paling ramai penduduk dan tercemar di dunia. Reka bentuk yang digelar “the Green Gateway” itu mencadangkan masa depan yang lapangan terbang bukan sekadar bangunan tetapi juga memberikan hubung kait antara konteks budaya tapak, daripada perancangan sehingga ke bentuk dan bahannya.

Menyahut strategi reka bentuk mampan, konsep pengeluaran sifar menampilkan sistem ternyahpusat satu terminal pusat dan enam menara yang teragih di seluruh bandar. Menara itu menyediakan dua tujuan iaitu sebagai pusat pembersihan udara dan stesen untuk kereta terbang. Penyelesaian ini meningkatkan mobiliti secara signifikan merentasi bandar dengan menggantikan penerbangan domestik sebagai salah satu sumber pencemaran utama.

Penyerahan pelajar menerangkan reka bentuk lapangan terbang itu sebagai “pengeluaran sifar pada tahap makro dan tahap mikro, meningkatkan mobiliti merentasi bandar dengan menggantikan penerbangan domestik sebagai sumber pencemaran utama dan menjadikan perjalanan udara sebagai urusan peribadi.”

Pemenang Tempat Kedua
Bagaimanakah rupa perjalanan dan pengangkutan pada tahun 2100? Menurut pemenang tempat kedua, Dušan Sekulic—pelajar dari Universiti Ljubljana, Slovenia—pod berautonomi penuh, kerusi memandu, navigasi dikuasakan AI dan pesawat berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL) akan menjadi bahan utama untuk mereka bentuk pengalaman lapangan terbang generasi baharu. Konsep itu mencadangkan imaginasi semula Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta (ATL)—lapangan terbang paling sibuk di dunia—sebagai lapangan terbang pandu masuk bagi pod individu pelancong dan kerusi memandu yang membawa mereka secara terus ke pesawat. Memanfaatkan reputasi Atlanta sebagai “bandar dalam hutan”, lapangan terbang ATL baharu itu akan menampilkan pendekatan reka bentuk hijau yang menggabungkan lapangan terbang dan latar langit bandar bagi menghasilkan “lapangan terbang dalam hutan.”

Pemenang Tempat Ketiga
Pemenang tempat ketiga tahun ini memberikan respons kepada realiti yang penting: cara reka bentuk lapangan terbang menyediakan lapangan terbang yang terletak di bandar tepi laut berkepadatan tinggi untuk disesuaikan dengan kesan perubahan iklim. Floating Aero City, yang direka bentuk oleh Yuanxiang Chan, Chaofan Zhang dan Zhuangzhuang King dari Beijing Jiaotong University menyediakan pendekatan berwawasan dan reka bentuk mampan. Lapangan terbang yang terletak di Hong Kong itu memberikan respons kepada isu keadaan iklim tapak subtropika dan berkepadatan tinggi. Terapung di atas lautan Hong Kong, platform lapangan terbang tiga dimensi yang boleh digerakkan itu mengurangkan impak pada rupa bumi sambil meningkatkan tanah sedia ada. Bentuk struktur yang menegak mengurangkan masa yang diambil oleh penumpang bermula daripada mendaftar masuk sehingga naik ke pesawat secara signifikan dan meningkatkan pengalaman penumpang secara keseluruhan. Strategi reka bentuk mampan termasuklah pencahayaan siang, penjanaan kuasa pasang surut, landasan yang membulat dan pesawat yang dikuasakan hidrogen.

Anugerah Pilihan Orang Ramai
The Vertebrae, yang direka bentuk oleh Yi Yang Chai dan Sharon Cho dari Universiti Malaya memenangi tempat #1 Anugerah Pilihan Orang Ramai dengan lebih daripada 6,200 undian awam. Reka bentuk pencinta alam mengharmonikan persekitaran yang dibina dengan alam semula jadi untuk menghasilkan “bandar taman”—lapangan terbang masa depan arketip yang membentuk lambang konteks budayanya. Terletak di Singapura, konsep ini menyemai pendekatan pencinta alam dan kemampanan kepada setiap elemen reka bentuk untuk membayangkan semula lapangan terbang sebagai model kemampanan sambil menguatkan identiti kebangsaan negara.

“Konsep ini menarik dengan hubungan yang kuat terhadap struktur sedia ada dan tumpuan kepada persekitaran,” kata Lois Kramer, ahli Juri FGC 2020 dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di KRAMER aerotek inc. “Reka bentuknya mempunyai daya tahan dalam caranya menangani pencemaran udara dan kemungkinan evolusi mod pengangkutan.”

