Polpharma Melantik CEO Baharu


STAROGARD GDANSKI, Poland, Sept. 30, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 8 Oktober 2015, Dr Maurice Chagnaud akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Polpharma yang baharu. Polpharma merupakan kumpulan farmaseutikal yang terbesar di Poland. Dr Chagnaud, yang mempunyai pengalaman lebih dua puluh tahun di peringkat pengurusan tertinggi dalam industri farmaseutikal Eropah, dijangka terus memacu perkembangan Polpharma menjadi peneraju serantau di CEE, CIS dan Asia Tengah.

A photo accompanying this announcement is available at http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/793d84b7-01d5-4bc5-a149-db9dcd51e65c

Polpharma Group merupakan antara 20 pengeluar ubat generik yang terbesar di dunia. Ia adalah syarikat ubatan generik terkemuka yang berpangkalan di Poland, beroperasi di seluruh Eropah, CIS dan Asia Tengah, dengan anak syarikat pembuatan di Poland, Rusia dan Kazakhstan. Polpharma membuat pelaburan secara aktif dalam biologik, membangunkan organisasi dalaman yang kukuh dan juga kerjasama dengan pihak luar untuk pembangunan global dan pengkomersialan ubatan biosimilar.

“Matlamat strategik Polpharma adalah untuk menjadi peneraju serantau dan berkembang di luar sempadan semasa kami. Kami berasa kagum dengan pengalaman luas Mr Chagnaud, yang diperoleh di syarikat-syarikat terkemuka antarabangsa seperti Merck Generics, Teva dan Lupin, di mana pencapaian beliau merangkumi membangunkan strategi serantau dan mengubah organisasi ke arah memenuhi cabaran baharu. Saya yakin bahawa beliau akan mengendalikan Polpharma dengan berkesan,  mengenal pasti dan memburu peluang baharu, serta mendorong pasukan kami untuk menampilkan prestasi yang luar biasa bagi menjamin pertumbuhan jangka panjang kumpulan kami,” ujar Jerzy Starak, Pengerusi Lembaga Penyeliaan Polpharma.

Maurice Chagnaud mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam mengendalikan ubatan generik, OTC dan biosimilar di syarikat-syarikat antarabangsa, di mana pencapaian beliau termasuk membangunkan strategi serantau dan mengubah organisasi ke arah memenuhi cabaran baharu. Beliau berkhidmat untuk Merck Generics (Merck KgAa) selama dua belas tahun, bertanggungjawab terhadap semua operasi komersialnya (runcit, hospital dan eksport) di Perancis dan sebagai Pengurus Besar Merck Generics Italia. Sepanjang tujuh tahun berikutnya beliau memegang beberapa jawatan di TEVA: beliau merupakan Pengurus Besar TEVA dan Ivax France, Ketua Pegawai Komersial TEVA Europe, dan Naib Presiden Kanan di Eropah Tengah dan Timur, melaksanakan beberapa pengambilalihan dan penggabungan beberapa syarikat. Paling terkini, beliau berkhidmat sebagai Presiden Eropah - Rusia & CIS dan Ketua Strategi Penyedutan Global di Lupin, di mana beliau membangunkan strategi Eropah merangkumi kawasan geografi baharu, membentuk semula portfolio dan inisiatif komersial baharu. Beliau merupakan doktor dalam bidang perubatan, dan memegang ijazah sarjana MBA dalam bidang pemasaran, kewangan dan pentadbiran.

Sebagai CEO Polpharma yang baharu, Dr Chagnaud akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Markus Sieger, yang telah ditugaskan oleh Lembaga Penyeliaan untuk melaksanakan pengawasan ke atas syarikat untuk enam bulan yang lalu, dan yang akan kekal sebagai Ahli Lembaga Penyeliaan Polpharma.

Maklumat hubungan

Magdalena Rzeszotalska, Pengarah Komunikasi Korporat dan CSR, Polpharma, Telefon: +48 607 696 473, magdalena.rzeszotalska@polpharma.com

Mengenai Polpharma Group
Polpharma Group ialah syarikat ubatan generik terkemuka yang berpangkalan di Poland, beroperasi di seluruh Eropah, Caucasus dan Asia Tengah, dengan anak syarikat pembuatan di Poland, Rusia dan Kazakhstan. Polpharma merupakan di antara 20 pengeluar ubat generik terbesar di dunia dengan jualan tahunan yang berjumlah kira-kira $1 bilion. Portfolio Polpharma Group merangkumi hampir 600 produk dengan 200 produk lagi sedang dalam pembangunan. Ia juga adalah salah satu pengeluar API Eropah yang terkemuka, menyampaikan rangkaian produk untuk syarikat-syarikat farmaseutikal di seluruh dunia. Dalam usaha untuk menyediakan pesakit dengan akses yang lebih berpatutan kepada ubatan biologi moden, Polpharma Group telah membuat keputusan untuk menumpukan pada ubatan biosimilar. Ia telah menubuhkan sebuah pusat R&D dan pengeluaran canggih serta mewujudkan perkongsian strategik di samping meluaskan keupayaannya dalam pembangunan dan pengkomersialan ubatan biosimilar. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Polpharma Group di www.polpharma.pl/en.