Clinical Research Malaysia Kurnia Anugerah Pengiktirafan Industri kepada Jeffrey Scott Yablon

Yablon diberi pengiktirafan di Dialog Industri CRM pertama 2016


KUALA LUMPUR, Malaysia, March 23, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Jeffrey Scott Yablon telah menerima Anugerah Pengiktirafan Industri daripada Clinical Research Malaysia atas usaha luar biasanya dalam memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan untuk Penyelidikan Tajaan Industri (Industry Sponsored Research, ISR).

Gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di  http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/528a88b7-a898-4d3f-840e-ec343f0b0002

“Saya berbesar hati kerana telah diberi pengiktirafan oleh Clinical Research Malaysia dengan anugerah ini,” ujar Yablon. “Meluaskan perniagaan di Malaysia telah membuka pelbagai peluang untuk banyak pihak. Malaysia menawarkan manfaat yang unik kepada industri penyelidikan klinikal dan saya sangat berbesar hati kerana mendapat pengiktirafan atas usaha saya bagi pihak rantau ini.”

Semasa Dialog Industri CRM yang dilangsungkan pada 16 Mac, 2016, Yablon diberi pengiktirafan atas dua usaha utama beliau iaitu mempromosikan penyelidikan klinikal di Malaysia dan juga membangunkan ekosistem penyelidikan klinikal di dalam negara.

Yablon yang memimpin operasi Asia/Pasifik untuk InClinica – sebuah CRO klinikal global– mempunyai pengalaman selama lebih daripada 20 tahun dalam bidang pengurusan sains hayat. Yablon yang telah lama menyokong usaha meluaskan peluang perniagaan di Asia juga bertanggungjawab untuk membangunkan sebuah program latihan dan pensijilan penyelidikan klinikal untuk InClinica.

Yablon memegang ijazah Sarjana Muda dari Stockton University, ijazah Sarjana dalam Farmakologi Klinikal dari Stony Brook University dan EMBA dalam Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dari Fairleigh Dickinson University.


            

Contact Data