RapidPulse Dilancarkan Dengan Pembiayaan Siri A $15 Juta untuk Terapi Angin Ahmar Iskemia

Veteran Industri Menyertai Pasukan untuk Menyokong Pembangunan Sistem Pernafasan Berkitar Baharu untuk Angin Ahmar Iskemia


MIAMI, June 24, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- RapidPulse, Inc., syarikat peranti perubatan persendirian yang membangunkan sistem pernafasan baharu untuk merawat angin ahmar iskemia, hari ini mengumumpakn penutupan pembiayaan Siri A $15 juta. Pembiayaan ini didahului oleh Santé Ventures yang menyertai Epidarex Capital, Hatteras Venture Partners, Broadview Ventures, dan Syntheon. RapidPulse merancang untuk menggunakan hasil pembiayaan bagi memajukan Sistem Pernafasan Berkitar RapidPulse™ melalui penilaian klinikal yang dikembangkan dan membina platformnya bagi kateter proprietari.

Sistem RapidPulse™ telah dibangunkan oleh Syntheon, sebuah inkubator peranti perubatan yang menumpukan pada membangunkan peranti perubatan generasi seterusnya. Pelbagai produk mereka, dikomersialkan oleh syarikat peranti perubatan yang paling besar dan paling dipercayai di dunia, telah merawat lebih daripada 50 juta pesakit secara global dalam penggunaan yang terdiri daripada pembedahan laparoskopik, kardiovaskular dan endoskopi fleksibel. Syntheon memiliki lebih daripada 200 paten dikeluarkan sejak penubuhannya lebih 20 tahun yang lalu.

“Kami berasa sukacita untuk bekerjasama dengan sindiket pelabur yang luar biasa untuk menggerakkan tekonologi RapidPulse™ kami ke hadapan dalam klinik,” kata Sean McBrayer, CEO Syntheon yang juga akan berperanan sebagai CEO awal RapidPulse. “Angin ahmar ialah sebab kedua utama kematian dan sebab ketiga utama ketidakupayaan di seluruh dunia dan minit amat penting dalam menambah baik hasil ini. Pelaburan ini akan membantu kami mengembangkan hasil klinikal kami dan beralih kepada kelulusan kawal selia di Amerika Syarikat.”

Menyertai pasukan ini adalah veteran industri Heather Harries dan Cynthia Yang. Heather baru-baru ini berkhidmat sebagai Pengurus Besar untuk perniagaan aorta Terumo dan akan mengetuai pembangunan dan operasi produk untuk RapidPulse. Cynthia akan mengetuai pembangunan klinikal untuk syarikat, selepas bekerja di bahagian neurovaskular Medtronic baru-baru ini.

Dennis McWilliams, rakan kongsi Santé Ventures, menambah, “Heather dan Cynthia membawakan kepakaran domain yang hebat kepada pasukan di RapidPulse dan akan melengkapi pengalaman pembangunan kejuruteraan yang signifikan di Syntheon. RapidPulse merupakan peluang platform distruptif dalam neurovaskular, dan mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil pesakit untuk pesakit angin ahmar iskemia.”

PERIHAL RAPIDPULSE

RapidPulse, Inc. ialah syarikat peranti perubatan persendirian yang membangunkan produk vaskular invasif minimum untuk angin ahkmar iskemik. Syarikat ini sedang memajukan pembangunan Sistem Pernafasan Berkitar RapidPulse™, yang merangkumi pam pernafasan baharu untuk membolehkan pengeluaran darah beku yang cepat dan konsisten dari otak. RapidPulse ialah sampingan Syntheon LLC., sebuah inkubator peranti perubatan khusus untuk membangunkan produk inovatif dalam industri peranti perubatan. Lawati www.rapidpulsemed.com untuk maklumat lanjut.

PERIHAL SANTÉ VENTURES

Santé Ventures merupakan firma pelaburan sains hayat yang melabur dalam syarikat peringkat awal dalam peranti perubatan, bioteknologi dan perkhidmatan kesihatan yang didayakan secara digital. Kami bekerjasama dengan usahawan untuk membina syarikat yang memberikan impak, termasuklah Claret Medical (kini sebahagian daripada Boston Scientific), TVA Medical (Becton Dickinson), Millipede Medical (Boston Scientific) dan Molecular Templates (NASDAQ: MTEM). Diasaskan pada 2006, Santé mempunayi aset di bawah pengurusan di bawah $1 bilion dan mempunyai pejabat di Austin, TX dan Boston, MA. Untuk maklumat lanjut, sila lawati sante.com.

PERIHAL EPIDAREX CAPITAL

Epidarex Capital ialah sebuah firma modal usaha niaga yang membentuk syarikat sains kehidupan yang luar biasa di hab memuncul di AS dan UK. Pasukan berpengalaman Epidarex yang terdiri daripada rakan kongsi pelabur peringkat awal dengan usahawan dan institusi penyelidikan utama untuk mentransformasikan sains bertaraf dunia kepada produk amat berinovatif yang memenuhi keperluan jagaan kesihatan global besar yang masih belum dipenuhi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.epidarex.com

PERIHAL HATTERAS VENTURE PARTNERS

Diasaskan pada tahun 2000 dan berpangkalan di Durham, NC, Hatteras Venture Partners ialah firma modal usaha niaga dengan fokus pada pelaburan jagaan kesihatan pada peringkat benih dan peringkat awal. Melalui enam dana dan lebih daripada $600 juta dalam pengurusannya, firma ini telah melabur dalam usaha sains dan grit keusahawanan dalam bidang farmaseutikal, peranti perubatan, diagnostik, IT jagaan kesihatan, peluang berkaitan dalam perubatan manusia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.hatterasvp.com.

PERIHAL BROADVIEW VENTURES

Diasaskan pada tahun 2008, Broadview Ventures ialah organisasi pelaburan yang dipacu misi. Matlamat utama Broadview adalah untuk meningkatkan kesihatan manusia dalam bidang penyakit kardiovaskular dan angin ahmar melalui pelaburan dalam syarikat peringkat awal yang membangunkan terapeutik, peranti dan diagnostik yang berinovatif. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Broadview Ventures, layari broadviewventures.org.

ORANG HUBUNGAN MEDIA:

Sean McBrayer, info@rapidpulsemed.com, 305-266-3388