FNC lancarkan seruan global untuk menjadikan penuaian biji kopi di Columbia lebih cekap

Seruan awam dan terbuka ini bertujuan untuk mengenal pasti cadangan penyelesaian inovatif daripada usahawan, kumpulan penyelidikan dan/atau syarikat yang membuat penuaian biji kopi terpilih di Colombia lebih cekap


BOGOTA, Colombia, Sept. 06, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Colombian Coffee Growers Federation (FNC) melancarkan seruan global baru-baru ini untuk menjadikan penuaian biji kopi terpilih di Colombia lebih cekap.

Seruan awam dan terbuka yang dinamakan "CoffeepickINN" ini merupakan cabaran yang bertujuan untuk mengenal pasti cadangan penyelesaian inovatif daripada para usahawan, kumpulan penyelidikan dan/atau syarikat yang menjadikan penuaian biji kopi terpilih di Colombia lebih cekap.

Seruan ini bakal mendapat sokongan Connect Bogota-Region, iaitu organisasi pakar dalam memudahkan inovasi terbuka, keusahawanan dan proses pemindahan teknologi.

"Kami mahu menjanakan nilai kongsi di antara penyokong dengan FNC melalui pembangunan inovasi bersama yang menyelesaikan masalah kos buruh yang tinggi dalam penuaian biji kopi di Colombia yang berhasrat untuk meraih keberutungan yang lebih tinggi bagi pengeluar," kata CEO FNC, Roberto Velez.

Pihak yang menyerahkan cadangan mereka perlu menyedari bahawa, untuk mencapai kecekapan yang lebih tinggi dalam penuaian biji kopi, mereka perlu menangani punca yang berlainan bagi masalah ini, termasuk faktor teknologi, pertanian, manusia dan ekonomi, di bawah syarat khusus persekitaran Columbia.

Pihak yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang cabaran, borang pendaftaran, tarikh akhir serta terma dan syarat lain bagi seruan itu, yang berlangsung dari 10 Julai hingga 29 September 2017 di www.coffeepickinn.com.

Sebagai insentif, FNC mempunyai himpunan sumber (dalam bentuk tunai dan barangan) untuk dilaburkan dalam pembangunan bagi penyelesaian dan pelaksanaannya di Colombia melalui perniagaan yang boleh menguntungkan dan boleh diskala atau melalui kerjasama atau perjanjian kerjasama.

Menyasarkan usahawan, syarikat dan/atau penyelidik

Seruan ini menyasarkan kumpulan usahawan, syarikat dan/atau penyelidik pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang mempunyai idea, bakat dan teknologi yang diperlukan untuk menyelesaikan cabaran melalui inovasi sains atau teknologi:

  • Kumpulan usahawan: Orang asal dan sah di sisi undang-undang yang membangunkan perniagaan atau syarikat baharu.
  • Syarikat: Perusahaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang.
  • Kumpulan penyelidikan: Tahap Sarjana atau PhD di universiti.

Penyelesaian bolehlah cara yang dibangunkan separa dalam industri lain atau dalam proses penyelidikan. Oleh itu, seruan ini juga menggalakkan penyokong untuk menerima guna penyelesaian bagi bertindak terhadap cabaran yang dicadangkan.


            

Contact Data