RALEIGH, N.C., Nov. 17, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (PRA) (NASDAQ: PRAH) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia akan berpindah ke pejabat baru di Singapura untuk menyokong operasinya yang berkembang di rantau ini. Langkah itu akan membolehkan PRA menyatukan tenaga kerja dan ditempatkan secara strategik berdekatan dengan para pelanggannya di kawasan itu. Lokasi pejabat baru adalah di 21 Jalan Biopolis, Nucleos, Singapura.
‘’Kami sangat teruja mengenai lokasi baru ini,’’ kata Jonathan Newton, Pengarah Kanan Serantau PRA, Operasi Klinikal (Asia Pac). "Singapura adalah sebuah pusat hebat bagi penyelidikan klinikal dan merupakan pusat serantau bagi PRA di Asia Pasifik. Langkah ini mengiktiraf komitmen PRA untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat daripada pelanggan kami dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi di rantau ini."
Sejak tahun 2000, PRA telah mengembangkan keupayaannya secara strategik di Asia Pasifik. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, tenaga kerja Singapura meningkat dua kali ganda dalam saiz. Sejak 2010, PRA telah menjalankan 23 ujian klinikal di Singapura dan 3 projek perundingan bukan klinikal.
"Kami gembira kerana PRA menganggap Singapura sebagai lokasi strategik untuk menyelaraskan operasi di rantau ini dan mengalu-alukan keputusan mereka untuk terus melabur di sini. Pengembangan mereka membantu mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab yang baik bagi syarikat untuk menguruskan ujian klinikal di seluruh rantau Asia Pasifik dan sebagai lokasi penyelidikan klinikal untuk kajian fasa awal," kata Encik Kevin Lai, Pengarah Eksekutif, Sains Bioperubatan dan Perniagaan Pengguna, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB).
Sebagai Urusetia Pusat Penyelarasan APEC untuk Amalan Klinikal Baik (GCP), Singapura memainkan peranan strategik dalam membangunkan GCP di Asia, menerajui inisiatif seperti latihan kakitangan penyelidikan klinikal dan membangunkan persekitaran yang kondusif bagi ujian klinikal berbilang tapak di rantau ini.
Pada tahun 2015, PRA dinamakan Pertubuhan Penyelidikan Klinikal Terbaik di Asia oleh Anugerah Industri Asia BioPharma. PRA juga mendapat pengiktirafan ini pada tahun 2013.
MENGENAI PRA HEALTH SCIENCES
Di PRA Health Sciences, kami menyediakan penyelesaian inovatif untuk pelanggan kami. Kami berusaha untuk memajukan penemuan ubat-ubatan ke hadapan, membantu pelanggan untuk membangunkan ubat yang menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kesihatan. PRA mempunyai lebih daripada 11,000 pekerja yang bekerja di 80+ negara di dunia yang berkhidmat demi pembangunan klinikal yang menyeluruh di semua peringkat. Dari pembangunan klinikal perkhidmatan penuh ke perintis model Embedded Solutions™, PRA menyediakan penyelesaian berspektrum luas yang memenuhi permintaan pasaran yang pelbagai. PRA telah bekerja dengan 100+ dadah yang dipasarkan di beberapa bidang terapeutik dan menjalankan ujian penting atau sokongan yang meraih FDA dan / atau kelulusan kawal selia antarabangsa bagi 50+ ubat-ubatan tersebut.