Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral Uumumkan Butiran Forum Mineral Masa Depan Edisi Ketiga


RIYADH, Arab Saudi, Dec. 13, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada sidang akhbar hari ini, Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral (MIM) mengumumkan butiran edisi ketiga Forum Mineral Masa Depan (FMF), yang akan diadakan di Riyadh 9hb-11hb Januari di Pusat Persidangan Antarabangsa King Abdulaziz.

Berucap di persidangan tersebut, Yang Mulia Naib Menteri bagi Hal Ehwal Perlombongan, Khalid Al-Mudaifer, menantikan pencapaian selanjutnya yang disampaikan oleh Perbincangan Menteri dan FMF 2024. Dalam edisi sebelumnya, kedua-dua platform telah menyaksikan penyertaan daripada menteri dan kumpulan penceramah antarabangsa terkemuka untuk menangani isu-isu dan mejadikan ceramah sebagai tindakan.

Naib Menteri membincangkan peranan unik FMF dalam menjadi satu-satunya tuan rumah Perbincangan Menteri seumpamanya dalam industri. Beliau berkata: "Kami telah berjaya menjadikan pertemuan ini sebagai platform strategik dan berpengaruh yang diketuai oleh kerajaan, memberikan suara untuk banyak negara dan organisasi rasmi."

Lebih 70 buah negara akan diwakili oleh menteri kerajaan dan pegawai tinggi di Perbincangan Menteri pada 9 Januari. Buat julung kalinya, mesyuarat Ketua Tinjauan Geologi akan diadakan serentak dengan Meja Bulat, yang membolehkan institusi membincangkan isu-isu mineral utama di Wilayah Super.

Susulan daripada Perbincangan tersebut, 250 penceramah utama akan mengambil bahagian dalam 75 sesi sepanjang Forum dua hari itu. Kira-kira 90% daripada mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif bagi beberapa syarikat terbesar dalam sektor ini.

“Kami mewujudkan FMF bagi menyokong penyampaian peralihan tenaga dan mewujudkan tanggungjawab, rantaian nilai mineral yang berdaya tahan di Wilayah Super Afrika, Asia Barat dan Tengah. Minggu lepas kami menghadiri COP dan menyampaikan mesej ringkas: tanpa mineral tidak mungkin ada peralihan tenaga,” tambah Al-Mudaifer.

Persidangan itu menyatakan kepimpinan Kerajaan dalam membekalkan tenaga kepada dunia dan peranan besar dalam menyokong pembangunan rantaian nilai berdaya tahan untuk menyampaikan penyelesaian tenaga bersih. Kerajaan itu berpotensi untuk menjadi hab antarabangsa untuk pengeluaran dan pemprosesan mineral hijau. Ini disokong oleh Manara Minerals Company, yang melabur dalam aset perlombongan di peringkat global untuk membantu mencapai kefleksibelan dalam rantaian bekalan global dan mempercepatkan kadar peralihan tenaga.

Untuk mendapatkan senarai penuh penceramah dan maklumat lanjut tentang FMF 2024, sila lawati https://www.futuremineralsforum.com/conference-speakers/.

Foto yang disertakan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/029ac455-d922-4185-bdb6-7b83fa717128

 

Coordonnées