Synchronoss Technologies, Inc. Mengumumkan Cadangan Penawaran Awam $100 Juta bagi Saham Biasa


BRIDGEWATER, N.J., June 26, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (SNCR) (“Syarikat” atau “Synchronoss”), peneraju global dan penginovasi dalam produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat berniat menawarkan dan menjual, tertakluk pada keadaan pasaran dan keadaan lain, $100 juta syer saham biasanya dalam penawaran awam yang ditaja jamin. Synchronoss juga menjangkakan untuk memberikan pilihan 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli hingga $10 juta tambahan bagi syer saham biasa yang dijual dalam penawaran, pada harga penawaran awam, setelah ditolak diskaun dan komisen taja jaminan. Tiada jaminan sama ada penawaran ini boleh dilengkapkan atau pun terhadap saiz sebenar atau terma tawaran tersebut.

Semua syer dalam penawaran tersebut akan dijual oleh Synchronoss, dengan hasil bersih penawaran dan daripada penawaran Nota Kanan dan jualan Saham Pilihan Siri B (setiap satu seperti yang diterangkan di bawah), dijangka akan digunakan bagi penebusan sepenuhnya semua syer tertunggak Saham Penyertaan Pilihan Kekal Boleh Ditukar Siri A Synchronoss dan membayar balik jumlah tertunggak bawah kemudahan kredit pusingan Synchronoss.

B. Riley Securities, Inc. (“BRS”) bertindak sebagai penaja jaminan utama dan pengurus penaja jaminan untuk tawaran tersebut. Northland Capital Markets bertindak sebagai pengurus bersama bagi penawaran ini.

Bersama-sama dengan penawaran ini, Syarikat menawarkan, melalui cara tambahan prospektus berasingan, $120 juta jumlah pokok agregat nota kanan yang akan dibayar pada 2026 (“Nota Kanan”). Selain itu, B. Riley Principal Investments, LLC (“BRPI”), sekutu BRS, telah memasuki perjanjian yang menurutnya BRPI telah bersetuju untuk membeli $75.0 juta Saham Pilihan Siri B Syarikat dalam urus niaga persendirian untuk dilengkapkan secara serentak dengan penutupan penawaran.

Syer saham biasa yang diterangkan di atas ditawarkan oleh Synchronoss menurut pernyataan pendaftaran rak pada Borang S-3 yang sebelum ini difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan diisytiharkan sebagai berkuat kuasa oleh SEC pada 28 Ogos, 2020. Tambahan prospektus permulaan yang berkaitan dengan dan menerangkan terma tawaran akan difailkan dengan SEC dan akan tersedia pada laman web SEC di www.sec.gov. Terma akhir tawaran yang dicadangkan akan didedahkan dalam tambahan prospektus akhir yang akan difailkan dengan SEC. Apabila tersedia, salinan tambahan prospektus permulaan yang berkaitan dengan sekuriti ini juga boleh diperoleh dengan menghantar permintaan kepada: B. Riley Securities, Inc., di 1300 North 17th Street, Suite 1300, Arlington, VA 22209 atau dengan menghubungi (703) 312‐9580 atau dengan menghantar e-mel kepada prospectuses@brileyfin.com.

Siaran akhbar ini tidak termasuk tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli sebarang sekuriti ini, tiada jualan sekuriti juga akan dilakukan di mana-mana negeri atau bidang kuasa, kerana tawaran, umpanan atau jualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Perihal Synchronoss

Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran hasil baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran.

Pernyataan Pelabuhan Selamat

Siaran ini mengandungi pernyataan prospektif dalam maksud seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana dipinda, termasuk tetapi tidak terhad kepada pernyataan berkenaan penawaran awam dan jangkaan penggunaan hasil daripadanya. Pernyataan prospektif ini tertakluk pada beberapa risiko, termasuk kepuasan keadaan penutupan lazim yang berkaitan dengan penawaran awam yang dicadangkan dan faktor risiko yang ditetapkan dari masa ke masa dalam pemfailan SEC Synchronoss, termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko yang diperihalkan dalam bahagian “Faktor Risiko” dan bahagian “Perbincangan dan Analisis Keadaan Kewangan dan Hasil Operasi oleh Pengurusan” (sebagaimana berkenaan) Laporan Tahunan Synchronoss pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2020 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q bagi tempoh yang berakhir pada 31 Mac, 2021, yang difailkan dengan SEC dan tersedia pada laman web SEC di www.sec.gov. Selain risiko yang diterangkan di atas dan dalam pemfailan lain Synchronoss dengan SEC, faktor lain yang tidak diketahui atau tidak boleh diramal juga boleh mempengaruhi hasil Synchronoss. Tiada pernyataan prospektif boleh dijamin dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material berbanding pernyataan sedemikian. Maklumat dalam siaran ini disediakan hanya setakat tarikh siaran ini dan Synchronoss tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran ini bagi maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya kecuali seperti yang diperlukan oleh undang-undang.

Media

Diane Rose
CCgroup
diane@ccgrouppr.com

Pelabur

Todd Kehrli/Joo-Hun Kim
MKR Investor Relations, Inc.
investor@synchronoss.com