Pencarian untuk Inovator Arab Terbaik Diteruskan dalam Musim 9 bagi Stars of Science yang Epik

Inisiatif media Qatar Foundation menyediakan pentas untuk belia Arab membina warisan inovasi


DOHA, Qatar, Sept. 22, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Stars of Science kini kembali! Rancangan TV realiti Bahasa Arab nombor satu yang memacu minat dalam sains dan inovasi dalam kalangan belia Arab kembali ke udara bagi musim ke 9 yang penuh dengan keseronokan dan kepintaran. Inisiatif Qatar Foundation tersebut berusaha mencari, membimbing dan memperkasa inovator muda terbaik di rantau Arab. Berjaya atau gagal, musim baru ini menjanjikan naik turun mereka menghadapi rintangan dengan sepenuhnya. Barisan juri yang serba baru, kemunculan istimewa oleh alumni yang popular dan finale akhir pasti mendebarkan anda. Rancangan ini akan disiarkan di beberapa saluran TV berlainan di seluruh rantau. Lawati www.starsofscience.com untuk panduan siaran penuh bagi saluran dan masa siaran.

Foto untuk siaran ini tersedia di:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/553de97b-ac56-433d-a75d-75b27931191b

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5bf121c7-2a32-4513-b20a-c82c71d749c8

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9796b287-db05-4981-bf5c-db6c723678a3 

Stars of Science membolehkan semua orang menyaksikan calon-calon yang bercita-cita tinggi untuk membangunkan inovasi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan. Pengelamun dan pelaksana bersaing untuk mencipta nama di dunia menerusi sains dan inovasi. Pengembaraan mereka hanya akan bertahan jika mereka berjaya menarik perhatian juri dan meyakinkan penonton mereka. Ini adalah pertandingan kebolehan akal dan ketahanan, bukannya kekuatan tubuh badan. Hanya seorang calon dimahkotakan sebagai inovator terbaik dunia Arab pada penghujung musim 10 minggu ini.

Kejayaan di Stars of Science tidak datang dengan mudah. Ribuan belia berharap untuk mendapat tempat dalam rancangan itu. Peluang luar biasa itu bukan sahaja dicari oleh orang yang pintar. Rancangan ini telah memaparkan semua jenis belia; pengembara, ahli falsafah serta pencari wang. Mereka mempunyai satu persamaan: keazaman yang kuat untuk menyelesaikan masalah. Empat finalis akan melepasi pusingan penyingkiran untuk berkongsi hadiah tunai berjumlah USD600 ribu yang dinilai oleh juri dan undian dalam talian awam pada minggu terakhir siaran. Keputusannya akan diumumkan pada finale yang hebat dan disiarkan menerusi pelbagai saluran TV yang berlainan.  

Ketua Media Qatar Foundation, Khalifa Al Kubaisi, mengatakan: “Objektif Stars of Science adalah untuk membawa perubahan positif. Ia berfungsi sebagai pemangkin untuk membangunkan produk baru yang akan memberi manfaat kepada komuniti yang kita diami. Pembinaan keupayaan inovasi amatlah diperlukan di dunia Arab. Rancangan TV ini memberikan imbasan kepada bakat yang berusaha merealisasikan impian tersebut. Mereka yakin dan berani, tetapi kita juga melihat mereka bergelut dengan rintangan dan halangan. Dengan menggalakkan belia Arab untuk menjadi penyelesai masalah sains dan teknologi, kita memupuk budaya inovasi dan kemajuan.”

Pada sepanjang musim, inovator Stars of Science mesti memenuhi kehendak tiga orang juri untuk mengelak penyingkiran. Profesor Fouad Mrad yang mengagumkan kembali. Begitu juga rakannya, Profesor Abdelhamid El-Zoheiry yang licik. Tambahan baru Profesor Khalid M. Al-Ali yang tenang dan berwawasan berjanji untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pasukan itu.

Profesor Mrad berkata: “Stars of Science telah menjadi platform yang kuat untuk mengecas idea inovatif dan menukarkannya menjadi produk yang canggih. Rancangan ini penting dalam mendedahkan kemungkinan tanpa batasan untuk sains dalam kehidupan seharian. Bilangan belia Arab yang memfailkan paten, memulakan perniagaan dan membangunkan produk baharu selepas menyertai rancangan ini menjadi bukti fakta ini. Mereka telah menetapkan standard yang tinggi, oleh itu kumpulan inovator yang baru perlu berusaha dengan lebih gigih. Saya mahu mencetuskan semangat buat mereka. Yang pastinya Profesor El-Zoheiry dan juri kali pertama Dr. Al-Ali akan memberikan kejutan mereka sendiri.”

