Fortum Mengatur Teknologi DigitalRoute untuk Mendayakan Perkhidmatan Dipacu Data yang Menyokong Transformasi Sektor Tenaga

Utiliti Eropah Fortum memacu transformasi digital dalam sektor tenaga, bersama dengan DigitalRoute. Bermula dengan penyelesaian digital untuk perdagangan tenaga, dengan mengatur algoritma pembelajaran mesin berdasarkan Platform Pengoptimuman Data DigitalRoute, syarikat kini mengambil langkah seterusnya dalam membina perkhidmatan dipacu data dalam sektor tenaga.


STOCKHOLM, Sweden, Dec. 20, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- DigitalRoute, syarikat Integrasi Data dan Pengurusan Data terkemuka, dan pembekal tenaga utama Eropah, Fortum, telah bersama-sama mengumumkan kejayaan menyiapkan projek Proof of Concept. Fortum adalah syarikat tenaga bersih terkemuka yang menawarkan penyelesaian elektrik, pemanasan dan penyejukan serta memacu perubahan untuk dunia yang lebih bersih.

Fortum mencari platform yang didayakan IoT untuk membangunkan penyelesaian dipacu data dan kini memilih untuk bekerjasama dengan DigitalRoute. Platform DigitalRoute membenarkan komunikasi masa nyata antara aset, loji, sumber data dan sistem perniagaan bagi menghasilkan data berkualiti optimum yang dapat digunakan untuk permudahkan pengaturan penyelesaian baharu dan mengoptimumkan proses-proses utama.

Proof of Concept yang baru-baru ini difokuskan pada pengoptimuman dua proses operasi yang berlainan, yang kedua-duanya menonjolkan manfaat Kualiti Data; untuk mendapatkan data yang berkualiti tinggi dan kemudian menggunakan pembelajaran mesin untuk mengoptimumkan keputusan perdagangan.

Kes Diguna menunjukkan cara penyelesaian DigitalRoute dapat digunakan untuk meramalkan harga intrahari di pasaran Tenaga Nordic menggunakan data luaran dan dalaman. Integrasi langsung antara Platform Pengoptimuman Data DigitalRoute dan sumber data pasaran membolehkan pembekal ini meningkatkan kawalan operasi, kelajuan dan ketangkasan komersial.

Naib Presiden, Pengoptimuman Perdagangan dan Aset Fortum, Simon-Erik Ollus, mengamati: “Dengan kerjasama bersama DigitalRoute, kami dapat meningkatkan momentum kami di pasaran serta mampu diri kami. Kita boleh menumpukan pada memudahkan pengaturan penyelesaian baharu dan mengoptimumkan proses perniagaan untuk mempercepatkan masa memasuki pasaran.“

Fortum kini akan menggunakan pengalaman daripada Proof of Concept dalam bidang lain seperti pengoptimuman operasi dan penyelenggaraan bagi infrastruktur pengecasan, perkhidmatan Smart Living dan penyelesaian selanjutnya dalam perdagangan tenaga.

CEO DigitalRoute, Andreas Zartmann berkata: "Teknologi kami membawa perubahan kepada penyedia utiliti canggih dan kami sangat gembira kerana Fortum bekerja dengan kami untuk menunjukkan cara syarikat tenaga boleh menggunakannya untuk menukarkan inovasi daripada peluang menjadi kejayaan komersial. Kami juga teruja untuk bekerjasama dengan pemain yang berwawasan dalam industri yang pantas berubah. Sekali lagi, ini menggariskan skop cabaran yang luas yang boleh ditangani oleh teknologi DigitalRoute.”

Perihal DigitalRoute®

DigitalRoute telah menyediakan pendekatan baharu untuk integrasi data dan pengurusan data sejak tahun 1999. Teknologinya menawarkan pencapaian yang tinggi dan menyediakan satu tahap yang unik untuk kebolehan konfigurasi pengguna, memproses semua penggunaan dan data statistik yang diekstrak daripada rangkaian aset yang berkaitan. Ini bermakna pelanggan mendapat kecekapan kos yang lebih tinggi, mempercepatkan masa memasuki pasaran untuk penawaran perkhidmatan baharu, keupayaan untuk pengewangan mana-mana data dan cara untuk meningkatkan kepuasan pelanggan akhir. DigitalRoute membuat acara rangkaian tersedia untuk sistem yang betul dalam format yang betul dalam jumlah yang paling sesuai pada masa yang diperlukan, tanpa kehilangan walau satu bit. Ini adalah asas bagi menangani pelbagai kes penggunaan kritikal misi.

Lebih daripada350 buah syarikat terkemuka di seluruh dunia menggunakan teknologi DigitalRoute untuk memenuhi keperluan pengurusan data mereka, termasuk beberapa rakan kongsi OEM yang menggunakan platform kami sebagai bahagian tengah bagi tawaran mereka sendiri. DigitalRoute dibina berdasarkan nilai teras Kepakaran, Keterbukaan Minda dan Komitmen. Dengan hampir 200 orang pekerja, syarikat beribu pejabat di Stockholm, Sweden dengan pejabat serantau di Gothenburg, Atlanta dan Kuala Lumpur. DigitalRoute adalah sebuah syarikat milik swasta yang disokong oleh usahaniaga.

Untuk maklumat lebih lanjut atau wawancara dengan Andreas Zartmann hubungi:

Sancha Brody, Hubungan Media & Juruanalisis
E-mel: sancha.brody@digitalroute.com
Telefon: +44 (0)7376 366855

https://www.facebook.com/DigitalRoute
https://twitter.com/digital_route
https://www.linkedin.com/company/36031?trk=tyah

DigitalRoute dan MediationZone adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Digital Route AB. Semua tanda perniagaan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.