Kolam Renang Paling Tinggi di Hemisfera Selatan Diperkenalkan di Australia 108


MELBOURNE, Australia, Feb. 08, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pembangun dari Singapura World Class Global telah memperkenalkan kolam renang tertinggi di Hemisfera Selatan di pencakar langit supernya, Australia 108, di Melbourne, sementara mereka membuka pintu kepada ‘Starburst’ emas ikoniknya.

‘Kolam renang dwifiniti’ yang berbentuk dwitrapezoid pada aras 70 menara mewah berketinggian 319 meter terletak 212 meter dari atas permukaan dan menjulur empat dari atas jalan di bawah untuk menawarkan pengalaman berenang yang tiada bandingannya.

Kolam renang ini adalah kolam renang tertinggi yang dibina di dalam persekitaran apartmen dan merupakan yang kedua tertinggi di dunia, hanya di belakang kolam renang aras 118 Ritz-Carlton di Hong Kong pada ketinggian 484 tinggi.

Dengan panjang 18 meter dan 5.3 meter pada titik terluasnya, bahagian kolam renang yang menghadap arah utara ini menawarkan pemandangan panorama latar langit yang tiada tolok bandingannya, sementara bahagian selatannya memperlihatkan Port Phillip Bay, Albert Park Lake dan Dandenong Ranges.

Kedua-dua kolam renang telah diperkenalkan untuk pusingan rasmi pertamanya sebagai sebahagian daripada pelancaran Star Club Australia 108, dua aras pengalaman kediaman yang tiada tandingannya yang menjangkaui 2,800 meter persegi di dalam bangunan Starburst.

Kemudahan lain untuk memastikan penduduk kekal sibuk termasuklah ruang istirahat penduduk, ruang mesyuarat, bilik makan, teater, dua gimnasium luas serta taman langit menegak – dibayangkan akan menjadi hab komuniti beraras tinggi dan pilihan bekerja dari jauh.

CEO World Class Global, David Ng berkata beliau teruja untuk merasmikan Star Club kepada penduduk, yang menawarkan gaya hidup di Australia 108 kepada tahap baharu.

“Kami amat teruja untuk membuka Star Club kami yang hebat di Australia 108.Ini merupakan pencapaian besar untuk projek ini dan ikon yang hebat bagi latar langit Melbourne, menampilkan dua tempat berenang paling tinggi dan paling mengagumkan di planet ini,” kata En. Ng.

“Star Club memperkenalkan gabungan ruang sosial dan kesejahteraan kepada penduduk Australia 108 yang terletak pada ketinggian yang tidak dicartakan di atas awan.”

Semua penduduk Australia 108 boleh mengakses semua kemudahan Star Club di aras 70, manakala pembeli koleksi premium Cloud Residences menara ini yang terletak di atas Starburst mempunyai tahap kemudahan eksklusif mereka sendiri, termasuk kolam infiniti persendirian pada aras 70 dan seluruh tingkat pada aras 71, termasuk gimnasium eksklusif, bilik makan, pawagam, ruang istirahat dan banyak lagi untuk dinikmati.Ini menambahkan senarai kemudahan yang sudah sedia mengagumkan di aras 11 termasuk sauna dan bilik stim, gimnasium, kolam renang pusingan dan simulator golf.

Nicky Drobis, pengarah di Fender Katsalidis, firma seni bina di sebalik Australia 108, berkata Star Club telah direka bentuk untuk mewujudkan rasa komuniti yang sebenar di menara mega yang terdiri daripada 1105 buah apartmen.

“Objektif utama untuk kami semasa mereka bentuk Starburst adalah untuk mewujudkan persekitaran gaya sivik yang dapat membantu untuk memupuk rasa hubungan yang asli sesama penduduk, seperti sebuah dewan bandar.Kami berasa amat terharu melihat ini direalisasikan dan penduduk menerimanya,” kata Ms Drobis.

“Bintang Komenwel; pada bendera Australia menginspirasikan reka bentuk kami untuk Starburst dan menyokong visi kami untuk mencipta mercu tanda yang benar-benar inovatif dan ikonik bagi Melbourne.”

Pengarah pengurusan Carr, Chris McCue mengatakan bahagian dalam Starburst dicipta dengan fokus pada kesejahteraan dan fleksibiliti penduduk.

“Persekitaran 2020 telah mengesahkan penekanan terhadap kemudahan penduduk dan kesejahteraan berbanding sebelum ini.Bangunan ini menyediakan tempat rehat kohesif dengan limpahan kemudahan untuk benar-benar memperkaya kehidupan penduduk bagi memupuk komuniti,” kata En. McCue.

“Daripada fasa reka bentuk awal, kami telah mengenal pasti peranan yang perlu dimainkan reka bentuk penciptaan visi untuk komuniti menegak.”

Star Club dilengkapi dengan perabot dan aksesori reka bentuk berjenama eksklusif termasuk karya seni oleh Zarah Cassim dari Afrika Selatan, Valerie Sparks dan Laelie Berzon serta Brooke Holm dari Melbourne.Hub Furniture telah membawakan perabot yang menakjubkan daripada Molteni dan Moroso dengan item pameran yang menarik oleh Lowe Furniture, pasu oleh Anna Varendorff dan Bitossi serta pencahayaan oleh Roll & Hill.

Mengangkat dan menetapkan komponen seni bina menjulur Starburst ke dalam kedudukannya memerlukan teknik binaan baharu yang dicipta khusus untuk projek ini oleh Multiplex, termasuk platform pembinaan khas yang membolehkan pekerja memasang struktur lebih daripada 200 meter dari atas tanah dengan selamat.

Pengenalan Star Club adalah sejurus selepas Australia 108 memperkenalkan kediaman ‘Cloud’ yang baru dilengkapkan lewat tahun lalu, termasuklah subemper ‘Nova’ aras 97 yang berharga antara $4,746,000 hingga $5,558,000.

Galeri jualan persendirian terletak di 70 Southbank Boulevard, dengan janji temu persendirian tersedia tujuh hari seminggu.Untuk membuat janji temu, hubungi CBRE di 1300 888 770.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f20f3389-8dc9-45e8-bbf8-fdad6f669b84

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/efba5d5b-b5a2-4a47-b928-ddccdf8f84cf

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b2aca7a3-5559-429c-959e-d7603fcf60ab

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4184ddf6-1a86-441b-906c-40c066f4099e

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/539d1cf0-bf92-4a16-8004-e95a22c284ee 

 

Coordonnées