SEA Electric Memperluas Kehadiran Dunia Menerusi Pertambahan Pasukan Pengurusan Global dan Persembahan Bertenaga di Pertunjukan Trak Brisbane

Penampilan Awam Pertama daripada Rangkaian Penuh Trak Berjenama SEA Electric Telah Menetapkan Rangka Kerja untuk Pertumbuhan Syarikat dalam Pengelektrikan Global


LOS ANGELES, May 28, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pertunjukan Trak Brisbane baru-baru ini (13-16 Mei, Pusat Konvensyen & Pameran Brisbane, Brisbane Selatan, Australia) menyaksikan kehadiran penting syarikat teknologi automotif global SEA Electric yang telah membuat penampilan awam pertama rangkaian penuh trak elektrik sedia dikendalikan yang menggunakan sistem kuasa SEA-Drive® proprietari, penjenamaan SEA Electric yang baharu dan pengumuman tentang kepimpinan global senior yang mengambil alih teraju syarikat di seluruh rantau Asia Pasifik.

Pelantikan Bill Gillespie sebagai presiden Asia Pasifik dan kenaikan pangkat Glen Walker sebagai naib presiden Asia Pasifik telah membawa kepakaran industri pengangkutan dan kenderaan elektrik antarabangsa ke rantau tersebut pada ketika pertumbuhan SEA Electric sedang berlaku di seluruh dunia. Berikutan pelaburan berjumlah US $42 juta baru-baru ini, SEA Electric membawa penyelesaian dan peluang pengelektrikan ke hampir semua pelusuk dunia, dan di Amerika Syarikat, syarikat tersebut telah menambahkan kapasiti pemasangan lanjutan, yang mencipta potensi semasa sebanyak kira-kira 60,000 unit setahun. Pemasangan A.S. selanjutnya, termasuk dalam aspek bateri, dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurut Presiden dan Pengasas SEA Electric Tony Fairweather, SEA Electric bukan hanya mencipta penyelesaian penghantaran kos rendah, tetapi juga telah membangunkan sistem kuasa voltan sederhana/ringan dengan hasil prestasi yang melebihi padanan enjin pembakaran dalaman yang sama penting. “Trak berjenama SEA kami – termasuk SEA 300 dan SEA 500 di Australia – datang daripada kit Semi Knock-Down OEM, menambahkan lebih kecekapan untuk diserahkan kepada pangkalan pelanggan kami sementara menyokong perkembangan pesat OEM dalam segmen ini,” kata Fairweather.

Peranan kepimpinan baharu Gillespie membolehkan beliau untuk meneruskan momentum syarikat, yang terus berkembang di seluruh dunia. “Produk yang dipamerkan di Brisbane telah menetapkan rangka kerja bagi SEA Electric untuk menyertai pengedaran dan pengangkutan OEM dengan lancar, memberikan pilihan pengelektrikan yang baharu dan dikuasakan semula,” kata Gillespie. Tiga model trak EV saiz sederhana semasa dijual melalui sedozen pengedar yang sah di Australia, manakala lebih daripada 220 pengedar A.S. tersedia untuk menyokong keperluan pasaran Amerika Utara.

Pemasangan SKD Memberikan Kecekapan Penyelesaian
Walker menerangkan lebih lanjut tentang aturan komersial tersebut sebagai Operasi Pemasangan Semi Knock Down (SKD) — mencipta kit ‘Peluncur’ SKD – proses tiga hala pertama yang bermula dengan ruang pemandu, rel rangka, roda dan komponen gandar yang tiba di Australia dalam bekas dari Jepun dan dipasangkan setelah tiba bagi menyediakan casis guling untuk menyokong sistem kuasa SEA-Drive® proprietari yang bersesuaian yang digunakan untuk mencipta kenderaan berjenama SEA Electric yang lengkap dipasang. Kenderaan kemudian sedia untuk pengedaran.

Kecekapan operasi pemasangan SKD inilah kekuatan sebenar SEA Electric yang memudahkan penyelesaian dan produktiviti yang boleh diberikan oleh syarikat ini. Dengan ketekalan pemasangan dan proses yang amat cekap, akan berlaku sangat sedikit pembaziran dan komponen tambahan yang biasanya akan dibuang pada proses penaiktarafan lain biasanya dapat disingkirkan.

“Perjanjian kita di A.S. adalah lebih mendalam,” kata Walker. “Kami menggunakan pemasangan SKD dan peluncur tempatan untuk menetapkan tanda aras bagi program yang sedang berlangsung di Amerika Utara dan pasaran SEA Electric lain di seluruh dunia.” Sebagai contoh, apabila bekas di Amerika Syarikat tiba untuk pemasangan SKD, semua pengelektrikan kemudiannya dilaksanakan oleh pemasang berdaftar yang hanya menggunakan teknologi dan penjenamaan sistem kuasa SEA-Drive®. Proses membina trak daripada kit SKD atau casis peluncur memberikan berbilang kelebihan berbanding pilihan penaiktarafan, termasuk kos yang lebih rendah, masa bina lebih cepat dan kurang pembaziran.

