TIDEiSun Group Memperkenalkan Token Stabil XPA Baharu


HONG KONG, Oct. 31, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- TIDEiSun Group mengumumkan integrasi Aset XPA ke beberapa perkhidmatan kewangan baharu, termasuk kad debit berdasarkan token yang stabil. Aset XPA ialah siri token stabil yang dikaitkan dengan mata wang fiat negara-negara tertentu, dengan USX dikaitkan dengan USD, JPX dengan JPY dan banyak lagi. Token tersebut dikaitkan dengan mata wang fiat negara masing-masing yang dijana menggunakan aset sebenar sebagai kolateral dengan kontrak pintar, yang menjadikannya stabil dan sesuai untuk kegunaan harian.

Kaedah pengagihan Aset XPA yang unik membezakannya daripada pesaing-pesaing dalam pasaran token stabil. Pengguna menggadai janji aset mata wang fiat atau mata wang kripto, kemudian menerima token stabil pilihan mereka melalui kontrak pintar pada blockchain Ethereum, ini membolehkan pengguna melihat butiran transaksi setiap Aset XPA pada blockchain. Kepelbagaian mata wang yang tersedia juga memberikan kelebihan kepada Aset XPA dalam pasaran mata wang kripto yang semakin global.

Selepas isu Tether, pesaing yang berprofil tinggi, TIDEiSun yakin bahawa ketelusan Aset XPA akan menjadikannya mata wang kripto fiat yang dipercayai pengguna. Dengan menggabungkan kebolehpercayaan dengan nilai stabil, siri Aset XPA direka sebagai mata wang kripto untuk kegunaan harian, sesuai untuk segala hal daripada membeli kopi hingga transaksi korporat. TIDEiSun telah membangunkan app pembayaran mudah alih, ATM mata wang kripto dan integrasi kad debit untuk teknologi ini.

“Token stabil amat diperlukan kini dalam pasaran mata wang kripto yang mudah berubah dan penuh dengan ketidakpastian. Pengguna memerlukan cara untuk melindungi pelaburan mereka dan mengelakkan ketidakstabilan serta kejatuhan pasaran,” kata Robin Xie, CEO TIDEiSun. “Aset XPA akan menjadi penghubung antara fiat dan mata wang kripto, dan kepelbagaian perkhidmatan kami akan membolehkan pengguna memindahkan aset dengan bebas mengikut kemahuan mereka.”

Mengikat aset digital ke mata wang fiat dapat menyelesaikan isu ketidakstabilan yang melanda pelaburan mata wang kripto dan memberikan sifat fiat kepada mata wang kripto supaya boleh dimanfaatkan untuk kegunaan dan pertukaran harian. Aset XPA ialah prospek pelaburan yang lebih selamat dan mampu digunakan untuk tujuan asal mata wang kripto: memberikan hak pengguna ke atas wang mereka, dengan keselamatan, privasi dan kepercayaan yang diperolehi daripada data, bukan institusi.

Dengan perkhidmatan lain TIDEiSun, seperti TideWallet, TidePay dan TideBit Exchange, Aset XPA membentuk ekosistem aset holistik dengan berbilang keupayaan. XPA memberikan jangkaan pertumbuhan seperti mata wang kripto semasa lain, dan Aset XPA memberikan mata wang yang cukup stabil untuk pelaburan jangka panjang, dagangan token ke token, serta pertukaran ke fiat yang mudah.

“Kami mahu mengubah mata wang sedia ada,” kata Pengerusi TIDEiSun, Chen Ping, “Kami inginkan dunia di mana XPA dan Aset XPA telah mengubah sistem kewangan, yang memberikan lebih keluwesan dan pilihan pelaburan kepada orang ramai berbanding sebelum ini.”

Perihal TIDEiSun
TIDEiSun Group ialah kumpulan media, teknologi dan pelaburan, dengan pejabat di Hong Kong, Taipei, Tokyo, Kuala Lumpur, dan Bandar New York.

TIDEiSun Group: https://www.tideisun.com
Aset XPA: https://xpacoin.com/

Hubungan akhbar:
Judy Wu
E-mel: judy.wu@tideisun.com
Telefon: +886 916 264 330

Alison Tam
E-mel: alison.tam@tideisun.com