Nodle.io Menjana $1.5 Juta Seed Funding untuk Membawakan Mata Wang Kripto IoT kepada Pembangun App

Rangkaian IoT Khusus Terbesar Menyediakan Sambungan Hampir Percuma


SAN FRANCISCO, Sept. 14, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Nodle.io, penyedia Internet Benda (IoT) dan sambungan rangkaian hari ini mengumumkan $1.5 juta seed round dan pelancaran mata wang kripto baharu untuk menjana keuntungan daripada sambungan, aplikasi dan data IoT. Nodle.io menyediakan sambungan internet untuk peranti IoT dengan mendapatkan sumber daripada orang ramai melalui rangkaian telefon pintar. Kini, lebih 1 juta peranti disambungkan ke Rangkaian Nodle Citizen setiap hari. Ini merupakan rangkaian IoT khusus terbesar yang pernah diadakan setakat ini mengikut bilangan stesen pangkalan.

Blockchange Ventures mengetuai investment round dan disertai Blockhead Capital, Bootstraplabs, Olymp Capital, Mark Pincus dengan Work Play Ventures dan Yeoman's Capital.

“Sambungan Nodle adalah penyelesaian pasang dan main yang ringkas dan global,” kata Micha Benoliel, pengasas bersama dan CEO Nodle.io. “Masalah utama yang dihadapi oleh penggunaan IoT ialah menyambungkan peranti yang jauh ke internet sukar dan memakan kos yang tinggi.”

Nodle bekerja dengan pembangun aplikasi, pengeluar barang elektronik pengguna dan syarikat telekomunikasi untuk menggunakan telefon bimbit sebagai infrastruktur tak terpusat yang boleh menampung ribuan transaksi sesaat. Mereka berpeluang untuk menjana keuntungan dengan aplikasi mereka melalui Kit Pembangunan Perisian (SDK) Nodle dan memperoleh syiling NODL untuk membantu pertumbuhan rangkaian.

“Kami percaya bahawa salah satu kawasan terkaya yang akan dipengaruhi oleh blockchain ialah penciptaan perdagangan dan komunikasi Peranti ke Peranti (D2D). Kami melabur dalam rangkaian jejaring Nodle kerana kami percaya mereka akan menjadi pusat anjakan landskap ini,” kata Rakan Kongsi Pengurusan Blockchange Ventures, Ken Seiff.

Nodle menjadikan perlombongan jauh mata wang kripto efisien dan boleh diakses pada telefon pintar, yang menggunakan kurang daripada 1% hayat bateri telefon. Sebelum wujudnya Citizen Network Nodle yang terdiri daripada peranti terangkai, pelombongan syiling pada telefon pintar menggunakan banyak tenaga bateri; memanaskan dan memperlahankan unit pemproses pusat (CPU).

“Tidak ramai yang memahami bahawa terdapat peluang besar untuk membangunkan rangkaian IoT teragih yang meluas dan tahan gagal, yang berfungsi pada peranti kecil dan berkuasa rendah di mana-mana jua. Pengendalian rangkaian IoT rakan ke rakan juga menjadi lebih berkesan dan efisien dengan penggunaan AI. Nodle selangkah ke hadapan dalam industri ini,” kata Nicolai Wadstrom, Pelabur BootstrapLabs.

“Nodle telah menyelesaikan masalah perniagaan yang serius berkaitan daya maju penggunaan peranti IoT di lokasi terpencil,” komen Jay Goldberg, Penasihat Nodle. “Nodle mempercepat inovasi.”

"Apabila internet teragih bertemu pembayaran mikro [berasaskan blockchain], anda boleh mendayakan ekosistem baharu untuk peranti IoT,” kata Vijay Sondhi, CEO di NMI dan bekas SVP Innovation, VISA.

Sertai Kami
Rangkaian IoT Nodle yang berjalur lebar, berkuasa dan berkos rendah akan meluaskan liputan melebihi capaian rangkaian selular.  Rangkaian Nodle aktif dan beroperasi pada masa ini. Penyertaan adalah percuma. Penyumbang rangkaian akan memperoleh syiling NODL dengan menyediakan sambungan menerusi bukti kerja, atau “bukti kesambungan”.

Sertai kami.

Perihal Nodle.io | The Citizen Network
Nodle.io ialah penyedia IoT dan sambungan rangkaian yang terdapat di lebih 50 buah negara. Ditubuhkan pada 2017 oleh usahawan Micha Benoliel, rangkaian Nodle mengurangkan kos komunikasi peranti ke peranti IoT dan menjadikan akses internet tersedia di mana-mana sahaja. Syarikat tersebut telah membina rangkaian untuk menghubungkan dan mengumpul data daripada peranti jauh yang tidak mempunyai sambungan internet yang kerap. Peranti yang jauh bersambung ke The Citizen Network, iaitu rangkaian internet yang dihasilkan daripada ribuan peranti dan telefon pintar orang ramai yang bekerjasama untuk menyediakan akses internet. Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.nodle.io/#/landing.

Kata kunci: Internet Benda, IoT, Mata wang kripto, Pelombongan Syiling , Pelombongan Telefon Pintar, Dompet, Peranti IoT, platform IoT, aplikasi IoT, teknologi IoT, sensor IoT, IoT industri, syarikat IoT, bitcoin

Hubungan Media:
Heidi Groshelle
+1 415.307.1380
press@nodle.io

Video yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e8091318-807d-4d60-9860-97a887f7e159