Pasaran Amerika Utara, yang baru-baru ini menjadi tempat baharu untuk ibu pejabat SEA Electric yang bertapak di California, mempunyai keupayaan terbesar bagi kapasiti pemasangan pada 60,000 unit setahun. Penambahan Pusat Teknikal Des Moines dan pejabat yang dirancang di Chicago, Brooklyn dan Miami sebelum Ogos tahun ini menunjukkan komitmen SEA Electric terhadap pasaran ini.

Dengan jumlah yang tersedia dan keupayaan hebat untuk menghimpunkan teknologi SEA-Drive® milik syarikat tersebut, SEA Electric menyediakan penyelesaian segera dan jimat kos yang boleh diskala dengan mudah untuk memenuhi keperluan sebarang pengangkutan – sama ada kenderaan penghantaran baharu atau sedia ada yang memerlukan keupayaan pemacu EV baharu. Pengelektrikan industri bas sekolah kuning juga mendapat permintaan yang tinggi di Amerika Syarikat.

Mungkin aspek pertumbuhan perniagaan yang paling penting bagi kit SKD dan pemasangan peluncur OEM adalah keupayaan rangkaian kenderaan SEA Electric untuk tersedia daripada rangkaian pengedar yang menyediakan jualan, jaminan dan sokongan perkhidmatan menyeluruh.

Sistem Kuasa SEA-Drive®
Sistem kuasa SEA-Drive® proprietari SEA Electric datang dalam pelbagai konfigurasi untuk model elektrik sepenuhnya dengan julat GVM 4.5t hingga 26t (iaitu 9,990 paun hingga 57,500 paun GVWR). Setiap satu direka bentuk untuk 3,000 kitaran pengecasan berdasarkan cas semalaman penuh, jika digunakan selama lima hari setiap minggu dan boleh menghasilkan prestasi optimum selama 10 tahun.

Pertunjukan Trak Brisbane menyerlahkan lima model trak berjenama SEA-Electric baharu, termasuk pelancaran SEA 300-45 EV dan SEA 300-85 EV. Kedua-dua model mematuhi ADR sepenuhnya dan dipasang di Melbourne bagi pengedaran Australia.

Masa Depan SEA Electric
Walaupun SEA Electric berasal dari Australia, bersama dengan pelbagai keupayaan pengilangan dan teknologi, pertumbuhan syarikat di Amerika Utara telah menghasilkan model perniagaan yang juga boleh digunakan di Eropah. Lokasi kemudahan pemasangan A.S. semasa berada Illinois, Michigan, North Carolina, Indiana dan California.

Sejurus selepas pengumuman pembiayaan ekuiti US$ 42 juta syarikat baru-baru ini, SEA Electric juga telah mencapai persetujuan urus niaga 1,000 bateri kenderaan elektrik terbarunya daripada rakan kongsi lama teknologi Soundon New

Energy Technology. Urus niaga penting ini menyokong model sistem kuasa utama 70, 100 dan 120 SEA-Drive® proprietari SEA Electric. Kebanyakan unit awal dijadualkan untuk Amerika Syarikat, bakinya akan diagihkan kepada inventori SEA Electric di Australia, New Zealand dan Asia Tenggara, serta kemasukan pertama syarikat ke dalam pasaran Eropah.

Perihal SEA Electric
Syarikat teknologi automotif global SEA Electric telah ditubuhkan di Australia pada tahun 2012, mencipta teknologi sistem kuasa elektrik proprietarinya (dikenali sebagai SEA-Drive®) untuk kumpulan penghantaran dan pengedaran bandar dunia serta aplikasi bas sekolah pacuan depan.

Diiktiraf secara meluas sebagai peneraju pasaran dalam pengelektrikan kenderaan komersial secara global, SEA Electric mempunyai kehadiran global, mengerahkan produknya di enam negara termasuklah AS, Australia, New Zealand, Thailand, Indonesia dan Afrika Selatan dengan lebih daripada satu juta batu pengendalian dan pengujian OEM secara bebas dan dalam perkhidmatan antarabangsa secara kolektif.

Jualan global, khidmat selepas jualan dan kejuruteraan syarikat diwakili dalam semua subsidiari, sementara Amerika Utara, lokasi ibu pejabat syarikat, mempunyai kapasiti pemasangan terbesar untuk SEA Electric pada lebih daripada 60,000 unit setahun.

MUAT TURUN SIARAN AKHBAR
Sila tekan pautan ini untuk memuat turun siaran akhbar ini dan imej SEA Electric versi RESOLUSI TINGGI yang disertakan dan aset editorial sokongan yang lain.

https://www.dropbox.com/sh/dqt5opk580rf4em/AAB2vfLr9s2UsePMwcKqSsMTa?dl=0

Hubungan: Deb Pollack/Komunikasi Strategik

(t) 805.320.9248 (e) deb@debpollack.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 

 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/77af3321-4ff7-4b80-b687-e2264e18e5db/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/147e7737-960e-4586-b145-38e83c1bb1f5/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8036eab5-56f0-419e-8287-1e80f8774dd6/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c0e6adc5-97cf-4680-a191-86d43f2593af/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b8732bf2-6ff6-47d1-af4f-47db028de6df/ms


SEA Electric di Pertunjukan Trak Brisbane 2021 Bill Gillespie, Presiden SEA Electric Asia Pasifik SEA-Drive® SEA Electric SEA M5 EV Glen Walker, Naib Presiden SEA Electric, Asia Pasifik