Haiwan Taconic Bioscience Melengkapkan Misi Terbaru ke Stesen Angkasa Antarabangsa


RENSSELAER, N.Y., Jan. 19, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam membekalkan penyelesaian model roden kejuruteraan genetik, mengumumkan pelengkapan misi terbaru ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Projek ini merupakan kerjasama antara Makmal Kebangsaan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA), Bioserve Space Technologies dengan sokongan daripada Leidos Corporation dan Taconic.  Taconic telah menyertai beberapa misi penerbangan angkasa dengan NASA sejak tahun 1985.  Terkini, sebagai sebahagian daripada muatan penyiasatan sains dan kajian yang disokong oleh misi Perkhidmatan Pembekalan Komersial SpaceX, Taconic menyediakan mencit untuk tinggal di Stesen Angkasa Antarabangsa untuk tempoh masa yang lama.

Kajian penerbangan angkasa sebelum ini menunjukkan bahawa mencit mengalami pengurangan jisim otot dan tulang secara pantas, menyerupai penuaan yang dipercepatkan.  Oleh itu, mencit yang terdedah kepada mikrograviti melalui penerbangan angkasa adalah model yang bernilai dalam memahami dan membangunkan terapi baharu untuk proses penyakit imun, tulang dan otot berkaitan penuaan.  Misi Kajian Roden 8 (RR-8), juga dikenali sebagai misi Rujukan Kajian Roden 1 (RRR-1) mengkaji kesan mikrograviti terhadap kumpulan mencit BALB/cAnTac tua dan muda yang dibawa pada misi yang sama.  Maklumat yang dikumpul daripada projek ini bakal menjadi data kawalan yang berharga untuk misi lalu dan akan datang.

“Penyertaan dalam misi Kajian Roden ini mengujakan dan memberi inspirasi kerana kajian ini meningkatkan pemahaman kita tentang cara keadaan mikrograviti mempengaruhi biologi mamalia. Perancangan dan usaha selama lebih daripada setahun telah dilakukan dalam menyediakan kohort haiwan demi memastikan semua haiwan dalam spesifikasi misi pada masa pelancaran, oleh itu melihat bahawa projek ini lengkap adalah sangat memuaskan,” kata Dr. Gretchen Kusek, pengarah bersama perkhidmatan saintifik dengan Taconic.

“Taconic telah menjadi rakan kongsi yang bernilai untuk banyak misi kajian roden ke Makmal Kebangsaan A.S. Stesen Angkasa Antarabangsa dan pada pesawat ulang alik sebelum itu,” kata Dr. Michael Roberts, pemangku ketua saintis Makmal Kebangsaan A.S. Stesen Angkasa Antarabangsa. “Kami percaya bahawa maklumat yang diperoleh daripada misi rujukan kajian roden yang unik dan mengujakan ini bakal memberikan pemahaman untuk meningkatkan penjagaan pesakit di Bumi.”

Pada September 2018, Makmal Kebangsaan ISS telah mengeluarkan permintaan cadangan (RFP) untuk penyiasat mengakses maklumat yang dijana daripada kajian ini.  Individu yang terpilih akan menerima dana untuk menjalankan kajian tambahan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara penyelesaian model haiwan Taconic boleh memajukan penyelidikan anda, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global dalam model dan perkhidmatan roden kejuruteraan genetik berlesen sepenuhnya. Diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model kajian bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus, model mencit kajian kepersisan, serta rekaan model dan perkhidmatan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan tiga kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan kepada hampir seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com