Motion Gestures melancarkan platform pengecaman gerak isyarat baharu dan menutup $1.65 milion USD dalam biaya benih


Perisian baharu membolehkan pengecaman gerak isyarat dilakukan dalam masa beberapa minit, tanpa pemprograman atau input data.

WATERLOO, Ontario, May 09, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Motion Gestures, syarikat permulaan pembelajaran mesin Kanada yang mengkhusus dalam perisian pengecaman gerak isyarat hari ini melancarkan platform baharu untuk aplikasi pengecaman gerak isyarat. Perisian tersebut merupakan kemajuan yang signifikan berbanding pendekatan konvensional dan menjimatkan banyak masa, kos dan tenaga untuk membina antara muka gerak isyarat bagi sebarang sistem, peranti, atau aplikasi. Ia menyokong gerak isyarat dengan pelbagai jenis sensor gerakan, sentuhan dan penglihatan dan boleh digunakan pada awan, get laluan/hab dan platform dibenamkan.

Tonton video kami!

Teknologi yang sedang menunggu paten itu mendefinisikan pengecaman gerak isyarat unik dalam enam cara:

  • Tidak perlu mengekodkan gerak isyarat tersuai. Hanya lukis trajektori gerak isyarat yang dimahukan pada telefon bimbit atau skrin tablet dan edit gerak isyarat.
  • Tidak perlu mengumpul data untuk melatih model gerak isyarat. Sistem menjana data secara automatik untuk latihan model.
  • Tidak perlu membina model gerak isyarat untuk sensor berlainan. Apabila model sedia, gunakannya dengan sebarang sensor yang disokong.
  • Tidak perlu membina model gerak isyarat untuk platform berlainan. Apabila model sedia, gunakannya pada sebarang platform yang disokong.
  • Pilihan gerak isyarat yang tidak terbatas. Pilih daripada pustaka yang terdiri daripada huruf, nombor, bentuk, simbol dan putaran.
  • Tiada prosedur ujian yang rumit. Uji sebarang gerak isyarat menggunakan telefon pintar anda dan terima suap balik komprehensif.

Motion Gestures juga mengumumkan penutupan $1.65 million USD hari ini untuk biaya benih. China Canada Angels Alliance (CCAA) mengetuai pusingan itu yang juga disertai oleh Golden Triangle Angel Network (GTAN), Keiretsu Forum, dan Propel(x) Pembiayaan ini akan digunakan untuk melanjutkan pembangunan platform pengecaman gerak isyarat syarikat dan memulakan pemasaran antarabangsa

Alan Yang, Naib Presiden CCAA berkata: “Pengecaman gerak isyarat merupakan sempadan baharu dalam interaksi manusia dan mesin.  Kami kagum dengan keupayaan platform Motion Gestures untuk mempopularkan dan memudahkan pengecaman gerak isyarat. Kami melihat penggunaan perisian pengecaman gerak isyarat terutamanya dalam perniagaan khusus penting, seperti alat boleh pakai, automotif, telefon bimbit, barang elektronik pengguna, automatan rumah, peranti perubatan, realiti maya, permainan, dron dan robotik, antara lain.”

“Kami percaya pengecaman gerak isyarat sebagai antara muka manusia dan mesin hari ini ialah kemajuan daripada pengecaman suara lima tahun lalu,” kata Kashif Kahn, CEO dan Pengasas Bersama Motion Gestures. “Kami mahu mendominasi ruang yang muncul ini dengan menawarkan penyelesaian yang kukuh yang mampu memudahkan pembangunan antara muka gerak isyarat dan membawa kawalan gerak isyarat ke arus perdana pengguna. Kami mengalu-alukan pembangun untuk merasai kuasa platform terkini kami dengan munggunakan lesen pembangun percuma.”

Perihal Motion Gestures

Motion Gestures mengkhusus dalam perisian pengecaman gerak isyarat berdasarkan pembelajaran dan diasaskan di Waterloo, Kanada pada tahun 2016. Syarikat ini bermatlamat untuk mendayakan pembangunan dan penggunaan pesat antara muka yang didayakan gerak isyarat untuk sistem, peranti dan aplikasi. Perisiannya menyokong gerak isyarat 2D dan 3D canggih menggunakan sensor gerakan, sentuhan dan penglihatan dan boleh digunakan pada awan, get laluan/hab dan platform dibenamkan. Pembangun ditawarkan lesen percuma untuk SDK awan dan boleh mencipta dan menguji sebarang gerak isyarat dengan cepat melalui telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut tentang Motion Gestures, lawati laman web kami: https://motiongestures.com/

Untuk mendapatkan lesen percuma untuk SDK awan fungsi penuh, isikan borang berikut: https://sdk.motiongestures.com/#!/register

MAKLUMAT HUBUNGAN:
Kashif Kahn
CEO & Pengasas Bersama,
Motion Gestures
info@motiongestures.com

Video yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/873fa350-cc78-4aff-a0a3-993cbdfd20e6