Mendapat lebih 5,900 undian awam, O’Pon the Hill Airport, memenangi tempat #2 Anugerah Pilihan Orang Ramai. Direka bentuk oleh Ridwan Arifin, Imaduddin Dhia Ul-Fath dan Ervin Dwiratno dari Yogyakarta University of Technology, konsepnya menggabungkan budaya, sejarah dan teknologi untuk membayangkan masa depan Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare. Terminal futuristik ini bercirikan Pelantar Udara Pintar bagi memuatkan pelepasan dan pendaratan menegak. Pelantar Udara Pintar lengkap dengan nanoteknologi dan memeriksa prestasi pesawat. Selain itu, Pod Penggerak Orang menggerakkan penumpang sepanjang terminal, meningkatkan aliran dan pengalaman penumpang secara keseluruhan.

Ahli Juri Fentress Global Challenge 2020
Pemenang tahun ini telah dipilih dengan teliti oleh tujuh ahli juri terhormat yang merupakan pakar dalam penerbangan, seni bina dan kejuruteraan.

Ahli Juri termasuklah:

  • Curtis W. Fentress, FAIA, RIBA – Ketua Reka Bentuk, Fentress Architects
  • Agatha Kessler – Pengerusi, Fentress Architects
  • Lois Kramer – CEO, KRAMER aerotek inc.
  • George Miller – COO, Richard Meier & Partners Architects LLP
  • Dr. Patricia A. Ryan – Presiden, Decision Services International
  • Somer Shindler – Pemilik, J. Shindler Solutions
  • Bradley D. Schulz, FAIA

Pandang ke Hadapan
Masa depan penerbangan dan reka bentuk terminal lapangan terbang merupakan visi yang sentiasa berubah. Fentress Global Challenge menyediakan platform penting untuk pelajar menguji inovasi mereka dan menyemarakkan kreativiti mereka. Dengan tahun baharu yang bakal menjelang, Fentress teruja untuk bersiap sedia bagi Fentress Global Challenge 2021. Pendaftaran akan dilancarkan tidak lama lagi. Untuk kekal termaklum tentang pertandingan tahun hadapan, sila lawati: https://fentressglobalchallenge.com/.

Untuk memuat turun kit akhbar, lawati: https://fentressarchitects.sharefile.com/d-s2dca221fe9343aa8.

Untuk memuat turun imej pemenang tahun 2020, lawati: https://fentressarchitects.sharefile.com/d-sa28489802d04edbb.

Fentress Global Challenge
Fentress Global Challenge (FGC) ialah pertandingan reka bentuk pelajar antarabangsa tahunan. Sejak penubuhannya pada tahun 2011, ribuan penyertaan dari lebih 75 negara telah bertanding untuk penghormatan tertinggi. Salinan ringkasan pertandingan tahun ini boleh didapati di: https://www.fentressglobalchallenge.com/competition-brief. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fentress Global Challenge, sila lawati https://fentressglobalchallenge.com.

Perihal Fentress Architects
Fentress Architects ialah firma reka bentuk global, yang berusaha menghasilkan ciptaan seni bina mampan dan ikonik yang menambah baik persekitaran manusia dengan penuh semangat. Sebagai organisasi yang dinamik, Fentress terdorong untuk mereka bentuk, menginovasi dan menjangkaui jangkaan klien. Sejak ditubuhkan pada tahun 1980 oleh Curtis Fentress, portfolio kerja yang disiapkan firma adalah bernilai melebihi $43 bilion, telah berkembang untuk berkhidmat kepada lebih daripada 650 juta orang setiap tahun dan telah diberikan penghormatan lebih daripada 550 anugerah untuk kecemerlangan reka bentuk dan inovasi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fentress Architects, sila lawati https://fentressarchitects.com/. Berhubung dengan Fentress di FacebookInstagramTwitter, atau LinkedIn.

Orang Hubungan Media
Cassidy Humphrey
Fentress Architects
Pejabat: 303.282.6190
Selular: 949.606.3116
humphrey@fentressarchitects.com


Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e04b0ec8-d92b-4843-8af1-43f84ddc04f4
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/eb22e3d8-7e7e-41d5-8970-78e9bfb86493
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d0572b9e-3049-4c1e-a08e-dea7cb41dd54
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/62ba9363-0bc0-4bb7-98fd-aa222a2c4ca5
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/bd53c57c-2da3-46f4-9847-b503482a7170
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4957f60c-55f0-41af-9bf6-11db3bb191c0
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cd0dea87-6c4d-470d-8319-a3933ed21e13