LIVERPOOL, United Kingdom, Oct. 30, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- SPG Law hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengambil Tindakan Berkumpulan ke atas Cathay Pacific berikutan pengumuman syarikat penerbangan tersebut pada Rabu 24 Oktober bahawa data peribadi 9.4 juta pelanggan telah dibocorkan dalam salah satu insiden kebocoran data terburuk dalam industri pelancongan baru-baru ini.

SPG Law akan mengambil Tindakan Berkumpulan disebabkan kegagalan Cathay Pacific memberikan pampasan kepada mangsa yang menghadapi masalah, tekanan emosi dan penyalahgunaan maklumat peribadi mereka. Pengguna di seluruh dunia boleh mendaftar untuk tuntutan ini, yang akan dikemukakan di Mahkamah Tinggi di London.

Cathay Pacific mengakui bahawa ia telah mengesan tindakan mencurigakan di rangkaiannya pada Mac 2018, dan pada awal Mei 2018, syarikat tersebut mengetahui bahawa akses tanpa kebenaran ke data peribadi jutaan pelanggannya telah dilakukan.

Sehingga kini, Cathay Pacific belum menawarkan pampasan kepada individu berikutan kerugian langsung atau bersetuju untuk membayar pampasan bagi kerosakan bukan material walaupun ia perlu berbuat demikian untuk pelanggan Eropah menurut Peraturan Perlindungan Data Umum (“GDPR”) yang mula dikuatkuasakan pada Mei 2018.

Rakan Kongsi SPG Law, Tom Goodhead memberi komen: “Ia sesuatu yang mengejutkan bahawa Cathay Pacific mengambil masa 6 bulan untuk mengakui berlakunya pembocoran data yang serius ini. Pembocoran nombor pasport, maklumat sejarah pelancongan dan data peribadi lain telah menimbulkan masalah besar dan menyebabkan tekanan emosi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Cathay Pacific perlu memberi pampasan kepada pelanggan Eropah untuk kerosakan bukan material. GDPR dan SPG Law akan memastikan tuntutan ini dipenuhi.”

SPG Law menganggarkan setiap mangsa mampu menuntut bayaran pampasan sehingga GBP £1,800/USD $2,300 daripada Cathay Pacific dan lebih lagi dalam sesetengah kes bergantung pada keadaan individu tersebut. Menurut SPG Law, sifat data yang sensitif dan sulit adalah faktor signifikan dalam kes ini.

Nota untuk editor:

  1. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.spglaw.co.uk dan www.cathaydatabreach.com .

  2. Cathay Pacific mengakui pada 24 Oktober 2018 bahawa data peribadi 9.4 juta orang telah dibocorkan termasuklah: nama penumpang; kewarganegaraan; tarikh lahir; nombor telefon; e-mel; alamat; nombor pasport; nombor kad pengenalan; nombor keahlian pengguna penerbangan kerap; maklumat perkhidmatan pelanggan; dan maklumat sejarah pelancongan.

  3. SPG Law ialah kerjasama antara peguam UK dan AS yang terbaik dan berpengalaman dalam litigasi berkumpulan berkaitan kes pengguna, farmaseutikal dan alam sekitar. SPG Law telah membuka pejabat di Liverpool dan London pada September 2018.

  4. SPG Law telah mengemukakan tuntutan berkumpulan dalam kes UK terhadap British Airways dan pengeluar kereta Gerwan, VW kerana mengelirukan pelanggan tentang jumlah pengeluaran asap.

  5. Untuk pertanyaan akhbar dan permintaan temu bual:
    (e) spg@pagefieldglobalcounsel.com              (t) +44 (0)203 143 3595