Uberall Mengumpulkan $115J, Menandatangani Perjanjian untuk Memperoleh MomentFeed

Gabungan yang Menghasilkan Peneraju Global Baharu untuk Penyelesaian Pengalaman Pelanggan ‘Berdekatan Saya’


LOS ANGELES dan BERLIN, June 16, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Uberall, peneraju global dalam penyelesaian SaaS Pemasaran ‘Berdekatan Saya’ hari ini mengumumkan bahawa mereka menerima pelaburan modal sebanyak $115 juta daripada Bregal Milestone, Level Equity, United Internet dan pengurusan Uberall, yang akan digunakan untuk mempercepat pertumbuhan di A.S. dan Kanada.

Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya, Uberall pada masa yang sama mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh MomentFeed, pembekal utama Pengoptimuman Carian Kehampiran di Amerika Utara. Bersama-sama Uberall dan MomentFeed mewujudkan platform Pengalaman Pelanggan ‘Berdekatan Saya’ yang baharu dan lebih berkuasa dengan keupayaan dan capaian global yang tiada tandingan. Syarikat gabungan ini akan mengurus kewujudan dalam talian bagi 1.35 juta lokasi perniagaan, lebih banyak berbanding mana-mana pesaing semasa. MomentFeed dan Uberall mengambil kira banyak jenama berbilang lokasi yang paling besar dan paling mudah dikenali sebagai pelanggan mereka, termasuk BP, KFC, Marks and Spencer, McDonald's dan Pizza Hut.

“Oleh sebab pengguna mula muncul kembali selepas setahun atau lebih sekatan pergerakan, perniagaan kembali berkembang, dan mereka mestilah dapat memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk mendapatkan pengalaman dan perkhidmatan di kedai yang dijangka.” kata Florian Hübner, pengasas bersama dan CEO Uberall. “Gabungan Uberall dan MomentFeed membantu kami menjadi pemimpin yang lebih jelas dengan produk yang lebih inovatif, pasukan bertaraf dunia dan sumber kewangan yang dapat menyampaikan peluang ini dengan sepenuhnya.”

Uberall dan MomentFeed merupakan rakan niaga jangka panjang yang mempunyai visi serupa dan suit produk pelengkap. Platform gabungan ini akan menyatukan penyenaraian yang menerajui pasaran dan produk pengurusan reputasi Uberall, serta ciri pertama-ke-pasaran seperti iklan tempatan Google, dan menggabungkannya dengan keupayaan sosial tempatan MomentFeed yang terbaik dalam kelasnya, analisis sentimen pelanggan dan tawaran perkhidmatan gred perusahaan.

“Setelah memerhatikan trend pasaran adalah ke arah penggabungan, kami mempertimbangkan beberapa buah syarikat yang berpotensi untuk digabungkan. Setakat ini, Uberall merupakan pilihan yang paling kami gemari,” kata CEO MomentFeed, Nick Hedges. “Gabungan ini memberikan makna yang amat strategik kepada pelanggan kami, yang mewakili peneraju jenama omnisaluran A.S. Langkah ini membantu untuk meningkatkan daya inovasi kita yang pesat, memberikan kelebihan yang lebih besar kepada pelanggan dalam dunia Pemasaran ‘Berdekatan Saya’ yang sangat berdaya saing.”

CEO MomentFeed, Nick Hedges akan menyertai pasukan kepimpinan eksekutif Uberall sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Naib Presiden Eksekutif Amerika Utara, unit perniagaan Uberall Amerika Utara yang terkemuka, yang akan mempunyai jejak jualan, perkhidmatan dan kejuruteraan yang penting di California.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Uberall untuk fasa pertumbuhan yang seterusnya. Pelaburan strategik kami akan mempercepat impian Uberall untuk menjadi platform Pengalaman Pelanggan ‘Berdekatan Saya’ yang terkemuka di seluruh dunia. Penyelesaian suit penuh terbeza Uberall tidak dapat disaingi dari segi penyepaduan dan kefungsian, memberi pelanggan kelebihan sebenar untuk mencapai, berinteraksi dan menukar pelanggan dalam talian. Kami berharap akan dapat menyokong Florian, Nick dan pasukan mereka yang berbakat untuk melaksanakan inovasi dan hala tuju pengembangan yang mengujakan.” kata Cyrus Shey, Rakan Kongsi Pengurusan Bregal Milestone.

Perihal Uberall

Uberall memperkasakan jenama terbesar dunia untuk melaksanakan Pengalaman Pelanggan ‘Berdekatan Saya’ — daripada interaksi dalam talian kepada jualan luar talian.

Oleh sebab pengguna hari ini menjangkakan pengalaman omnisaluran, mereka tidak lagi membezakan antara dalam talian dan luar talian. Oleh itu, perjalanan pelanggan ‘Berdekatan Saya’ terdiri daripada semua titik sentuh pengguna di kedai tempatan sesuatu jenama: daripada pencarian, pujukan, pembelian dan cadangan, hingga pengguna kembali sebagai pelanggan tetap. Platform Uberall membolehkan perniagaan merapatkan jurang antara titik sentuh ini dan melancarkan pengalaman pelanggan dan membangkitkan emosi positif dan kepuasan pelanggan.

Uberall, diasaskan pada tahun 2013 dan beribu pejabat di Berlin, Jerman, mempunyai pejabat di 6 buah negara dengan pekerja hampir seramai 300 orang. Buat masa ini, Uberall menyediakan perkhidmatan kepada 1,600 orang pelanggan berbilang lokasi di serata 170 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.uberall.com LinkedIn | YouTube | Facebook Twitter

Perihal MomentFeed

MomentFeed ialah platform Pengoptimuman Carian Kehampiran yang dipercayai oleh banyak jenama berbilang lokasi yang terbesar dalam industri perkhidmatan restoran, runcit, automotif, hospitaliti dan kewangan. Pengoptimuman Carian Kehampiran menarik perhatian ketara daripada CMO berbilang lokasi, jenama dan francais nasional sebagai satu cara untuk dikenali di peringkat tempatan, tepat pada waktu pelanggan memerlukan sesuatu. MomentFeed membolehkan jenama nasional melaksanakan kempen pemasaran hipertempatan secara besar-besaran – memacu kesedaran tempatan, trafik di kedai dan lebih banyak panggilan untuk janji temu dan pesanan.

Diasaskan pada tahun 2010, MomentFeed beribu pejabat di Santa Monica, California. Sebuah Syarikat Pegangan Persendirian Pesat Berkembang Inc 5000, MomentFeed juga dinamakan sebagai Syarikat Terbaik Comparably.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.momentfeed.com Twitter | LinkedIn | Facebook

Maklumat Hubungan:
Adam Brett
516.320.0164
adam@crenshawcomm.com