Stars of Science memaparkan sepuluh episod pantas yang mencabar semua inovator untuk mengalahkan saingan mereka. Episod dibahagikan kepada empat pusingan – pemilihan, prototaip, pengesahan pelanggan dan finale.

Daripada empat orang yang sampai ke akhir musim, kedudukan mereka ditentukan oleh kombinasi undian juri dan awam di dalam talian. Pemenang akan menerima sebanyak USD 300 ribu sebagai dana untuk menjayakan idea mereka. Finalis yang mendapat tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan dihadiahkan USD 150 ribu, USD 100 ribu dan USD 50 ribu.

Keyakinan pemenang musim ini akan meningkat kerana Stars of Science mempunyai rekod baik dalam menyokong inovator dan penyelesai masalah pan-Arab, serta menukarkan idea yang bernas menjadi projek dan perniagaan yang berjaya. Rancangan itu melengkapkan inovator dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan, penyelidik dan saintis pada masa hadapan.

Terkenal dengan sumbangan uniknya kepada ekosistem perusahaan merentas rantau, impak rancangan itu dirasai menerusi kisah kejayaan ramai alumninya.

Sejak pelancaran rancangan itu pada tahun 2008, alumni SOS telah mengumpulkan USD 14,545,918 secara bebas menerusi pendapatan, modal teroka dan geran penyelidikan. Mereka menubuhkan lebih daripada 19 perniagaan dan meluangkan masa secara sukarela untuk menggalakkan dan memberi inspirasi kepada ribuan belia Arab dari seluruh rantau. Alumni telah terlibat dalam bengkel, ceramah dan aktiviti membina komuniti yang termasuk ruang pencipta, sekolah dan makmal Fab mudah alih.

Untuk panduan siaran penuh atau untuk mengikuti episod sila pergi ke www.starsofscience.com

Sila lawat:

Tapak web - www.starsofscience.com

Facebook - https://www.facebook.com/StarsofScienceTV

Twitter - https://twitter.com/starsofscience

Youtube- http://www.youtube.com/user/Starsofsciencetv

Instagram- starsofsciencetv

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Hanane Rougani

T + 974 40 42 1700

_________________

Stars of Science

Stars of Science, format TV “realiti pendidikan hiburan” terunggul yang dimulakan oleh Qatar Foundation adalah sebuah rancangan inovasi peneraju dunia Arab yang memperkasa usahawan sains dan teknologi di rantau itu.

Pada sepanjang musim sembilan inovator dicabar untuk membangunkan penyelesaian kreatif untuk masalah serantau di dalam bidang pengkomputeran & teknologi maklumat, tenaga, alam sekitar dan kesihatan. Panel juri yang pakar menilai dan menyingkirkan inovator dan projek mereka pada episod Prototaip dan Pengesahan Pelanggan sehingga hanya empat orang yang tinggal. Empat finalis ini akan bertanding untuk dana berjumlah $600,000 yang ditentukan oleh perbincangan juri dan undian dalam talian daripada orang awam.

Stars of Science disiarkan setiap Sabtu bermula pada 23 September 2017 sehingga 25 November 2017. Sila lawati www.starsofscience.com untuk senarai penuh Broadcasters atau untuk mengikuti episod.

Qatar Foundation – Membuka Kunci Potensi Insan

Qatar Foundation untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti (QF) adalah organisasi persendirian dan bukan untung yang menyokong Qatar dalam perjalanannya daripada ekonomi karbon kepada ekonomi pengetahuan dengan membuka kunci potensi insan, bukan sahaja untuk manfaat Qatar, tetapi untuk sedunia. Diasaskan pada tahun 1995 oleh Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, ayah kepada Emir, QF dipengerusikan oleh Sheikha Moza bint Nasser. 

Tugas QF merangkumi pendidikan, penyelidikan dan pembangunan komuniti. Universiti bertaraf dunia dibawa ke Qatar untuk membantu mencipta sektor pendidikan di mana belia boleh membangunkan sikap dan kemahiran yang diperlukan untuk ekonomi pengetahuan. Pada masa yang sama, QF membina kapasiti inovasi dan teknologi Qatar dengan membangunkan dan mengkomersialkan penyelesaian menerusi sains penting. Qatar Foundation juga berusaha untuk memupuk masyarakat progresif sambil meningkatkan kehidupan budaya, melindungi warisan Qatar dan memenuhi keperluan sosial dalam komuniti.

http://www.qf.org.qa/