Crocus Technology Menerima $35J Pembiayaan

Pusingan terakhir pembiayaan untuk menjana pertumbuhan pesat perniagaan sensor magnet TMR Crocus


SANTA CLARA, Calif., April 27, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology, pembekal sensor inovatif Tunnel Magneto-Resistance (TMR) yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh $35J pembiayaan melalui gabungan hutang dan ekuiti daripada pelabur dalaman dan sumber luaran. Pembiayaan ini akan membenarkan Crocus Technology untuk memacu pertumbuhan pendapatan dengan mengembangkan sumber operasi dan pemasarannya dan dengan melabur pada pembangunan produk inovasi secara berterusan untuk memenuhi permintaan pasaran baharu dan sedia ada.

Teknologi MLU proprietari Crocus membolehkan produk sensor TMR untuk mempunyai kepekaan magnetik yang tinggi dengan variasi minimum dalam julat suhu yang luas, ditambah dengan penggunaan kuasa ultra-rendah, yang menjadikannya penyelesaian pengesan yang ideal untuk aplikasi IoT, mudah alih, automotif, perubatan dan perindustrian. Produk sensor bersepadu TMR Crocus dibenamkan semasa proses CMOS untuk memberikan penyelesaian monolitik yang menjimatkan kos dan memastikan kebolehpercayaan dan kekasapan yang lebih besar.

Pasaran dunia untuk sensor magnet dijangkakan berkembang pada 8.77% CAGR dari 2017 hingga 2023, dengan keuntungan dijangka untuk mencapai $5.37 bilion USD pada 2023. “Pasaran sensor magnet berterusan mengalami pertumbuhan dalam semua segmen dengan aplikasi automotif, perindustrian, perubatan dan pengguna, menerajui permintaan,” kata Sachin Garg, Penganalisis Kanan, MarketsandMarkets. “Secara khususnya, sensor TMR dijangka untuk berkembang pada 9.41% CAGR untuk 5 tahun seterusnya kerana kelebihan prestasinya menawarkan nilai penyelesaian yang lebih besar untuk produk akhir OEM berbanding teknologi dan produk magnet yang terdahulu.”

Penanaman modal ini akan membenarkan Crocus untuk:

  • Mengembangkan pasukan komersial untuk memacu pertumbuhan pendapatan dengan lebih lagi di seluruh dunia
  • Membangunkan produk baharu untuk mengembangkan portfolio produknya dan mencipta penyelesaian yang menghasilkan pasaran dan aplikasi baharu; dan
  • Meluaskan portfolio patennya untuk memantapkan pimpinannya dalam teknologi TMR.

“Pusingan terakhir $35J in akan membantu kedudukan Crocus dalam menyokong perniagaan sensor magnetnya yang pesat membangun,” kata Michel Desbard, CEO Crocus Technology. “Pada tahun lalu, pasukan di Crocus telah membuat kemajuan yang ketara di semua bahagian hadapan perniagaan dan sedia untuk memacu pertumbuhan pendapatan dan mencapai keuntungan pada penghujung tahun ini.”

Perihal Crocus Technology

Crocus Technology membangunkan dan membekalkan sensor magnet dan penyelesaian memori terbenam berdasarkan teknologi sensor TMR yang telah dipatenkan miliknya, Magnetic Logic Unit™ (MLU™). Sensor magnet Crocus memberikan kelebihan yang ketara kepada aplikasi elektronik industri dan pengguna yang memerlukan kepekaan yang tinggi, prestasi suhu yang stabil, tenaga yang rendah dan berkos rendah. Crocus beribu pejabat di Santa Clara, California dan mempunyai pejabat di Grenoble, France serta di Beijing dan Shenzhen, China. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.crocus-technology.com.

Siaran akhbar ini mengandungi ramalan dan kenyataan masa hadapan yang lain tentang peristiwa masa hadapan atau prestasi kewangan masa hadapan kami. Semua kenyataan kecuali fakta dan keadaan masa kini dan sejarah yang terdapat dalam siaran ini, termasuk sebarang kenyataan tentang hasil operasi dan kedudukan kewangan masa hadapan kami, strategi perniagaan, rancangan dan objektif kami untuk operasi masa hadapan, adalah kenyataan masa hadapan (dalam erti Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda, serta Seksyen 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934, seperti yang dipinda). Kenyataan ini hanya ramalan dan mencerminkan kepercayaan dan jangkaan semasa kami berkenaan peristiwa masa hadapan dan adalah berdasarkan anggapan serta mempunyai risiko dan ketidaktentuan dan boleh berubah pada bila-bila masa. Peristiwa atau hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang terkandung dalam ramalan atau kenyataan masa hadapan. Kenyataan masa hadapan di dalam siaran ini dibuat menurut peruntukan selamat yang terkandung dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995.

© 2018 Crocus Technology International Corp. Hak cipta terpelihara. Crocus Technology, MLU dan gabungan daripadanya adalah tanda dagangan Crocus Technology Inc. dan Crocus Technology SA. Nama lain adalah untuk tujuan informasi sahaja dan mungkin tanda dagangan pemilik masing-masing

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:   

Wayne Seto
Crocus Technology
Tel: +1-408-380-8316
E-mel: wseto@crocus-technology.com