HONG KONG, March 12, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne e2v, syarikat Teledyne Technologies [NYSE: TDY] dan pencipta global penyelesaian visi mengumumkan pengembangan rangkaian Emerald sensor imej CMOS dengan peranti 5 Megapiksel yang baru.

Emerald™ 5M direka bentuk untuk visi mesin, Pengesanan Optik Automatik (AOI) dan aplikasi automasi kilang yang memerlukan imej resolusi lebih tinggi untuk objek bergerak tanpa herotan. Tersedia dalam monokrom dan warna, sensor ini mempunyai format optik kecil 1/1.8 inci, yang mengandungi piksel pengatup global 2.8 μm kurang hingar dan disusun dalam tatasusunan 2,560 x 1,936. Peranti ini juga boleh menstrim video pada 50 bps pada 10 bit, menerusi antara muka MIPI CSI-2 4 wayar.

Emerald 5M direka bentuk untuk mendayakan pengendalian pelbagai jenis yang pantas dan disertakan ciri unik dan berkuasa yang dipatenkan dan mod rantau tumpuan. Sensor ini dioptimumkan untuk aplikasi visi mesin dan disertakan pampasan Sudut Cahaya Utama 5° dan ditawarkan dalam pakej CLGA® atau pakej fan-out miniatur organik yang hanya setebal 1.19 mm.

Emerald 5M juga memberikan fleksibiliti kepada jurutera R&D dengan pengatup global dan antara muka MIPI CSI-2, yang membolehkannya menggunakan Pemproses Isyarat Imej (ISP) yang tersedia untuk aplikasi mudah alih. Kefungsian digital yang dibenamkan dalam sensor ini (berbilang rantau tumpuan, subpensampelan, pendedahan auto pada bingkai pertama, HDR bingkai tunggal dan statistik pada cip) membantu mengurangkan beban pemproses dan mempercepat masa untuk ke pasaran.

Ciri utama:

  • Pengatup global piksel CMOS (2.8 μm x 2.8 μm)
  • Format optik 1/1.8”
  • Antara muka MIPI CSI-2 sehingga 4 wayar
  • Pilihan pakej: CLGA atau pakej organik fan-out
  • Pilihan Baris Penapis Warna: monokrom atau Bayer warna
  • Kefungsian pada cip: berbilang ROI, subpensampelan, pendedahan bingkai tunggal, HDR bingkai tunggal

Peranti 5 Megapiksel terkini ini adalah salah satu daripada rangkaian sensor Emerald yang semakin berkembang dan kini tersedia dalam resolusi 2, 8.9, 12, 16 dan 67 Megapiksel.

Sampel tersedia pada Q1 2019, sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Yuki.Chan@teledyne.com | +852 3679 3652

Nota kepada Editor:
Teledyne e2v adalah sebahagian daripada Teledyne Imaging Group. Inovasi mereka menerajui pembangunan dalam penjagaan kesihatan, sains hayat, angkasa, pengangkutan, pertahanan serta pasaran keselamatan dan industri. Pendekatan unik Teledyne e2v termasuklah mendengar pendapat pasaran dan cabaran aplikasi pelanggan dan bekerjasama dengan mereka untuk menyediakan standard inovatif, penyelesaian pengimejan separa tersuai atau tersuai sepenuhnya yang menambah nilai pada sistem mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut www.teledyne-e2v.com

 Perihal Teledyne Imaging
Teledyne Imaging ialah kumpulan syarikat teknologi peneraju canggih yang bernaung di bawah jenama Teledyne. Dengan kepakaran tanpa bandingan merentasi spektrum elektromagnetik dan pengalaman selama beberapa dekad, kumpulan tersebut menawarkan keupayaan peneraju dunia dalam pengesanan, penjanaan dan pemprosesan isyarat. Kumpulan ini memberikan penyelesaian inovatif untuk aeroangkasa, pertahanan, geospatial, visi mesin dan industri, perubatan dan sains hayat, semikonduktor dan MEM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati teledyneimaging.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/85044f24-b536-4ccb-b876-619ae7032592/ms